Jumaat, 27 Mac 2009

DotA Night

3/27/2009 06:43:00 PTG


salam...

Apakah DotA??
DotA atau nama penuhnya Defense of the Ancients adalah satu permainan komputer yang digemari oleh pelajar sekarang terutamanya di USMKK ini sendiri.. kebayakan pemainnya mestilah dikalangan kaum lelaki dan juga kaum Cina..

walaupun aku seorang lelaki(tulen n original resepi) berbangsa bukan Cina (merepek je aku nih) aku tidak berminat untuk bermainnya.. pernah juga aku main tapi sekadar main 'single player' sahaja.. pernah juga(berapa byk pernah daa) aku cuba main dengan mereka tetapi sudah semintinya aku akan dibuli dan aku kalah dalam masa 3 minit 27 saat(tepat tuh)... arghhhhh

pada setiap malam Jumaat pukul 11 mlm bilik aku akan menjadi medan permainan DotA.. Permainan ini selalunya memakan masa yang lama sehingga lebih kurang pukul 3.30 pagi barulah tamat.. antara ahli-ahlinya adalah: Thien the leader, Kenny the TEGNES, Alvieno the ??, Azmir the TomatoMan, Hakim the Bully dan Wali the Pisang kot... dan jangan dilupai Lukman the Boring... setiap kali DotA Night aku akan mengalami kebosanan.. bilik aku penuh riuh-rendah terutama si Wali dan aku, aku kesepian.. Huhu....

malam semalam seperti biasa DotA night diadakan tetapi agak lewat kerana kebayakan ahlinya menghadiri Mesyuarat Taekwondo.. lebih kurang pukul 12 baru permainan bermula... oleh kerana aku yang kebosanan(satu lagi sebab aku bosan kerana aku tiada laptop, Thien yg pinjam tuk main DotA coz laptop dia rosah) pergilah ke nurani menagih keseronokan.. aku pergi ke bilik Che Jo dan aku ajak sekali Azahiri.. malam tu kami menonton animate.. hilanglah sedikit kebosanan aku...


selepas itu lebih kurang pukul 4 aku pun balik lah ke murni semula untuk tidur.. apabila aku sampai kat bilik tak habis lagi.. hebat betul DotA Night kali nih... selepas itu lebih kurang kul 4.30 kami semua pergi ke KFC.. pemain DotA lapar.. diorang ajak aku.. aku fikir juga KFC kan diboikot... Rasa lapar jadi aku pun pergi juga akhirnya.. selepas itu pukul 5.20 macamtu bagi kami sampai desasiswa..

dah lama dah tak pernah tidur malam.. masa dekat TENTEN dulu aku selalu tidur lewat... walaucamanapun minggu depan nasib sama akan berulang. huhu....

Wasalam... ~(@_,@)~

Jumaat, 20 Mac 2009

.: CINTA dan kasih-sayang satu pegertian :.

3/20/2009 07:14:00 PG

salam..

pada bulan 12 tahun lalu kami pelajar Bioperubatan tahun dua telah menjalankan satu experiment untuk menghasilkan antibodi poliklonal (poryclonal antibidy). untuk menjalankan experiment ini kami dibahagikan kepada empat kumpulan. aku berada di kumpulan satu persama dengan Angilan, Alvieno, Kenny, Adu, Abg Hanif dan satu-satunya bunga dalam kumpulan kami Fatin.. haha...

setiap kumpulan itu pula akan diberikan seekor arnab sebagai medium untuk menghasilkan antibodi tersebut. selain arnab, kita juga boleh menggunakan tikus, kambing atau mana2 haiwan. arnab yang diberikan kepada kami berbaka 'New Zealand White Rabbit yang baru berumur 6 minggu..

selepas itu, kami dikehendaki untuk menyelia sendiri arnab tersebut seperti memberikan makanan, minuman, membersihkannya dan membelainya. pada mulanya agak susah untuk menjaganya.. kami membahagikan tugas penjagaan arnab mengikut hari. aku ditugaskan pada hari ahad.. sebab tulah aku selalu makan tengah hari lewat (tak puas hati) huhu...

