Rabu, 28 Oktober 2009

Benarkah lelaki lurus orangnya???

10/28/2009 01:34:00 PG


Salam..

sama ada kita sedari atau tidak, lelaki memahami atau mengambil kira sesuatu perkara berdasarkan permahaman ndari aspek patah perkataannya, sementara wanita pula melihat kepada makna yang lebih mendalam.

bergitulah bagaimana otak dua gender ini berfungsi, tetapi ai sebenarnya boleh membawa kepada masalah. jadi disenaraikan di sini beberapa contoh masalah bagaimana lelaki berfikir secara 'satu hala' dan beberapa penyelesaian yang mungkin boleh diguna pakai.

1. kerja rumah isteri meminta si suami untuk menjemur pakaian di dalam mesin basuh. suami akan melakukannya tanpa banyak cerita. tetapi dia tidak perasan pinggan mangkuk kotor yang bertimbun atas singki atau lantai pula berpasir. maka isteri jangan terlalu mengharap suami akan melakukan kerja rumah tersebut tetapi sepatutnya memberikannya senarai tugasan.

2. bila suami melihat isteri macam dalam masalah dia akan bertanya "ada masalah?" apabila melihat muka isterinya masam. tetapi isteri akan menjawab "tidak ada apa2" dengan nada yang bermaksud sebaliknya(mempunyai masalah sebenarnya). isteri akan menganggap suami akan terus bertanya dan menenangkannya.. malangnya apa yg biasa dilakukan suami adalah menerima jawapan itu sepenuhnya dan meneruskan menonton tv.

3. jawab apa yg perlu sahaja.. bila teman wanita menghantar sms dimana ingin berjumpa. mid valley kul 8 mlm, ringkas sahaja jawapan tanpa langsung bertanyakan apa yang dilalui hari ini apatah lagi i love u kepadanya. kepada wanita tidak perlu terlalu berharap perkara itu akan berlaku. lelaki hanya akan menjawab apa yang ditanya sahaja.

kesimpulannya wanita tidak perlu menyimpan rasa sangsi memang sifat lelaki tidak melaporkan apa yang berlaku secara terperinci sebab kadangkala mereka tidak sedar pun sesuatu perkara itu berlaku...

dipetik dan diubahsuai dari: ruangan iklan, benarkah lelaki lurus orannya?, UTUSAN MALAYSIA, khamis 22 oktober 2009 muka 13...

Wasalam ~(@_,@)~

Selasa, 27 Oktober 2009

...ku tunggu sampai kau mahu...

10/27/2009 09:07:00 PG



Salam.

tahuj di atas adalah satu bahagian dalam corus lagu Putuskan Saja Pacarmu nyantian PUSPA..
lagu nih tetiba menjadi idaman aku padahal aku memang kurang meminati lagu-lagu baru terutama dari seberang.. aku kan meminati RETRO.. apapun mungkin lagu ini ada kaitan dengan kehidupan aku kot, haha silalah hayati liriknya.. kalau anda hendah lagu ini emain sahaja kepada aku: lukvista@gmail.com atau pergilah download di mana-mana website mendownload lagu..

ST12 – PUSPA (Putuskan Saja Pacarmu)

kau gadisku yang cantik

coba lihat aku disini

di sini ada aku yang sayang padamu

kau gadisku yang manis

coba dekat aku disini

di sini ada aku yang cinta padamu


walau ku tahu bahwa dirimu

sudah ada yang punya
namun aku tunggu sampai kau mau


reff: woo woo
jangan jangan kau menolak cintaku

jangan jangan kau ragukan hatiku
ku kan selalu setia menunggu
untuk jadi pacarmu

woo woo
jangan jangan kau tak terima cintaku

jangan jangan kau hiraukan pacarmu

putuskanlah saja pacarmu

lalu bilang I LOVE U padaku


walau ku tahu bahwa dirimu
sudah ada yang punya
namun aku tunggu sampai kau mau


ulang reff 3 kali

enjoy..
Wassalam ~(@_,@)~

Ahad, 25 Oktober 2009

ciNta uMpama TunGgu bas

10/25/2009 02:57:00 PTG

Salam...

