Ahad, 12 April 2009

tip menghadapi peperiksaan

4/12/2009 09:20:00 PTG


salam...

saja aku nak kongsi beberapa tip untuk menghadapi peperiksaan.. harap korang dapat menghayatinya.. huhu...

PERSEDIAAN DIRI DAN MINDA
1. semak jadual peperiksaan takut silap jadual.. kang susah
2. jangan murung atau takut sangat.. buat perbincangan dengan kawan
3. tenagkan diri seperti solat hajat atau solat sunat atau membaca ayat suci Al-Quran...

SEBELUM PEPERIKSAAN
1. berdoa.. mohon dimakbulkan hajat dan mendapat ketenangan..
2. pohon restu ibu bapa.. telefon lah abah mak..
3. visualisasi skor dalam exam.. walaupun itu mungkin tidak terjadi, apasalahnya kita bayangkan akan dapat dean list semester ini.. hehe
4. sediakan keperluan diri (slip exam, alatulis, pakaian..hehe)
5. mesti kena selesai ulangkaji.. tapi tulah nota kita kan banyak giler. huhu
6. rehat yang cukup.. maksudnya jangan tidir lewat sangat.. cam aku nih boleh post entry lagi
7. makanan yang baik untuk kawal kesihatan..

PAGI PEPERIKSAAN(persiapan minda)

1. bayangkan skor dalam exam ini
2. solat subuh.. satu lagi aku selalu solat dhuha sebelum pergi Dewan exam..
3. salam ibubapa.. kalau berkesempatan
4. elak bual hal negatif.. penting ni sebab akan membuatkan kita lupa..
5. bertenang

PAGI PEPERIKSAAN(persiapan diri)

1. pakaian kemas
2. makan makanan yang tak berlemak.. sebab boleh buat kita mengatuk.. aku selalu makan roti coklat..
3. sepintas lalu u.kaji kertas yang akan diduduki hari itu..
4. lupakan kertas yang dah selesai.. sebab ni boleh buat kita hilang semangat kalau kita dapat tahu kita jawab salah..
5. lawat tandas.. elakkan keluar dewan banyak kali.. boleh buang masa..

SEMASA PEPERIKSAAN
1. masuk dewan dengan langkah kanan
2. berdoa sebelum menjawab.. contohnya: "Ya Allah persiapkanlah kami dengan petunjukMu"
3. bayangkan anda boleh menjawab soalan yang bakal dikemukakan
4. bila anda boleh menjawab lafazlah: "Alhamdulillah"... dan sambung jawab soalan berikutnya..
5. bila anda tak dapat menjawab lafazlah: "Insyaallah nanti aku boleh jawab soalan ini" dan jawab soalan seterusnya...

sekian.. mudah-mudahan anda dapat menghadapi exam dengan tenang..

Wasalam... ~(@_,@)~

0 comments: