Khamis, 30 April 2009

Sorotan Kenangan Tahun 2 2008/2009

4/30/2009 02:35:00 PTG

masa pergi taman orkid semperna bday sultan kelantan

nih bilik aku.. bilik bacaan murni.. tempat aku clear r.. itu tempat org lain.. haha jgn marah

warmingup masa kejohanan taekwondo uitm

persembahan taekrobik masa ekspo kampus

masa IIP

IIP; lepas show taekrobik

masa icebreking untuk junior

biomed masa hari sambutan raya

geng taekrobik masa IIP

canopy walk kat taman negara kuala koh

aktiviti kat kuala koh

tengak r apa yang ditulis

pameran kesihatan ekspo kampus

kereta yang aku pandu ke rumah Lec Bi

kat rumah lec BI

majlis sambutan hari raya bach 2nd year PPSK

kat kuala koh

haha.. masa biomedicine night

gerai jualan kelab taekwondo masa pertandingan

kejohanan taekwondo antarabangsa USMKK

carta organisasi kelab taekwondo; aku sebagai naib bendahari

aku masa hari interaksi biomedicine

kami masa hari interaksi PPSK


Salam...

diam tak diam, dengan berakhirnya peperiksaan semalam maka dengan rasminya berakhirlah tahun dua aku di USMKK dalam kursus Bioperubatan.. banyak kenangan yang tak dapat dilupakan dan yang dapat dilupakan(ada ke kenangan yg dpt dilupakan? haha). kesempatan ini aku ceritakan sedikit sorotan kenangan di tahun dua ini...

bermulanya semester kedua pada 6 Julai 2008... aku pulang ke USM pada hari jumaat itu.. parent aku yang hantarkan.. meraka katakan setiap tahun akan menghantar aku ke USM kerana mereka ingin mengambil kesempatan melawat Kelantan.. Senang cakap aktiviti tahunan melawat kelantan haha... sampainya aku di USM pada pagi pendaftaran Desasiswa aku dikejukkan bahawa aku akan tinggal diluar.. masa itu aku dah rasa tak best.. rasa sedih terpaksa terpinggil tinggal di luar USM.. aku tinggal di satu bangunan di ataa Pasaraya Tenten berhadapan dengan HUSM...

selepas itu bermulalah kehidupan baruku di luar USM.. pada mulanya rasa agak kurang selesa sebab terlalu ramai.. tapi seorang demi seorang keluar meninggalkan bangunan itu dengan menyewa rumah diluar... aku tetap kekal disitu atas sebab itu mendapatkan wless USMKK.. senang sikit kalau ada wless...

aktiviti pertama aku adalah terlibat dalam icebreking dengan junior kami.. selepas itu kami mengadakan hari interaksi biomed bertempat di pantai melawi paada 8 ogos 2008..

selepas itu pada awal bulan ogos, 5 ogos 2008 adalah hari interaksi dan intergrasi persatuan (IIP).. pada aktiviti ini aku terlibat sebagai AJK publisiti bersama hakim. aku juga menjadi penyambut tetamu pada hari itu.. aku juga terlibat dengan persembahan taekwondo.. taekrobik yang kami persembahkan hari itu.. seronok sangat dan berdebar sebab pertama kali aku buat persembahan...

selepas itu aku terlibat pula dalam CONVEX atau pameran kesihatan semperna hari konvokasion di kampus induk.. ini adalah kali kedua aku berkunjung ke kampus induk walau pun tak jauh sangat dari rumah aku.. rumah aku sangat dekat dengan USM kampus kejuruteraan..

selepas pulang dari CONVEX pula aku terlibat lagi dengan persembahan taekrobik untuk ekspo kampus pula..

tiba pulalah bulan ramadhan... bulan ini lagilah membawa banyak makna.. pada setiap malam kami akan bersahur di gerai di hadapan HUSM.. maklumlah kami tinggal di TEnten so dekatlah dengan gerai itu.. buka puasa pula kami akan memusing setiap masjid di sekitar ini untuk berbuka puasa.. haha.. bukannya sebab nak safe bajek tapi hendak berkenalan dengan masyarakat sekitar k.kerian kononyalah..

dan bulan syawal pun menjerma.. tapi raya tahun ini memang seronok tapi selepas raya kami terpaksa pula menghadapi peperiksaan akhir semester 1.. danlah subjek killer TBM ada masa tu.. huiggg.. letih.. lepas itu kami ke rumah lec Bi kami, dia mengadakan rumah terbuka..