Dibawah ini terdapat sedikit petikan dari blog kawan aku:

Bila bas tu datang, awak nengok bas tu dan awak kata pada diri awak, "Eee... penuhnya... tak de tempat duduk." Jadik, awak katakan pada diri awak, "Saya akan tunggu bas yg lain." Awak pun biarkan bas tu berlalu dan awaktunggu pulak bas yg lain.

Kemudian, datang pulak bas yg kedua.
Awak nengok bas tu dan awak akan cakap, "Eee... bas ni buruk sgt... mesti tak selesa. Dan mungkin bas ni akan rosak kat tengah jalan." Jadi, awak pun biarkan bas buruk tu berlalu dan awak bercadang untuk tunggu bas yang seterusnya.

Setelah beberapa ketika, datang lagi sebuah bas.

Bas yg datang tu kosong, tak penuh dan tak seburuk bas yg tadi tapi kali ni awak kata, "Emmm... tak de air-cond... cuaca pulak panas. Lebih baik saya tunggu bas yg lain." Dan sekali lagi awak biarkan bas tu berlalu dan awak bercadang utk menanti bas yg seterusnya.

Tiba-tiba awan mula gelap, cuaca semakin mendung dan baru awak perasan yg awak pula dah terlambat rupanya. Awak mula panik dan terus naik bas yg datang ketika itu, walaupun bas itu tak sebegitu sempurna.

Dan kemudian barulah awak sedar bahawa... awak dah naik bas yg salah. Jadi, selama ni awak dah membazir banyak masa dan wang untuk menunggu apa yg awak nak.

Walaupun yg datang tu adalah bas yang berair-cond, adakah awak dpt pastikan bahawa bas tu tak akan rosak di tengah jalan atau mungkin bas tu tak terlalu sejuk untuk awak?

Jadik, mengingini apa yg awak idamkan tu memang tak salah. Tapi, tak salah juga kalau anda sanggup memberi satu peluang pada orang lain, kan?

Sekiranya awak dapati "bas" itu tak sesuai dengan awak, apa yg perlu awak lakukan hanya tekan loceng dan turun daripada bas tu.

Tapi... saya pasti awak semua tentu ada pengalaman yg macam ni. Awak nampak sebuah bas datang (tentulah bas yg awak nanti-nanti kan), awak tahan bas tu tapi pemandu bas tu pulak buat tak faham dan pura-pura buat tak nampak awak dan terus berlalu tinggalkan awak!

Bila ada bas yang lalu melintasi saya macam tu, apa yang saya lakukan ialah BERJALAN! Bodoh sebenarnya untuk mengejar bas tu sebab setiap kali, awak akan terjatuh dan menyakiti diri awak sendiri.

Jadi, bercinta tu adalah ibarat menunggu bas, sama ada awak nak naik dan beri peluang pada bas tu... semuanya terpulang pada diri awak. Dan bila awak berjalan, awak sebenarnya cuba melarikan diri daripada cinta!

Kesimpulannya, carilah yg terbaik tetapi jangan pilih yg terbaik...

p/s: setinggi-tinggi penghargaan kepada pemilik petikan ini... .: Perjalanan Hidupku :.

dipetik dari: http://leabutterflypink.blogspot.com/2008/12/cinta-umpama-tunggu-bas.html bertarikh 25 Disember 2008, Cinta Umpama Tunggu Bas, dipos oleh Lea 2.01 A.M berlebel cerita menarik

Wassalam~(@_,@)~

Selasa, 13 Oktober 2009

Baloq liat

10/13/2009 03:17:00 PTG


Salam...