selepas itu aku pun mulalah menjaganya.. walaupun pada mulanya agak susah.. yalah terpaksa ulang-alik ke rumah haiwan.. (susah ke??) haha... akhirnya perasaan kasih sayang mula terjalin antara kami.. (ceh macam love story) pada mulanya arnab tu macam tak suka kat aku. bila aku memegangnya pasti dia akan menggelupur.. sejak akhir-akhir ni aku tengak dia makin selesa dengan aku...

setiap 2 minggu kami akan membleednya (mengambil darahnya) dan menyuntik dengan antigen pengalak untuk menigkatkan lagi respon antibidinya kepada antigen tersebut.. dan setiap 2 minggu Adu dengan Angilan akan mengambil darahnya.. susah ooo.. kami yang lain hanya menyuntik sahaja..

pada 12 march hari tu.. adalah hari terakhir kitorang membleed untuk mendapatkan darah untuk dianalisa mengunakan ELISA (Enzyme Linked Immunosorbant Assay) untuk mengenalpasti antigen yang digunakan..

pada hari itu Adu dan Angilan yang selalunya membleed tidak hadir.. so terpaksalah ditorang yang membuatnya.. Fatin, awal2 lagi dah menolak.. Hanif pun xnak.. mereka menyuruh aku.. terpaksalah aku membuatnya.. ouh.. berdebar gila dibuatnya.. aku pun mencucuk jarum bersaiz 21 G ke vena telinga kiri arnab tu.. agh.. terasa macam aku mengalami kesakitannya.. padahal arnab tu relek je.. setelak itu darah yang keluar sikit sahaja dan tidak mencukupi.. camana nih?? Abg Master tu suruh ambil lagi pada telinga kanan pula.. aku dah xnak.. akhirnya Kenny yangg membuatnya.. masa Kenny cucuk arnab tu mengelpur.. jadi darah bercucuran kenalah aku nasib baik aku pakai Lab Cot.. rasa macam pembunuh dengan Lab Cot bercucuran darah..

alahmak matilah arnab kami.. Dr Rapeah cakap klu arnab mana2 group mati.. kami akan diberikan markah 0.. nasib baik darah dpt dihentikan.. so abg Master tu tolong ambilkan pada posisi bahagian lain.. jadi berjayalah juga eksperimen kami hari tu..

dengan berakhirnya eksperiment itu, maka berakhirlah juga tugas kami memelihara Arnab tu.. pada hari terakhir tu kami bermain-main dengan arnab tu sebab lepas ni kami takan berjumpa lagi.. teknikal LARU tu cakap pagi esok arnab tu akan dimusnahkan dengan disembelih.. maka pilulah hati kami mendengarnya... setiap hari bila tiba hari ahad aku akan teringat pada arnab tu sebab memang tugas aku hari itu utk memberinya makanan.. terasa sedih... tulahlah yang dikatakan kasih-sayang.. aku sudah mengeri... ayat macam power je.. huhu

selasa lalu kami membuat ujian ELISA dari serum arnab tersebut.. result yang kami dapat memang baik hinggakan Dr Rapeah cakap result kami adalah terbaik.. nilah balasan arnab tu kepada kami setelah kami memeliharanya dengan penuh kasih-sayang. kami mengucapkan terima kasih pada arnab tu sebab membatu kami dalam pelajaran.. (klu dia paham r) tanpa dia, sudah pasti kami xdapat mempelajari ilmu tersebut.. Allah ada berfirman maksudnya lebih kurang: tiada satu apa pun yang kami ciptakan tiada kegunaannya.. Syukur aku dapat mempelajari immunology dan yang penting kasih-sayang sesama makhluk ciptaanNya...


group kami Shafikah group lain menyebuk je dia. haha

aku dengan arnab


aku masa membleed (mengambil darah)


sampel darah yang diambil

Isnin, 16 Mac 2009

a moment to gather a walk to remember

3/16/2009 01:37:00 PG










Tajuk kat atas tu adalah tema untuk BIOMEDICINE NIGHT '09 yang diadakan kat Dewan Nurani pada 13 Mac 2009. program ini dianjurkan oleh pelajar biomedicine tahun 3.. antara objektifnya adalah untuk mengeratkan pelajar2 biomedic, antara para pensyarah kami, meraikan pelajar final year disamping bertukar2 idea dan pandangan untuk memajukan lagi sains biomedikal dan industri biomedikal. biomedic adalh kos tersulung yg diwujudkan kat PPSK.. lulusan biomedic bukan shj untuk berkerja sebagai technologies, tapi lebih kepada industri yg penting.. sebab apa penting???