PPSK tahun dua mengadakan majlis sambutan hari raya pada 23 oktober 2008.. best tapi minggu berikutnya kami akan menduduki peperiksaan..

akhirnya berakhirlah semester satu tahun dua... pada cuti itu aku tak ada apa hendak dibuat... menghabiskan beras ibu bapa aku sahaja.. tapi cuti pendek sahaja sebab aku ada aktiviti kejohanan taekwondo antarabangsa.. usm sebagai tuan rumahnya... aku sebagai exco tugas khas.. banyak persatuan taekwondo malaysia dan thailand yang menyertainya...

buka semester baru maka bermulalah azam baru bertambah pula dengan sambutan tahun baru 2009.. entahlah azam itu dapat tercapai tak... pada awal januari kami yang tinggal di atas tenten terpaksa berpindah ke murni dan nurani tinggal dibilik bacaan sehingga sekarang.... sebabnya tenten tiada kelulusan bomba itu penempatan manusia..

aku terlibat pula dengan Minggu penhghayatan islam ke 11.. aku sebagai ajk kecil untuk program untukmu palestin.. melalui program ini aku telah banyak menimba pengetahuan tentang apa itu isu palestin.. tambahan pula masa itu adalah kemuncak keganasan israel terhadap palestin...

hari interaksi ppsk pula muncul selepas itu di pantai melawi(aku pun xingat nama pantai dia)... best hari itu dapat menikmati suasana pantai yang indah..

13 mac 2009 pula aku pergi ke Biomedicine Night 2009... malam ini untuk meraikan student biomedicine tahun akhir dan mengeratkan sesama kami... dianjurkan bach 3rd year bertempat di Hotel Dewan Nurani.. haha... alah baru pertama kali dianjurkan so, dewan nurani jela...

sekarang aktiviti taekwondo pula.. kelab kami menganjulkan aktiviti hari keliuarga bertempat di kuala koh berdekatan kuala krai dan gua musang... best first time masuk hutan simpan negara...
berlangsung pada 19 hingga 21 mac 2009

selepas itu aku menyertai pertandingan taekwondo terbuka uitm.. nervous sebab 1 time aku masuk pertandingan itu... nasib baik menag dapat pengat gansa lagi.. oklah tukan dari tak dapat langsung pingat.. haha.. tapi sambai sekaran takdapat lagi meder dia... itu yang tak ada gambar nak tunjuk.. haha...

selepas itu kesibukan pun bermula... peperiksaan pula menghadirkan dirinya... hari demi hari... akhirnya semalam berakhirlah peperiksaan ini... dan secara tak langsung terabadilah suatu kenangan yang terindah di tahun dua ini... diharapkan di tahun barun nanti aku akan lebih mengeti makna sebuah kehidupan dan berusaha lebih gigih demi masa depan diri. keluar, bangsa, negara dan agama.... kepada rakan bloger aku yang dikasihi:

Che Jo, darkArt, Chanz, Din, Lea, Quzie, Hanisah, Anne, Keropi dan sapa2 lagilah mungkin aku terlupa dengan ucapan

Selamat BerBloger dan Selamat Bercuti
(harap anda kekal aktif walaupun bercuti ek...) Sekian nukilan terakhir pada sesi 2008/2009... aku akan balik hari ini dalam pukul 6 ptg..

bye2

take care

Wasalam... ~(@_,@)~



Isnin, 27 April 2009

Saat yang dinanti telah tiba!!!

4/27/2009 09:19:00 PTG

sukanya aku nak habis exam dah...

salam...

wah akhirnya dalam tidak sedar aku hanya akan menhadapi satu sahaja lagi paper... seronoknya aku rasa...

pada mulanya aku merasakan yang bulan peperiksaan ini amat lama dan memenatkan tapi apabila telah sampai ke penghujungnya dapat pula perasaan engan berpisah dengannya.. huhu... macam bulan puasa pula kan.. manis di akhirnya.

betul aku rasa macam sedih pula hendak tinggalkan bulan peperiksaan kali ini.. haha... tapikan bulan peperiksaan kali ini memberiku seribu makna.. nak tau sebabnya.. adalah, malas nak cerita...

tapi perasaan gembira, puas, sedih dan kecewa pun ada.. bukan sahaja ditujukan kepada kertas peperiksaan tapi atas sebab lain juga... macam-macamkan.....

