Jumaat, 31 Julai 2009

Wang yang makin menghilang...

7/31/2009 03:16:00 PTG


Salam..

apakah wang?? Wang atau duit merujuk sesuatu objek atau barang yang diterima masyarakat umum dan sah di sisi undang-undang sebagai medium pertukaran dalam urusan jual beli dan urusniaga lain. Wang juga berfungsi sebagai penyimpan nilai, unit akaun, dan piawai langsaian hutang(betul tak ejaannye??).

Tahukah kekawan, terdapat tiga jenis wang: wang komoditi, wang fiat dan wang kredit. Setiap jenis wang mempunyai kekuatan dan liabiliti ekonomi yang berbeza.

Wang komoditi ialah wang yang boleh digunakan sebagai medium pertukaran dan sebagai komoditi yang boleh didagangkan pada masa yang sama. Mata wang berasskan komoditi sering ditengoklebih stabil, namun nilainya masih boleh berubah. Contoh wang komoditi ialah emas, perak dan logam berharga lain.

Untuk wang fiat pula wang yang nilainya ditentukan oleh undang-undang dan bukan adanya barangan dan perkhidmatan. Contohnya wang kertas, merupakan simbol komoditi atau dasar kerajaan. Walaupun dianggap wang, wang kertas bukanlah wang yang sebenar. Nota wang kertas adalah berasaskan janji untuk membayar wang sekiranya dituntut.

Last sekali wang kredit iaitu tuntutan terhadap orang yang boleh digunakan untuk membeli barangan dan perkhidmatan. Perbezaan besar wang kredit berbanding wang komoditi dan fiat ada dua: ia tidak dapat dibayar dengan segera apabila dituntut dan terdapat sedikit unsur risiko nilai bayaran akan tidak sama dengan nilai yang dipersetujui semasa belian. hah.. adakah anda faham???

sekarang aku nak crita pula wang aku yang makin menghilang ini.. sesunguhnya minggu ini aku memang bernasib malang..pertama aku kehilangan kad matrik.. entah dimana dia menghilang aku pun tidak pasti.. kali terakhir aku mengunakannya sewaktu mengambil wang di ATM bank Islam Tesco..huhu.. mungkin dalam kegairahan bershoping itu aku tidak perasan yang kad matrik aku tercicir..

disebabkan itu aku secara automatik kehilang sesuatu untuk mengambil wang.. ini kerana kad bank aku sekali dengan kad matrik.. 2 in 1 lah kononnya.. jadi pada hari rabu lepas terpaksalah aku pergi ke bank islam memohon kad baru.. untuk memohon kad baru pula satu lagi prosedur terpaksa aku tempuhi iaitu terpaksa mendapatkan setem hasil sebanyak RM20 sebagai jaminan.. jadi aku terpaksalah pergi ke LHDN.. dah lah minggu ini aku sibuk.. selepas dapatkan setem aku terus ke bank islam memohon kad.. lebih kurang pukul 1.10 pm barulah aku dapat keluarkan wang... pembelian setem hasil itu pun atas wang pinjaman kekawan.. lepas itu bergegas pula untuk ke makmal sebab petang itu kami ada makmal blood bank..

motherboard untuk destop

pada hari yang sama juga aku pergi pula ke kadai accer itu mendapatkan maklumat diagnosis laptop aku selepas makmal itu.. sebenarnya laptop aku sudah mengalami kerosakan,mungkin telah hampir ajalnya.. huhu.. sehari selepas aku kehilangan kad matrik laptop aku pula rosak.. bila di on kan, tiada gambar keluar diskrin..owh aku pun mengesyaki ini mesti kerosakan motherboard sebab 'blue skrin' kelihatan sebelum itu.. jadi setelah ke kedai accer itu, memang betullah motherboard aku yang rosak jadi terpaksalah aku baikinya, dan hilanglah duit aku sebanyak RM700.. pembaikian ini memerlukan masa 2 minggu.. fuh.. lamanya nasib baik lab report semester ini perlu tulisan tangan.. nasib baik..

lepas itu pada hari khamis pula aku ke Jabatan Pendaftar untuk membuat kad matrik yang hilang itu.. sebelum itu aku perlu melaporkan kehilangan kad matrik di Jabatan Keselamatan dahulu.. jadi akan kehilanganlah lagi wang aku lebih kurang RM60 untuk membuat kad matrik baru... isk.. sebenarnya bukan aku kedekut tetapi aku perlu berjimat sedikit untuk simpanan sebagai bekalan utuk Latihan Insdustri pada cuti semester tahun depan.. sudahlah aku berbelanja untuk membeli HP baru RM264.. menyesal pula beli HP baru itu.. huhu

untuk menenangkan hati aku yang memang resah dan gelisah minggu ini, aku pun menderma darah pada hari selasa hari itu... best dapat menyumbangkan sedikit darah untuk menyelamatkan nyawa orang yang memerlukan... ikhlas tau.. haha..

kalau ikhlas xyahla tunjuk gambar kan?? betul x?? hehe

kesimpulannya.. jagalah wang anda sebaik mungkin dan berbelanjalah mengikut kemampuan dan keperluan.. (cam kempen kerajaanlah pula)..

(p/s: terima kasih kepada CJ pinjaman laptopnye ini.. bolehlah aku buat lab report)

Wassalam ~(@_,@)~

(sumber rujukan: http://ms.wikipedia.org/wiki/wang)

Jumaat, 17 Julai 2009

Kejujuran VS Kepura-puraan

7/17/2009 06:56:00 PTG


Salam...