gambar masa BIOMEDICINE NIGHT

cuba anda fikir betapa pentingnya kesihatan pada setiap orang.. setiap orang akan mengiginkan kesihatan yg baik lebih daripada segala-galanya. walaupun seseorang itu kaya, kekayaannya tak bermakna jika dia sakit.. dan kesihatan juga penting untuk mengeratkan dan mendekatkan diri kita dgn pencipta ALLAH sebab kalau sakit akan menjejaskan ibadat kita seharian... sebab itulah industri biomedikal ini mempunyai masa depan yang cerah jikalau nak dibandingkan dengan lain.. sebab tu kitorang dikurniakan IJAZAH SARJANA MUDA SAINS KESIHATAN.

Biomedicine adalah tulang belakang kepada bayak field lain seperti dietitik, forensik, sinaran, persekitaran, audio, speech n perubatan itu sendiri.. haha.. jangan jeles...

walaumacamanapun... kita mestilah bersatu untuk memajukan lagi industri future ini kalau inginkan Malaysia setanding dgn negara maju lain.. di negara maju bidang ini sangat pesat membangun.. boleh dikatakan setiap hari akan ada penemuan baru terutamanya bidang biologi molekul.. WE ARE THE FUTURE...

Jumaat, 13 Mac 2009

development problems

3/13/2009 06:46:00 PTG

satu masa dulu negara menghadapi banyak masalah pembagunan. negara pada masa itu menghadapi kesukaran untuk mendapatkan sumber kewangan dan pendapatan untuk membangunkan negara selepas kita mencapai kemerdekaan. kebayakan sumber kewangan dan pendapatan daripada hasil bumi kita telah diexploitasikan oleh penjajah untuk tujuan pembangunan mereka.. oleh itu bersyukurlah kita kerana penyepakatan dan penyatuan antara kaum telah membawa kepada banyak perubahan.. bagaiman pula sekarang dan seterusnya???


haha... itu sebenarnya hanyalah pengenalan kepada apa yang aku nak crita.. sebenarnya masalah ini berlaku dikalangan pelajar.. apa yang aku perhatikan, ramai kawan-kawan aku menghadapi masalah ini terutamanya dalam menghadiri kuliah.. masalahnya dalam BM di sebut masalah pembangunan yang bermaksud masalah untuk bangun pagi.. (aku dapat idea ni dari kawan aku DarkArt) masalah ini kalau dibiarkan berlarutan boleh membawa kepada SURAT TAWARAN MENJADI DEKAN (surat amaran r).. huhu


beberapa tip untuk menghadapi menyelesaikan masalah ini:

1- tetapkan matlamat untuk bangun

2- beritahu jam minta dia tolong dia kejutkan

3- minta tolong henset kejutkan

4- minta tolong rumate kejukan (klu dia xde masalah pembagunan setiap pagi)

5- minta tolong laptop kejutkan... (camne ek??)

6- golekkan badan sehinga anda merasai kesakitan (jatuh katir r)

7- gunakan lampu picit dan suluhkan ke mata anda

8- jangan baca note patho sebelum tidur (note patho adalah pilocarpine drug mengecilkan anak mata)

9- langarkan diri anda kedinding sehingga anda sedar...


kesimpulannya memang susah nak hadapi masalah pembagunan ini... huhu




Aku masa kat kuliah patho.. huhu... ^-^

Isnin, 9 Mac 2009

edisi 2: Di manakah Permata??

3/09/2009 02:29:00 PG


CONT...

aku rasa tuk mereka menjadi berharga, maka sepatutnya mereka menghargai diri mereka.. jaga maruah diri.. banyak dikalangan wanita terutama yg masih muda mudah cair dgn kata2 lelaki... lepas2 mulalah meletakkan lelaki di hati mereka, ikut je diorang.. sepatutnya anda meletakan hanya suami anda dihati anda, bkn tunang, boye(buaya) friend... igatlah diri anda sangat berharga.. jagalah penampilan diri yg menunjukkan anda berharga... tutuplah apa yg patut.. Lelaki akan cari yang isteri dari kalangan wanita yang baik. tetapi untuk mencari taman wanita, mereka akan cari yang biasa shj, tuk try katakan.. Aku bagi satu contoh:
kalau korang nak beli barang yg mahal, korg nak ambik yg brg yg dah disentuk org atau yg masih baru dibaluti plastik.. aku pasti krg ambik yg dlm plastik tu kan?? samalah juga ngan wanita nih, lelaki akan ambil wanita yang solehah untuk dijadikan isteri......

