Rabu, 22 April 2009

Berkongsi boleh menenangkan hati ke??

4/22/2009 12:03:00 PG

pening kepala pak cik nih...

salam...

akhirnya dapat juga aku mengepost entry baru... ramaikan yang menanti kemunculan ku.. ye ke?? haha... baru sahaja tadi aku telah menghabiskan peperiksaan akhir semester 2 tahun 2... haha.. tak lah habis semua, cuma, subjek selepas ini taklah digelar 'killer subjek'.. jadi bolehlah aku rehat-rehat sekejap.. bestkan.. haha...

oleh kerana aku hendak rehat-rehat... malam tadi aku pergilah ke KFC (sekali-sekala je.. boikot sikit2) dengan Che Jo, Nisah, Aisyah dan Ada. bestla gak dapat tenangkan hati yang gundah-gelana sejak akhir-akhir ini.. tak tahulah kenapa.. mungkin ada yang mengangu fikiranku.. hehe.. salah satunya sebab peperiksaan ni.. aku kena kerja kuat sikit untuk menaikkan pointer.. haha..

satu sebab lagi itu adalah.. takan nak cerita semua kan.. haha.. tapi bila kita ceritakan masalah, isi hati, pandangan, kutukan, dan macam-macam lagi pada seseorang atau pendengar yang setia, kita pasti akan merasa lega. memang betul orang katakan, masalah perlu dibincangkan dengan orang lain.. mendengar pandangan dan nasihat orang lain. pernah aku dengan kata-kata orang, orang perempuan jangka hayatnya lebih panjang berbanding lelaki.. kenapa??

satu sebabnya, orang perempuan banyak bercakap. mereka akan meluahkan apa sahaja perasaan atau masalah yang terpendam.. jadi tekanan mereka akan berkurangan jadi hidup lebih tenang dan dapat hidup lebih lama. lelaki lebih pendiam. sukar untuk meluahkan isi hati pada orang lain. mereka pendamkan, lama-lama akan menyebabkan tekanan jiwa dan memendekkan hidup. haha.. betul ke tak, tak tahulah...

jadi tadi aku dapatlah berkongsi sikit masalah dengan kawan-kawanku.. arh. memang menenagkan jiwa dan raga.. haha.. apa-apapun masalah janganlah dipendamkan, cuba berbincang mungkin akan ketemui jawapannya..huhu... cam bagus je ayat aku...

wassalam... ~(@_,@)~

4 comments:

Lea Isnawi berkata...

owh ye?
aku byk ckp...
moga2 umo aku panjang...
hihi

kite samalah lukman
aku pun ngah berusaha keras nk naekkan pointer ni..huhu

Unknown berkata...

ko bkongsi masalah ngan di0rg ke?
masalah pe? nk tau!
hahaha..seb0k je...
xde arr...xnk tau pun...

weh..gud luck paper bi!
bi kan..ssh seyh! hua3.. sje nk tak0tkan ko...bg hati ko gundah gulana lg..bleh arr ko luahkan prasaan kat sape2 lg..haha..

chanz berkata...

memandai je ang nih..bagi bukti scientific..journal2.

Mohd LukMan berkata...

lea: haha.. ko memang byk cakap

Nisah: ada r.. masalah kecik je tapi cam kecoh je aku nih.. koya tul..huhu

weh memang susah r bi.. terutama struktur tu.. aku nak luahkan psaan kat ko nih.. arghhhh.. lega dah skit.. haha

chanz: tul x tak mana tau.. tapi org cakap r