Isnin, 22 Februari 2010

my friend (s)

2/22/2010 03:33:00 PTG


salam..

kawan?? seronokan kalau kita ada ramai kawan.. tapi ada orang cakap kawan ketawa senang di cari, kawan menangis susah nak jumpa.. tapi takan kita nak menangis sama-samakan?? hoho

anda-anda rasa macammana?? hmm sebenarnya kalau kita ramai kawan.. susah hendak menjaga hati setiap kawan kita.. kadang-kadang secara tidak sengaja kita melukakan hati kawan kita..

sahabat?? apa bezanya?? kalau kita berkawan sehingga jadi sahabat.. apabila ada sedikit salah paham.. alamatnya sukar nak di pulihkan semula.. pernahkah anda-anda mengalaminya??

entahlah.. mungkin aku masih belum mahir dan persahabatan.. aku tidak tahu macam mana nak puaskan hati semua kawan-kawan aku.. aku dah buat yang terbaik.. berusaha untuk tidak menyingong dan mencalarkan hati mereka.. tapi aku manusia biasa tidak lepas dari melakukan kesilapan..

anda-anda yang mahir dalam persahabatan.. bantulah aku.. aku dah tidak tahu mahu buat bagaimana?? munkin akukah yang salah dalam mengenali kawan-kawan aku.. entahlah..

wasallam ~(@_,@)~

Jumaat, 19 Februari 2010

Dari Tak Bai ke Bukit Bunga

2/19/2010 09:27:00 PTG


Salam..

semalam aku berjalan lagi.. haiss dahlah kerja banyak tak siap lagi.. seperti dalam tajuk, aku pergi ke sepadan Tak Bai dan ke Bukit Bunga.. pejalanan semalam lebih kurang 214 km.. wah.. kalau ikut-ikut kan dah boleh sampai ke Grek dan balik ke rumah aku.. hoho

inilah Tak Bai

buat apa lah aku pergi situ?? sebenarnya inilah tujuan utama aku tidak balik ke rumah cuti ini.. aku dah janji untuk membawa teman aku ini bersiar-siar .. teman aku ini adalah bekas rakan sekelas aku H2T1 semester 2.. sejak kami berpisah dari kolej matrikulasi kedah, inilah kali pertama kami berjumpa.. eh kenapa aku letak semester 2..

kami semasa di KMK semester 1 dan 2 adalah berlainan tutorian dan praktikum.. aku semasa semester 1 di Hayat 4 tutorial 2 (H4T2) dan semester 2 di H2T1... mungkin pengarah kolej kami masa itu ingin mewujudkan intergrasi kot.. tapi bagus juga ramai kawan dan kenalan walaupun jumlah pelajar yang ramai lebih kurang 2800 orang di KMK..

selepas kami berjumpa di Pakson.. kami ke KBMall.. solat dan makan.. selepas itu kami ke Galeri Tengku Anis.. ramai orang kelantan tidak mengetahu akan kewujudannya.. ia terletak di penghujung kelantan.. di muara sungai golok yang memisahkan Malaysia dan Thailand.. cantik pemandangan dia...

ini yang aku jumpa mula-mula sekali

lebih kurang pukul 4.30 baru kami bertolak pulang.. disebabkan jalan yang terlalu sesak.. kami sampai lambat di kb.. jadi bas untuk kawan aku balik itu pun tiada.. alamak.. macam mana nak buat??atas faktor keselamatan dan keadaan yang sedemikian aku pun mengambil keputusan untuk menghantarnya ke rumah.. kat rumah dia?? huh di hujung kelantan juga di bukit bunga hampir ke jeli sempadan Thailand dan Perak...

ini muara sungai golok

lebih kurang pukull 9 baru kami tiba di rumahnya bersama rakan aku.. kalau aku tiada teman mahu takut juga.. jalan dah lah gelap-gelita.. sampai di sana takut juga aku melihat ibubapanya.. manataknya sampai malam2 begini baru hantar anak dia pulang.. hoho.. tapi mereka baik ajak kami untuk makan malam bersama.. aku segan tapi akhirnya mengalah juga..

ini hutan harry potter.. haha byk giler kat si 2

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
ini kami (sorang lg lelaki ambik gambar)
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

selepas itu kami bertolah pulang pukul 11 mlm barulah sampai di kubang kerian.. kami singgah di KFC untuk makan tadi tak kenyang bukan apa malu dan takut kalau kami di situ lebih lama, lambat lah kami pulang...

ini lah pengalaman pertama menjelajah dari timur kelantan ke barat kelantan.. hoho..