tapi tak apa.. selepas exam ni aku ingat nak jalan-jalan sekitar kelantan.. ronda dari bachok di utara ke kuala krai di selatan.. haha round kelantan tuh... nak tenangkan fikiran kononnya..

cuti nih pun tak tahu lagi apa pengisiaannya.. takkanlah nak duduk rumah je, buat menghabiskan beras ja.... haha...


aku ingat kalau boleh nak timba pengalaman. aku ingat nak tolong Dr Rapeah kalau dia perlukan pembantu dalam reserchnya kat sini.. aku pun tak tahu dia ada buat reserch apa. nanti aku pergi tanya dia..

tapi tulah dengan duit yang dah kehabisan ni susahlah nak sara hidup kat sini... lagipun aku tak ada kawan yang nak join sekali.. jomlah korang.. huhu....

ok jumpa korang next sem ek... wish u all the best for last paper and selamat bercuti...

dan lepas ni bermakna habislah tahun dua pengajian aku kat USM ni... aku telah berjaya melengkapkan separuh perjuanganku... hanya tinggal separuh sahaja lagi

dan satu tahun sahaja lagi untuk aku berkerja kuat... final year nanti relex je kan.. huhu...


wasalam... ~(@_,@)~

Rabu, 22 April 2009

Berkongsi boleh menenangkan hati ke??

4/22/2009 12:03:00 PG

pening kepala pak cik nih...

salam...

akhirnya dapat juga aku mengepost entry baru... ramaikan yang menanti kemunculan ku.. ye ke?? haha... baru sahaja tadi aku telah menghabiskan peperiksaan akhir semester 2 tahun 2... haha.. tak lah habis semua, cuma, subjek selepas ini taklah digelar 'killer subjek'.. jadi bolehlah aku rehat-rehat sekejap.. bestkan.. haha...

oleh kerana aku hendak rehat-rehat... malam tadi aku pergilah ke KFC (sekali-sekala je.. boikot sikit2) dengan Che Jo, Nisah, Aisyah dan Ada. bestla gak dapat tenangkan hati yang gundah-gelana sejak akhir-akhir ini.. tak tahulah kenapa.. mungkin ada yang mengangu fikiranku.. hehe.. salah satunya sebab peperiksaan ni.. aku kena kerja kuat sikit untuk menaikkan pointer.. haha..

satu sebab lagi itu adalah.. takan nak cerita semua kan.. haha.. tapi bila kita ceritakan masalah, isi hati, pandangan, kutukan, dan macam-macam lagi pada seseorang atau pendengar yang setia, kita pasti akan merasa lega. memang betul orang katakan, masalah perlu dibincangkan dengan orang lain.. mendengar pandangan dan nasihat orang lain. pernah aku dengan kata-kata orang, orang perempuan jangka hayatnya lebih panjang berbanding lelaki.. kenapa??

satu sebabnya, orang perempuan banyak bercakap. mereka akan meluahkan apa sahaja perasaan atau masalah yang terpendam.. jadi tekanan mereka akan berkurangan jadi hidup lebih tenang dan dapat hidup lebih lama. lelaki lebih pendiam. sukar untuk meluahkan isi hati pada orang lain. mereka pendamkan, lama-lama akan menyebabkan tekanan jiwa dan memendekkan hidup. haha.. betul ke tak, tak tahulah...

jadi tadi aku dapatlah berkongsi sikit masalah dengan kawan-kawanku.. arh. memang menenagkan jiwa dan raga.. haha.. apa-apapun masalah janganlah dipendamkan, cuba berbincang mungkin akan ketemui jawapannya..huhu... cam bagus je ayat aku...

wassalam... ~(@_,@)~

Isnin, 13 April 2009

Organisma Seni

4/13/2009 05:46:00 PTG


salam...

tadi aku baru sahaja menamatkan kertas pertama: mikrobiologi...

wah... di luar jangkaan.. sagat lah lah lah senang... ceh... kali pertama aku jawab tanpa menghabiskan kertas yang dibekalkan.. huhu.. selama ini apabila aku menjawab soalan exam pasti kertas yang dibekalkan tidak mencukupi sebab banyak sangat benda yang hendak dijawab.. tapi kali ini lain pula..