Gambar diselah hanya hiasan semata-mata.. haha.. menunjukkan bahawa aku sedang memikirkan apa maksud tajuk di atas?????
Kali ini aku nak bercerita sedikit tentang apakah kejujuran sebenar dan kepura-puraan.. ceritanya seperti ini:

Pada 4 julai 2009 hari itu kami pulang ke USM selepas berakhirnya cuti semester.. Akhirnya aku berjaya juga masuk ke tahun 3 dan tidak lama lagi aku akan melangkah ke tahun akhir.. selepas itu aku pun tidak pasti sama ada akan meneruskan pembelajaran aku atau pun terus kerja sahaja.. kalau aku ingin meneruskan pengajian mungkin aku akan mengambil bidang lain seperti perakaunan, kejuruteraan, perniagaan atau pun sains forensik.. sains forensik??? eh kenapa pula ya aku tak ambil sains forensik semasa 'first degree'.. kenapa mahu ambil semasa ijazah lanjutan?? nanti aku akan ceritakan pada episod yang lain.. haha

pagi itu kami bertolaklah lebih kurang pukul 9 pagi. kami bergerak dari Banda raya Parit Buntar.. hikhik.. sebenarnya kami balik menaiki kereta sendiri.. bukan tidak mahu naik bas tapi tambangnya terlalu mahal.. kalau kami naik kereta.. duit minyak dapat dikongsi dan sudah tentu akan lebih murah... setelah beberapa jam perjalanan akhirnya kami sampai di Jeli... sampainya kami ke situ, kami terus berehat di sebuah masjid untuk solat dan makan tengah hari.. kami semua membawa bekal masing-masing.. nak jimat duit sebab JPA tentu masuk lambat..

selepas selesai makan dan solat.. aku pun bergeraklah untuk keluar dari masjid menuju ke kereta... dalam perjalanan itu datang lah seorang lelaki umur lebih kurang 40 an kot.. dia memberi salam dan menanyakan aku hendak ke mana.. aku pun menjawab hendak pulang ke USM K.Kerian... selepas itu dia pun menyatakan satu hasrat.. apakah dia????

dia datang kepada aku dan menyatakan tayar motosikalnya rosak bukan pancit.. dan dia meminta wang untuk membaikinya.. aku pun serba salah.. hendak bagi ataupun tidak.. jadi aku pun meminta pandangan orang yang lebih tua... dia pun terasa serba salah.. yela orang yang tidak dikenali meminta wang.. mungkin dia seorang yang betul atau pun hendah menipu kami..

aku pun merasakan demikian sebab aku tengok dia tidak meminta wang kepada orang yang menetap di masjid itu tetapi dia meminta daripada orang asing diluar kelantan... memang menimbulkan keraguaan..

akhirnya kami mengambil keputusan meninggalkan sahaja dia.. aku rasa sangat kesian.. tetapi aku pun tak tahu nak cakap macam mana.. itulah yang aku nak cakapkan... kadang-kadang orang yang jujur selalu akan dipandang dusta dan sebaliknya.. kalau seseorang itu benar-benar jujur.. macam mana kita hendah mengetahuinya.. adalah tidak patut hanya kerana segelintir manusia yang dusta memain-mainkan kejujuran dihormati.. janganlah mempermainkan kejujuran.. kaihanilah mereka yang benar-benar jujur dan ikhlas...

wassalam ~(@_,@)~

Rabu, 8 Julai 2009

Bismillahirahmanirahim...

7/08/2009 12:41:00 PTG


Salam...

dah hampir 3 bulan aku tak update blog ni.. entah dah berapa organisma seni dah membiak dalam blog aku ini.. hoho.. Seperti yang disunatkan kita memulakan sesuatu dengan nama Allah, jadi aku mulakan balik blog aku dengan kalimah itu.. yelakan masuknya semester baru ini, wajah pun dah baru, pakaian pun baru(baru basuh da), kasut pun baru(padahal ketat), badan pun baru (bertambah gemuk la, duduk rumah je) dan yang penting UMUR aku pun dah berubah..hehe

sebenarnya aku rasa malas nak tulis blog ini sebab kat rumah aku tak ada internet.. kalau pergi CC bukan tak tahu mahal.. 1jam pun RM1.50... kalau dah masuk CC tu mestilah berjam-jam... dalam tak sedar pulak tu.. ishk.. selepas itu masuk je USM ingat nak mulah blog tapi USM dah sekat Blogspot... lepas itu internet kat tempat aku lembab pulak.. skype, ym gtalk pun tak bolah nak log in.. hah... bosan sahaja kat bilik...

sebagai permulaan pembaharuan ini aku pun ubahlah rupa bentuk blog ini.. tapi aku tahu ia tak cantik pun.. setakat ini sahaja yang aku mampu buat.. sesiapa yang pandai-pandai tu ajala aku ni..huhu.. kalau diperhatikan bayak warna blog aku ini ungu dan hijau... sebenarnya ungu dan hijau adalah warna kegemaran aku... tapi bukan aku mencuri warna USM tau...

dahulu masa kecil aku suka warna merah sebab nampak garang.. aku pun sebenarnya suka berkawan dengan orang yang garang.. huhu.. sebenarnya orang yang garang kebayakkannya berhati baik.. macam orang selalu cakap jangan menilai sesuatu daripada rupanya sahaja... lepas itu aku mula mengemari warna ungu dan hijau...

banyak lagi yang nak cerita ini, terutamanya peristiwa masa cuti semester lepas... tapi cukuplah setakat ini dahulu.. nak pergi lab. petang ni...

di kesempatan ini aku ingin mengucapkan SELAMAT KEMBALI KE USM kepada bloger yang belajar di sini.. huhu...

Wasalam.. ~(@_,@)~