Wasallam ~(@_,@)~

Khamis, 18 Februari 2010

impian..

2/18/2010 12:02:00 PG


salam...

petang tadi aku pergi joging.. lama dah aku berhenti.. semasa aku joging aku terlihat awan.. selepas itu aku terpikir, kenapa orang selalu kaitkan impian seperti mencapai awan.. mungkin awan itu tinggi dan sukar untuk di capai sama seperti perilaku impian..

semua orang ada impiankan?? aku pun.. kalaulah kita dapat kecapi impian itu tidak kiralah besar atau pun kecil impian kita.. kita pasti akan gembira.. malah kejayaan itulah yang bermakna.. walaupun kecil contoh impian hendak makan buat "strawberry", klu kita dapat makan kita akan rasa gembira sangat walaupun hanyalah "strawberry"..

impian kadang-kadang sesuatu yang kita sukar untuk kecapinya.. seperti awan itu.. selama ini impian aku belum pernah tercapai.. munkin impian aku terlampau tinggi, entahlah..

haha.. aku pun tak tau kenapa aku nak tulis pasal impian ini.. aku berharap sangat suatu masa nanti impian aku akan jadi kenyataan dan begitu juga dengan impian anda-anda semua.. apa-apa pun kita kena usaha untuk mencapainya.. kalau kita hentak mencapai awan, kita kena usaha untuk mencipta sesuatu untuk terbang..

mesti korang ketawa dengan entri kali ini.. biarlah yang penting inilah yang mengangu fikiran ku sekarang "IMPIAN"..

Wasalam ~(@_,@)~

Selasa, 16 Februari 2010

Kenduri lagi...

2/16/2010 03:08:00 PTG



salam..

banyak betul kenduri di masa-masa cuti ini.. aku ingat aku nak rehat hari ini rupanya ada kenduri lagi.. hoho..

tapi kul 10.30 aku pergi ke rumah kawan kepada kawan aku.. dia buat aqikah anak saudara dia.. aku makan roti jala dan kuzi.. sedap..

selepas itu aku pula ke rumah kawan kepada kawan aku juga.. kali ini kenduri kawin abang dia.. memang kenyang..
dah beberapa hari aku makan kenduri di kelantan ini baru aku tau.. kenduri di sini berbeeza sedikit dengan kenduri di tempat aku.. kat sini orang yang datang ke rumah kenduri memberi hadiah sebagai buah tangan kepada tuan rumah mahupun pengantin.. tetapi di tempat aku, kami memberi sumbangan duit..

oklah banyak ini sahaja aku nak cerita.. nak sambung buat kerja-kerja.. haha

wasalam ~(@_,@)~

Isnin, 15 Februari 2010

Ampau..

2/15/2010 11:01:00 PTG




Salam..

semalam.. aku pergi ke rumah kenduri lagi.. kali ini kakak kepada kosmate aku kahwin.. pergi make gulai... haha.. aku igat ape lah pergi makan gulai rupanya ia bermaksud pergi makan keduri.. itu adalah loghat kelantan.. haha

pada mulanya kami rancang hendak pergi awal sebab nak tolong apa2 yang patut tapi tidak berkesempatan kami bertolah agak lewat lebih kurang pukul 12 tgh hari.. sampai sahaja kami terus makan.. selepas itu kami lepak sekejap dan tolong apa2 yang patut.. lebih kurang pukul 2 baru pulang..

kami tidak pulang terus tetapi melencong pula ke kbmall.. haha.. saja nak habiskan masa.. minum2.. masa itu kat kbmall ada wardina n penulis novel ayat2 cinta.. diorang beri ceramah pasal idola artis dalam masyarakat remaja sekarang..