aku pun tak tahulah nak buat apa dengan organisma seni ini.. tak ada idea langsung nak goreng.. lebih susah dari soalan anatomi.. huhu... sebenarnya aku ni memang tak suka sangat dengan subjek ini.. dari matrikulasi lagi... tapi bagi kami student BIOPERUBATAN mikrobiologi memang subjek yang penting.. nanti kami ada dua subjek lagi yang berkaitan dengan mikrobiologi.. Mikrobiologi Perubatan dan Parasitologi Perubatan.. cam mana nih...

dan aku lebih meminati subjek PATHOLOGY.. aku kalau baca nota patho akan beri tumpuan yang penuh tak mengantuk pun.. tapi kalau baca note mikrobiologi mesti mengantuk.. note mikrob bagi aku adalah ubat tidur.. huhu....

apapun aku dah buat terbaik.. haraplah aku dapat keputusan nanti baiklah juga dan dapat mencapai yang baiklah juga...

wasalam.. ~(@_,@)~

Ahad, 12 April 2009

tip menghadapi peperiksaan

4/12/2009 09:20:00 PTG


salam...

saja aku nak kongsi beberapa tip untuk menghadapi peperiksaan.. harap korang dapat menghayatinya.. huhu...

PERSEDIAAN DIRI DAN MINDA
1. semak jadual peperiksaan takut silap jadual.. kang susah
2. jangan murung atau takut sangat.. buat perbincangan dengan kawan
3. tenagkan diri seperti solat hajat atau solat sunat atau membaca ayat suci Al-Quran...

SEBELUM PEPERIKSAAN
1. berdoa.. mohon dimakbulkan hajat dan mendapat ketenangan..
2. pohon restu ibu bapa.. telefon lah abah mak..
3. visualisasi skor dalam exam.. walaupun itu mungkin tidak terjadi, apasalahnya kita bayangkan akan dapat dean list semester ini.. hehe
4. sediakan keperluan diri (slip exam, alatulis, pakaian..hehe)
5. mesti kena selesai ulangkaji.. tapi tulah nota kita kan banyak giler. huhu
6. rehat yang cukup.. maksudnya jangan tidir lewat sangat.. cam aku nih boleh post entry lagi
7. makanan yang baik untuk kawal kesihatan..

PAGI PEPERIKSAAN(persiapan minda)

1. bayangkan skor dalam exam ini
2. solat subuh.. satu lagi aku selalu solat dhuha sebelum pergi Dewan exam..
3. salam ibubapa.. kalau berkesempatan
4. elak bual hal negatif.. penting ni sebab akan membuatkan kita lupa..
5. bertenang

PAGI PEPERIKSAAN(persiapan diri)

1. pakaian kemas
2. makan makanan yang tak berlemak.. sebab boleh buat kita mengatuk.. aku selalu makan roti coklat..
3. sepintas lalu u.kaji kertas yang akan diduduki hari itu..
4. lupakan kertas yang dah selesai.. sebab ni boleh buat kita hilang semangat kalau kita dapat tahu kita jawab salah..
5. lawat tandas.. elakkan keluar dewan banyak kali.. boleh buang masa..

SEMASA PEPERIKSAAN
1. masuk dewan dengan langkah kanan
2. berdoa sebelum menjawab.. contohnya: "Ya Allah persiapkanlah kami dengan petunjukMu"
3. bayangkan anda boleh menjawab soalan yang bakal dikemukakan
4. bila anda boleh menjawab lafazlah: "Alhamdulillah"... dan sambung jawab soalan berikutnya..
5. bila anda tak dapat menjawab lafazlah: "Insyaallah nanti aku boleh jawab soalan ini" dan jawab soalan seterusnya...

sekian.. mudah-mudahan anda dapat menghadapi exam dengan tenang..

Wasalam... ~(@_,@)~

Sabtu, 11 April 2009

Hantu??

4/11/2009 03:07:00 PG


Salam...

masuk hari ini dah 2 malam aku tidur di bilik Azmir... sebenarnya setiap malam aku akan ke bilik Azmir untuk belajar.. aku rasa macam tak selesa belajar bersendirian di bilik aku.. lagi pun bilik aku itu bekas bilik bacaan.. jadi dia lebih sempit dan agak panas.. sebab itulah aku belajar dengan mereka.. kononnya lah.. hehe...

malam semalam, Azahiri ikut sama belajar dengan kami... dia datang ke bilik Azmir... apa lagi kalau dah ada Aza dan Che Jo, aku mesti akan jadi pendiam.. kenapa?? mereka sahaja yang tahu..

