Ahad, 14 Februari 2010

Ke hujung kelantan

2/14/2010 07:25:00 PTG


salam..

kebosanan makin hilang.. dah cuti-cuti malaysia pun bermula.. memang agak menyeronokan bila tidak balik.. kalau aku balik ke rumah pun. aku akan terperap sahaja di rumah makan tidur dan menonton televisyen.. macam anak dara rupanya.. bukan aku tidak mahu keluar jalan-jalan tetapi aku kekurangan kawan di kampung.. semua masing-masing sibuk..

13 feb: aku pergi ke kenduri seorang pekerja di Unit Kemudahan Akademik & Sokongan Teknikal (UKAST) USMKK.. agak seronok aku ke situ.. kami bertolak awal ke situ.. yelah takut sesat kerana hanya berpandukan peta plan yang terdapat dalam kad jemputan.. tidak di sangka rupanya kami TERsampai awal.. masa tiada lagi tetamu lain.. kami pun agak malu untuk masuk

jadi untuk mengisi masa yang ada kami bercadang pergi ke satu kawasan air terjun aku pun lupa apa nama tempatnya tapi berdekatanlah dengan rumah kenduri itu.. agak cantik pemandangan di situ.. tidak lama kami di situ setelah minum kami pun berankat ke rumah kenduri itu..

......................................................................................................................................................................

selepas solat kami bercadang pula ke keting.. kat situ ada galeri tunku anis.. kawasan itu adalah muara sungai sempadan antara Malaysia dan Thailand.. kami dapat melihat Thailand di seberang sana.. sangat cantik tempat itu...

dan apa lagi inilah aktiviti yang selalu di lakukan di tempat-tempat begini:

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~



~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
setelah selesai aktiviti tersebut kami makan-makan ringan sambil menikmati teruan angin laut yang mendayu-dayu menyusup karbuku yang kosong.. puyoh koya ayat.. haha

dan

selepas ini ada lagi aktiviti seterusnya.. nantikan..

Wasallam ~(@_,@)~

5 comments:

Unknown berkata...

aik? fadh pn x balik?

Mohd LukMan berkata...

a'a nilah muke2 yg x balik.. hoho

ladolce khairina berkata...

bestnyer cuti..jln2...lawa tmpat2 tu

Mohd LukMan berkata...

best le tapi pas ni borin r.. huhu

Mohd LukMan berkata...

haha.. a'a xde r.. besa r org yg ambik gambar mana ada gambar dia.. lalala...