.........................................................................................................................................................................

tadi pukul 2 lebih camtu.. kami (geng yang tak balik cuti) + yang tinggal di kelantan pergi peraya ke rumah pensyarah kami Dr. Lim Boon Huat... dia baik sangat.. sebenarnya dia juga adalah Penasihat Akedemik kepada aku dan beberapa rakan aku yang lain..

kami semua pergi dengan 3 buah kenderaan.. kami pun bertolak lah ke destinasi.. pada mulanya kami tersesat, tapi tidaklah teruk, tidak lama kemudian kami pun jumpalah rumah dr lim..

dr lim pun panggil kami.. dia cakap masuk-masuk makan jangan risau masakan ini ustazah yang masak.. haha.. tergelak juga aku di buatnya..

pas tu hah tengok ini:

jengjeng2

~
~
~
---------------------------------------------------------
---------------------------------------------------------
~
~
~

haha.. sila jangan cemburu ye.. ini lah yang di tunggu-tunggu.. haha

...........................................................................................................................................................................

esok.. aku akan memulakan hidup seperti biasa... terpaksa makan tengah hari setelah 3 hari berturutan makan percuma.. haha.. mungkin esok aku akan mengulang kaji nota kuliah dan membuat kerja-kerja yang terbengkalai.. isyaAllah..

oklah nantikan cerita-cerita aku di masa cuti ini ye.. masa nih pun yang ada kesempatan untuk aku menulis blog ini..haha

Wasallam... ~(@_,@)~

Ahad, 14 Februari 2010

Ke hujung kelantan

2/14/2010 07:25:00 PTG


salam..

kebosanan makin hilang.. dah cuti-cuti malaysia pun bermula.. memang agak menyeronokan bila tidak balik.. kalau aku balik ke rumah pun. aku akan terperap sahaja di rumah makan tidur dan menonton televisyen.. macam anak dara rupanya.. bukan aku tidak mahu keluar jalan-jalan tetapi aku kekurangan kawan di kampung.. semua masing-masing sibuk..

13 feb: aku pergi ke kenduri seorang pekerja di Unit Kemudahan Akademik & Sokongan Teknikal (UKAST) USMKK.. agak seronok aku ke situ.. kami bertolak awal ke situ.. yelah takut sesat kerana hanya berpandukan peta plan yang terdapat dalam kad jemputan.. tidak di sangka rupanya kami TERsampai awal.. masa tiada lagi tetamu lain.. kami pun agak malu untuk masuk

jadi untuk mengisi masa yang ada kami bercadang pergi ke satu kawasan air terjun aku pun lupa apa nama tempatnya tapi berdekatanlah dengan rumah kenduri itu.. agak cantik pemandangan di situ.. tidak lama kami di situ setelah minum kami pun berankat ke rumah kenduri itu..

......................................................................................................................................................................

selepas solat kami bercadang pula ke keting.. kat situ ada galeri tunku anis.. kawasan itu adalah muara sungai sempadan antara Malaysia dan Thailand.. kami dapat melihat Thailand di seberang sana.. sangat cantik tempat itu...

dan apa lagi inilah aktiviti yang selalu di lakukan di tempat-tempat begini:

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~



~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
setelah selesai aktiviti tersebut kami makan-makan ringan sambil menikmati teruan angin laut yang mendayu-dayu menyusup karbuku yang kosong.. puyoh koya ayat.. haha

dan

selepas ini ada lagi aktiviti seterusnya.. nantikan..

Wasallam ~(@_,@)~

Jumaat, 12 Februari 2010

Perlu balik kah???