malam itu, kami bercerita mengenai kejadian misteri(crita hantu r ) yang pernah kami dengar atau pun alami sendiri.. Aza ada ceritakan kejadian misteri di makmal PPSK waktu malam.. katanya, pengawal keselamatan yang menjaga PPSK yang menceritakan... ceritanya macam nih.......... blablabla.... tak nak lah aku cerita sekarang.. nanti ada masa aku ceritakan... lagipun nanti ada yang tak berani ke PPSK lagi.. macam mana nak tengok Result CA..

aku pula ceritakan tentang kejadian yang terjadi disebuah sekolah menengah... kawasan sekolah itu agak sunyi... jadi macam-macamlah kejadiaan aneh yang dapat dilihat.. (cerita ni dari abah aku.. dulu abah aku kerja pgwal kat sekolah tu... skrang kerja pmandu bas) pernak tak korang dengar cerita Hantu Karipap kat Matrikulasi korang?? seram juga kan?? alah yang menjual karipap tengah2 malam itu..

aku sendiri pun pernah alaminya.. masa aku berbasikal lebih kurang pukul 9 malam behadapan dengan padang golf.. seram sangat masa itu.. masa aku berbasikal aku rasa macam ada sesuatu mengekoriku.. terbang... dan.... aku juga dapat menghidu bau bunga melur(bunga yang ditanam pada kubur).. isk takutnya...

Che Jo.. dia menjadi pendengar sahaja.. ada juga dia ceritakan tentang kejadian yang berlaku di kampungnya... cerita neneknya di kebun getah waktu pagi.. seram...

disebabkan cerita-cerita itu lah aku tak berani untuk balik ke Murni... ini kerana perjalanan dari Nurani ke Murni akan melalui kawasan padang yang sunyi itu... takutnya... haha.... bayangkanlah pukul 3 ke 4 pagi... korang berani tak?? haha... aku berani juga tapi bergantung pada keadaan le..

kesimpulannya(cam karangan lak) pernahkah anda menemui kejadian sedemikian?? bolehkah kita percaya 100%?? emmm... aku pun tak dapat memberi jawapannya... pikirkan lah ek.. kalau ada cerita yang menarik kongsi lah ye..

(p/s: malam2 minggu je aku tgk byk couper kat bawah2 pokok 2.. krg xtakut ke?? kan org cakap klu berdua-dua pasti ada yang ketiga... takutnya.. ha ha ha.... so jangan couper mlm2 ek... hikhik.. siang boleh ke??)

wasalam... ~(@_,@)~

Khamis, 9 April 2009

jogging yang ada dua perasaan...

4/09/2009 02:21:00 PG


salam...

petang semalam aku pergi jogging(bahasa melayu pun ejaan dia jogging gak ke??). lebih kurang pukul 6.20 ptg aku keluar dengan hakim ke trek jogging.. sebenarnya aku yang mencadangkan untuk jogging.. aku sesaja ajak Azahiri masa aku jumpa dia di bilik Che Jo...

tapi sebenarnya tak berniat pun nak jonging.. tak tahulah rasa macam penat pulak.. maklumlah dah berminggu tak jogging sebab sibuk dengan CA, OSPE, 'Lab Report'(ni dalam BI) dan sebagainya.. selalunya aku akan jogging paling kurang sekali seminggu. kekadang aku main tenis (tapi men dgn dinding je.. krn dinding je yg nak men dgn aku.. huhu) ataupun aku pergi 'Gym'( ni pun dalam BI ek)....

jadi petang tadi aku berpeluang berjoging dengan mereka (Aza, Che Jo, Hakim n Azmir-tak tau le tetiba dia nak joging). tapi masa aku jonging aku telah dapat merasai dua perasaan sekaligus... nak tau tak apa dia???

pertama: sebenar untuk apa aku joging sebab aku nak mengurangkan tekanan.. yelahkan musim nak peperiksaan nih, jiwa dan raga tertekan... tapi apa yang aku dapat petang semalam sangat berbeza.. aku bertambah tertekan.. nak tau tak kenapa?? kerana aku dimain-mainkan.. siapa yang buat macam itu??

tak payahlah aku beritahu... biarlah aku simpan perasaan aku nih.. tapi aku berikan sedikit klu.. mereka itu ada dan sama-sama berjoging dengan aku... dan memang mereka selalu membuat aku begini... tak pelahkan sebab aku nih memang penyabar.. ayah dan mak aku pun cakap macam itu.. akulah yang paling penyabar dalam adik beradik aku.. biasalah kami nih kan ada sedikit darah keturunan Mami Penang yang memang terkenal dengan kegarangannya...