Fuhh.. akhirnya habis juga OSPE dan CA.. cuma tinggal 2 CA dan satu seminar sahaja lagi.. dapatlah juga aku merehat-rehatkan minda ini.. tapi yang membuatkan aku hairan ialah kalau habis sahaja CA atau apa-apa kerja aku tidak pula rasa malas dan mengantuk.. sebelum nak CA punya main mengantuk lagi walaupun dah tidur seharian.. nilah orang cakap baloq liat..

haha.. kali ni aku nak cerita sikit pasal perkataan 'baloq liat'. anda tahu apa maksud perkataan itu?? hah.. perkataan itu adalah telor utuk penduduk di kawasan utara malaysia terutama pulau pinang.. walaupun aku di negeri perak tapi tempat aku itu lebih mengikuti budaya pulau pinang dari segi telor, makanan, adat dan macam-macam lagilah.. Parit buntar itu terlampau dekat sangat dengan p. pinang dan kedah.. tempat di mana tiga negeri bersatu.. hahah.. hebat tak??

balik kepada perbincangan kita, maksud perkataan tersebut adalah malas yang teramat sangat.. malas apa?? entahlah macam aku katakan tadi sebelum nak exam malasnya bukan main tetapi bila dah lepas jadi rajin pula.. aku mengalami situasi tersebut sekarang.. peperiksaan akhirmakin hampir.. aku perlu menangani sikaf 'baloq liat' ini.. tapi macam mana caranya?? kongsi-kongsilah dengan aku kalau korang ada caranya..

eh.. itu sahajalah yang aku nak cerita... aku post catatan ni pun guna komputer library.. jadi aku nak sambung semula kerja mencari bahan untuk seminar perbankan darah ini.. selamat berjaya kawan-kawan dalam menempuh hidup ini..

wassalam ~(@_,@)~

Isnin, 12 Oktober 2009

Sabar menanti jawapan???

10/12/2009 07:12:00 PTG


Salam..

dalam kita x sedar, kita telah pun sampai ke penghujung semester pembelajaran.. dan tidak lama lagi kita akan menghadapi peperiksaan akhir.. adakah aku sudah bersedia.. entahlah..

esok aku ada CA dan OSPE untuk subjek Perbankan Darah, lepas itu pula aku ada seminar untuk subjek yang sama.. dan seterusnya lab report yang belum disiapkan lagi.. asgment tisu bank.. owh bayak lagi yang aku perlu siapkan...

dalam masa yang sama aku menanti-nati satu jawapan kepada satu soalan... soalan apa?? exam ke?? apakah soalan spot yg akan keluar untuk final?? apakah aku akan berjaya dengan cemerlang dalam peperiksaan akhir kali ini?? haha.. ntahlah.. tapi soalan itu tdk sepenting soalan ini.. apa yang penting soalan itu telah aku kemukakan sebelum menyambut hari raya lagi.. bila agaknya aku akan dapat jawapan itu???

dengan seribu harapan.. aku mengharap akan memperolehi jawapan kepada soalan itu... apapun aku akan sabar menanti dan terus menanti hingga ke akhir... (bukan akhir hayat)

Wassalam ~(@_,@)~

Ahad, 11 Oktober 2009

Makluk yang bernama manusia

10/11/2009 12:32:00 PG

Salam...

pada hari khamis, aku dah pun sibuk2 tuk siap kan gerai, disamping itu juga aku terpaksa mencari alatan2 tuk Evolusi Sains, cari LCD.. kesana sini aku cari..nasib baik kat HEP ada satu LCD yg free lagi... mememang penat lah... malam sebelum itu pergi pula ke padang golf untuk mencari buluh untuk dibuat ayam pangsuh(xsure ejaannya).. luka2 tangan aku dibuatnya...