2/12/2010 04:58:00 PTG


Salam..

hari aku kebosanan.. ramai kawan-kawan dah pun meninggal.. eh meninggalkan USM.. haha.. pagi-pagi lagi kesunyian telah meratap diriku.. ohhh.. mungkin esok dan lusa USM akan bertambah sunyi kerana makin ramai penghuninya akan pulang ke rumah...

aku?? aku?? aku di sini sahaja... bukan tidak mahu balik, cuma aku ingin merasai suasana USM dikala cuti.. hehe (bajet betul) pada mulanya aku becadang tidak mahu pulang.. sebab??

begini, pada 22 hingga 24 Jan lalu aku telah pulang ke rumah.. seperti yang aku ceritakan dalam catatan sebelum ini.. untuk menjimatkan duit pun salah satu alasannya.. aku perlu sangat-sangat berjimat semester ini kerana cuti nanti aku akan menjalani latihan industri.. elaun pun akan lambat diberikan.. jadi perlulah sedikit simpanan.. aku juga bercadang ingin menghadiri majlis perkahwinan kakak atau abang seorang rakan sekursusku.. majlis itu berlangsung hari ahad ini..

dan..dan.. sekarang.. baru beberapa jam di USM aku dah mula rasa sakit rumah (homesick bak kata omputih).. huhu.. jadi semalam aku pun pergilah mencari sekeping tiket.. alangkah sedihnya tiket telahpun kehabisan..

dipendekan cerita terpaksalah aku mengharungi sakit rumah ini berseorangan.. sebenarnya aku telah mengalami sakit rumah ini pada tahun satu dahulu.. waktu itu aku tidah pulang untuk raya haji.. lagilah menyedihkan.. kami juga masa itu terpaksa makan di kfc sahaja, maklumlah raya siapa yang ingin membuka gerai makanan kan??

sejarah lama berulang lagi.. tetapi aku akan cuba kerana mungkin satu masa nanti kita akan menghadapi suasana sekemikian.. jadi ini adalah salah satu latihan yang akan aku jalani..

kepada semua: SELAMAT BERCUTI & SELAMAT TAHUN BARU CINA

p/s: anda-anda rasa patutkah saya balik???

Wasallam ~(@_,@)~

Rabu, 10 Februari 2010

Airmata Kasih

2/10/2010 03:47:00 PTG

Ku layarkan bahtera ini
Kerna di dada terpatri cinta yang suci
Siapa sudi bertanya
Luka di hati adakah menitis lagi

Mengalir dalam jiwa
Tidak kelihatan di pandangan mata ooo...
Menerjang ruang rongga kosong tiba-tiba
Madu kasih tidak kesampaian oh...

Airmata...
Tidak kan bisa merubah perjanjian
Andai kasih...
Harus berpisah kecundang di tengah jalan
Apakah...
Kita terpaksa berkorban demi cinta
Sampai masa...
Yang menentukan tangisan akan reda semula

Airmata tidak kan bisa
Merubah perjanjian
Sampai masa yang menentukan
Bahgia 'kan menjelma semula
(nukilan ku) hehe

Sabtu, 6 Februari 2010

Satu hari off...

2/06/2010 01:31:00 PTG

Salam..

dalam kesibukan CA dan laporan makmal yang mendatang aku masih boleh cuti satu hari..petang semalam selepas solat jumaat aku dengan kawan-kawan, syazwan dan tiga orang lagi keluar bercuti satu hari..

tujuannya sebab kecewa tidak dapat ke ipoh, walaupun aku berasal dari negeri Perak Darull Ridzuan, tapi tempat aku jauh dari Ipoh lebih kurang 150 km.. jadi jarang-jaranglah aku dapat pergi ke sana..di samping itu aku membuat membeli-belah secara tinkap untuk pakaian makan malam bioperubatan bertemakan "tiru gaya artis"...

selepas itu kami melengcong pula ke pantai cahaya bulan (dahulunya pantai cinta berahi).. bukanlah kali pertama pergi tetapi saja nak menghabiskan masa di samping menenangkan fikiran.. kami makan-makan di situ juga..

lepas itu kami kembali semula ke KB Mall nak beli pakaian untuk malam itu tetapi ada masalah terpaksa membatlkan hasrat hendah membelinya. apa boleh buat...

sekian.. mungkin cuti nih akan di manfaatkan lagi.. haha.. tapi tulah.. macam tidak jadi sahaja sebab kawan aku sorang tu malas pula nak bawa aku jalan-jalan cuti nih.. emm harap2 nanti dia ubah hati jadi rajin.. hehe selamat berCA...

wasallam ~(@_,@)~