cara menutup aurat yang betul

kepada lelaki pulak, hargailah wanita.. tak semestinya dengan memberi pujian, kata2 indah, tunjukan yg krg gentleman menunjukan yg korg menghargai wanita.. jgnlah merosakan permata ni yg semestinya akan meneruskan zuriat manusia di dunia ni.. tanpa mereka, tiadalah kita...

panjgnya aku bernukilan.. huhu... pepun aku nak ucapkan SELAMAT MENYAMBUK HARI WANITA hargailah diri anda kerana dirimu begitu berharga...

p/s nanti kita buatkan HARI LELAKI pulakkan...

Ahad, 8 Mac 2009

Di manakah Permata??

3/08/2009 05:02:00 PTG

First skali aku nak mintak maaf la klu ada yg tak faham apa yang aku tulis smalam sebab aku guna telor bahasa ibundaku... hehe... tak pa aku dah letakkan glosari perkataan utara.. haha. sesekali aku akan guna penulisan formal gak... bergantung kepada apa yang topik yg aku nak sampaikan...




Back to this topik... korang rasa kat mana permata leh dijumpai?? mestilah kat lautankan... klu kat darat mesti kita dah kaya raya n benda tu jadi tak berharga dah kan?? kalaulah korang try cari permata tu agaknya bleh jumpak tak?? klu akulah jumpak, aku kan stop study patho hikhik... bayangkanlah dilautan yang luas dengan permata yg kecik mesti susah nak jumpa, klu pun kita jumpa pasti ianya hanyalah pasir yang tak berharga... haha


sebenarnya permata tu aku nak kaitkan dengan wanita.. lautan pula sebagai arus global dunia.. pencarinya adalah aku.. tak lah mana2 lelaki yg belum kawin atau baru kawin 1.. hoho.. pada masa skrang ni susah benar nak jumpa wanita yg berharga(maksud aku yg betul2 baik, muslimah) dan suci(bkn bermaksud yg dah ...). Wanita2 yg ada kat IPT bolehlah dikatakan berharga masih kurang terpengaruh ngan arus globanisasi.. tapi yg diluar sana susah nak dijumpai... dimanakah mereka?? CONT....

Sabtu, 7 Mac 2009

bismillahirahmanirahim...

3/07/2009 03:00:00 PG

'Dimulakan dengan bismilah, disudahi dengan alahdulillah, begitulah sehari dlm hidup kita, mudah2han dirahmati Allah' teringat lak lagu Rahan ni.. hehe.. banyak org sebenarnya lupa tuk mulakan sesuatu ngan bismilah, sebab 2 lah apa yg depa wat x jadi .. bila xjadi molalah nak salah org ni org tu... cam aku nih lah.. hkhik... sebab tulah aku mulahkan blog ni ngan kalimah keramat tu.. mudah2han dpt dikongsikan ngan kwn2 AMIN

yeye.. dpt gak aku mulakan blog nih.. act aku memang lama dah nak publish tapi sebok gila sem 2 nih.. dulu igatkan masa tahun 2 nih makin x sebok rupanya tangapan aku tu salah haha... dlm kesibukan depa duk bjaq patho aku lak sebok duk wat blog... ni pasai Lia r, kwn aku kat USM ni, dia duk perli aku men playground kat Kuala Koh ri2.. so aku nak komen dia xblh lak coz aku xdak akaun blogger.. 2 yg aku wat nih..

anyway klu ada apa2 yg perlu aku perbaiki blog nih comen dripada hampa dialu2kan... besala baru nak blajaq buat blog.. Ptn:

nota pathology memang panjang,
nota anatomy panjang lagi;
klu ada masa yg panjang,
kita leh jumpak lagi...
(p/s Sila ratekan pantun aku nih ek 1: sgt bagus, leh publish kat buku antologi SEHIJAU WARNA DAUN, alah sujek KOMSAS masa sek menegah 2: bagus, 3: sedang2, 4: teruk, 5: memang teruk, xpandai wat pantun)

sebab apa tjk blog aku FUTURE?? nanti ada masa aku cereta kat hampa... bye