kedua: selepas berjoging aku dapat merasakan satu keseronokan walaupun tertekan.. nak tau kenapa?? hehe ............. sebenarnya selepas berjoging aku ke PA di PPSK.. aku nak tengok keputusan CA Genetik Manusia... bila aku tengok.. argg.. tak percaya aku dibuatnya.. inilah kali pertama aku dapat keputusan sebegitu.. paling baik daripada keputusan CA yang sebelumnya.. sejak tahun satu lagi...

dan lepas itu kami( kenapa kami?? adalah orang-orang itu) melihat pula keputusan 40% untuk farmakologi.. argh... pun keputusan yang tak dijangkakan.. selepas aku melihat semua itu.. aku rasa makin bersemangat untuk belajar... aku tak akan putus asa walaupun selalu menghadapi pelbagai dugaan dan tekanan dari 'mereka-mereka' itu.. nih lah menyebabkan aku gembira dalam tertekan..

kepada kawan-kawan aku nasihatkan pekakan telinga untuk tidak mendengar kata-kata yang akan menjatuhkan semangat kita.. macam satu kata-kata semangat ini:

hidup jangan cepat putus asa..
buat keputusan dengan kehendak sendiri...
jangan mudah poercaya pada seseorang..
nanti makan diri....
baru hidup ini happy...
biar dugaan datang mengunung hadapi dengan tabah..
langit x selamanya kan mendung..
suatu hari pasti akan hadir mentari menyinari kegelapan..

renung-renugkan.. dan selamat beramal... haha

(p/s: aku juga ingin mengucapkan Selamat Menghadapi Peperiksaan dan Good Luck kepada Kak Nadia.. haha.. maaf ye tak tahu pun Kak ada blog.. tu yang tak wish.. hehe dan terima kasih kat Kenny coz sudi meminjamkan laptopnya tuk aku post entry nih.. huhu)

Wasalam... ~(@_,@)~

Selasa, 7 April 2009

Hidupku tanpa komputer peribadi

4/07/2009 03:39:00 PTG

salam..

masuk hari ini sudah satu hari aku hidup tanpa komputerku... aku baru sahaja balik daripada rumah semalam.. selepas cuti pada Minggu Ulangkaji.. aku balik rumah pada hari khamis selepas peristiwa yang berlaku pada hari keputeraan baginda al-sultan kelantan.. lebih kurang 4 hari aku di rumah akhirnya aku kembali ke USM

sebenarnya aku meninggalkan komputer aku untuk kegunaan adik aku.. dia nak siapkan kerja rumahnya.. maklumlah dia akan menduduki SPM tahun ini..

aku pun tanpa berfikir panjang memberikan sahaja dia pinjam.. lagipun kalau aku tiada komputer mungkin aku dapat belajar lebih.. biasalah kalau ada komputer nih bangun je pagi mesti terus hidupkan komputer.. kadang-kadang tak tidur malam mengadap komputer..


ini hanyalah hiasan semata-mata (bukannye laptop aku ek)

jadi bila dah tiada komputer nih mungkin aku akan ada lebih masa untuk menumpukan perhatian kepada pelajaran terutamanya kepada subjek PATOLOGI ASAS... (mudah-mudahlah huhu) tapi masalahnya aku terpaksa menabahkan diri untuk menghadapi situasi baru ini.. haha... aku post entry nih pun menggunakan komputer Azmir..

kepada kawan-kawan bloger aku, DarkArt, Che Jo, LeaButterfly, Quzie, Chanz, Hanisah n sesape saja yang melawati blog aku... aku mengambil kesempatan ini mengucapkan SELAMAT MENYAMBUT BULAN PEPERIKSAAN dan GOOD LUCK mudah-mudahan kita akan beroleh kejayaan atas usaha kita sendiri.. tiada kejayaan yang datang bergolek,

berakit-rakit ke hulu,
berenang-renang ke tepian;
bersakit-sakit dahulu,
bersenang-senang kemudian.

wasalam ~(@_,@)~

Sabtu, 4 April 2009

Pengalaman masa birthday Al-Sultan Kelantan :(

4/04/2009 05:14:00 PTG

salam..




pada 30 dan 31 bulan 3 yang lalu seluruh negeri kelantan menyambut Hari Keputeraan Sultan Kelantan. jadi dua hari tersebut diistiharkan sebagai hari cuti am..