pada hari yang sama juga aku berpuasa.. lepas aku berpenat2 seharian uruskan gerai n evolusi petang khamis tu, aku terus bersiap2 utuk ke kbmall.. nak tolong kawan beli something.. tak pe lah penat2 pun aku pergi lah.. xkisah pun, tolong kekawan.. then dalam 4 jam macam tulah kitorang disana buka puasa.. then lepas tu aku bergegaslah pula pulang ke usm, sebabnya kereta sampai kul 9 shj then aku kena bertugas jaga gerai, start pukul 8 dah lewat sejam...

lepas aku dpt msg memberitahu kereta kena hantar kat nurani.. lah.. dah lah hujan, tapi aku terpaksa juga meredah padang dalam keadaan basah dan hujan untuk balik ke murni, dengan brg yang aku bawa lagi(berat jugalah mende2).. nasib baik x lebat, kalau tidak rosak barang tu kena hujan...

pastu sampai kat murni terus turun ke gerai.. xsempat nak sembahyang isyak pun.. memang meletihkan hari itu... sampai kat gerai, adalah juga org yg x berpuas hati, aku dtg lambat, xpelah terima je dengan hati terbuka...

then hari jumaat, aku agak terkilan... yelah dengan apa yang aku buat nih, aku dpt balik balasan cam2, bukanlah aku nih jenis mudah terasa, tapi kadang2 terasalah juga.. kalau pun sibuk bgtaulah, ak sibuk, sory... kan lebih berbudi bahasa.. ini diam seribu bahasa., xreply apa2. ntahlah.. kali ni aku memang agak terkilan.. tapi tak mengapa.. yang penting mereka rasa seronok, gembira sudah lah kan...

kesimpulannya.. manusia ni macam2..aku xtau nak cakap apa, tapi aku nasihatkan buat baik perpada2 n buat jahat jgn sesekali... klu pun kita baik camne pun, 1 sahaja kesalahan kita, itulah yg diheboh-hebohkan... patutkah kita lakukan sesuatu yang baik dengan memberitahu org ramai kita yg melakukan itu?? tapi memang inilah ragam manusia sekarang.. kalau seseorang itu berbuat baik yg terlampau pun, kalau dia tak hebohkan orang akan anggap dia jahat.. dimanakah keiklasan manusia?? sudahkan manusia kehilang manusianya?? fikir-fikirkan dan selamat beramal...

eh.. aku dah melalut pulak dah.. mintak maaflah klu catatan aku kali ni menyinggung mana2 pihak.. bukan apa.. cuma nak berkongsi pendapat kepada semua... Maaf...

Wassalam... ~(@_,@)~

Sabtu, 10 Oktober 2009

Liver Content...

10/10/2009 08:56:00 PTG

Salam...

dah berapa bulan aku kehilangan laptop.. bukan dicuri tetapi rosak. seperti yang aku telah ceritakan pada catatan lepas.. aku telah hantar laptop tu ke kedai Accer, setelah sebulan menungu tetapi ianya belum siap siap lagi.. sabar je lah...

minggu ini memang minggu yang sibuk... selepas sahaja cuti seminggu seperna hari raya yang ke 1430H kesibukan bermula... pada minggu itu jugalah aku kena hantar 2 buah lab report, 1 kerja kursus untuk perbankan tisu, persembahan untuk seminar farmakologi, seminar bank darah dan macam-macam lagi.. minggu ini pula aku ada CA 2 patologi.. subjek digeruni tu, 4 unit pulak tu.. huhu...

disamping hal akedimik aku juga melibatkan diri sebagai exco tugaskkhas dan teknikal.. penat tu, 2 tugas exco sekali aku kena tanggung termasuk exco publisiti... walaupun program atau projek yang aku masuk ni tidak lah sebesar expo kampus dan HTD, tapi memang agak sibuk.. dan tidak dilupakan juga kami biomed juga membuka gerai, yelah untuk tampung perbelajaan kami untuk projek malam biomed yang disertai oleh ke4 4 bach...

Wasalam ~(@_,@)~