oleh kerana dua hari tersebut adalah hari cuti am jadi aku merancang untuk balik ke rumah.. tetapi impianku berkecai sebab aku tak dapat balik rumah pada hari tersebut.. arhggg...

disini aku cerita sedikit perjalan hidupku selama lebih kurang 1 jam sebelum peristiwa yang menyeronokan berlaku (menyeronokkan ke???). lebih kurang pukul 9.10 aku dan rakan seperjuangan sudah bersedia untuk pulang.. lebih kurang pukul 9.15 kawan kami yang akan menhantar kami ke stesen langar tiba.. kami pun menaiki dan memulakan perjalanan lebih kurang pukul 9.21..

sampainya di persimpangan berdekatan KFC kami melihat kesibukan jalan yang amat sangat.. aku memikir sebentar bolehkan kami tiba di langgar sebelum pukul 10.00 sebab bas kami akan bertolak ke Butterworth pukul 10.00 mlm..

setiap 10 minit baru kami dapat bergerak sedikit.. keadaan masa tu sangat sibuk.. antara sebabnya kebayakan kenderaan berhenti di bahu2 jln untuk mengambil gambar pintu gerbang yg dihujani cahaya.. kami pun turut mengambil gambar untuk menenangkan hati yang gelisah masa itu..

akhirnya pukul 10.03 baru kami sampai di langgar.. masa itu kami melihat ada sebuah bas yang sudah hendak berlepas.. kami tidak pasti adakah itu bas kami.. selalunya bas kami pukul 10.15 baru tiba ke langgar.. dalam kebengongan bas itu pun berlepas. aku pun masuk ke dalam pejabat.. alangkah terperanjatnya melihat bas kami telah tiba (papan kenyataan yg menunjukkan).. jadi kami mencari2 bas yg berhenti tapi kedua2 bas itu bukan menuju ke Butterwotrh.. arg.. camana nih.. jantungku berdenyut kencang macam sedang bertentang mata dengan seseorang tu.. hehe (ada masalak nak jiwang).

aku pun terus menelefon kawan yang menghantar aku.. sementara menunggunya kami terus mengejar bas itu.. bila kami menghampiri bas itu, bas itu terus berlalu... kami terus mengejarnya hinga ke Jalan Kuala Krai.. arh.. aku dak xlarat nak kejar.. biarkan saja nampaknya.. hampir 20 minit kawan kami pun tiba..

kami terus menaiki kereta.. pada masa itu kami tak sanggup untuk kebali ke usm.. malu segh... jadi kawan aku itu ajak tidur di rumahnya... kami pun tidur dirumahnya.. keesokkan kami pergi ke Langgar utk menukar tiket.. tapi tiket balik pagi tu dah penuh.. aku pun bertekat balik hari khamis sahaja coz aku ada klas microbiology ptg khamis tu..

tiket yang kehangusan terbakar.. rugi RM34

*************************************************************************************

pada 31 bulan 3 pulak aku bersama dengan Kenny, Al, Hakim dan Azmir pergi ke Taman Flora di Pangkalan Cepha.. sangat seronok.. mungkin inilah hikmahnya kami ditinggalkan bas dan tak balik rumah.. kami melawat dan melikat pelbagai reflika rumah dan taman2 yang dibuat oleh setiap majlis daerah di Negeri Kelantan nih.. tegak lah gambar kitorang... Azahiri dan Che Jo jangan jelous ek... aku ingat korang ada CA itu yang aku tak ajak... HEHE....
akhirnya 2.4.2009 aku berjaya juga balik ke rumah.. home sweet home huhu... kepada lea, Che Jo n Dark Art aku dapat juga balik rumah.. bestnya.. aku sangup pergi cibercafe sebab nak post entry nih nak gtau korang aku dpt balik.. huhu.. terima kasih coz temankan aku masa aku dlm kesedihan hari tu ye Che Jo, Aza (koyanya ayat aku) haha.. bye..
Wasalam ~(@_,@)~

kami kat salam satu reflika taman



tiket masuk seriya je

salah satu spesis orkid

kami kat taman yang memenangi kempat ke-2 tercantik


kami kat Taman Orkid yang dibuat olej Majlis Daerah Kuala Krai.. (Majlis daerah lain len kali aku upload hehe...)





Bestnya dapat menghilangkan tention sebab tak dapat kelik umah