Selasa, 23 Mac 2010

Wah jadi model!!

3/23/2010 12:36:00 PG

Salam..

*************************************************************************************
catwalk
*************************************************************************************

haha.. memang lawak.. tetiba aku boleh jadi model.. masuk pertunjukan fesyen..

pada majlis makan malam bioperubatan yang diadakan pada 20 mac lalu aku telah masuk pertandingan pertunjukan fesyen.. ini semua sebab penglibatan yang agak kurang, jadi kami pihak penganjur terpaksalah masuk.. pasangan aku YHo.. haha

nih beberapa snap.. yang nih saja buat masa sekarang aku sempat upload.. tengaklah model ini, pakaian murah-murah ja pun aku pakai.. semua termasuk kasut dan asesori tambahan dalam RM 100 ++... yang budak2 perempuan lagi lah.. ada yang mencecah 200 isk2.. grad lah punya pasal.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~












~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

ok2 nak sambung study.. CA, OSPE, report, byk lagi lah kerja..

Wasallam ~(@_,@)~

Ahad, 21 Mac 2010

First time masuk tarian..

3/21/2010 02:56:00 PTG

Salam..

adoi macam manalah aku boleh terlibat dalam tarian nih.. haha.. nih semua untuk persembahan malam bioperubatan lah.. setiap year di wajibkan membuat persembahan.. kami tahun tiga terbahagi kepada 2 persembahan.. yang pertama sketsa.. dan aku masuk tarian korea..

aduh memang lah 1st time.. aku tak pernah pun menari sebelum nih.. tetiba aku masuk tarian korea lak tuh.. kalau start dengan makyong, zapin dulu tak apa juga.. hoho

rasa malu pulak membuat tarian, aku rasa akulah yang memburukkan tarian kami.. sebab aku punya langkah banyak tersasar... huhu

akhirnya semalam aku berjaya juga buat.. tetapi masih juga ada kesilapan kecil.. tapi keseronokan punya pasal, rasa malu tuh pun hilang.. haha

ok.. (presentation2)

wasallam ~(@_,@)~

Sibuknya

3/21/2010 02:51:00 PTG

Salam..

hmm akhirnya berakhir jugak malam bioperubatan.. sangat sibuk untuk menjayakannya.. syukur semuanya berjalan lancar..

seterusnya aku kena siapkan presentation untuk esok.. mungkin malam nih tak tido kot.. adoi..

nasib baik juga aku menolak tawaran untuk ke pertandingan taekwondo UiTM machang.. rasa rugi pulak tak pergi.. mungkin aku boleh mendapat pingat.. tapi tak apalah aku kena siapkan preparation untuk malam tuh..

dah tak mahu bercerita panjang nanti lepas CA forensik aku akan cerita pasal malam bioperubatan tuh..

Wasallam ~(@_,@)~

Ahad, 14 Mac 2010

lucu-lucu jumpa artis

3/14/2010 04:25:00 PTG


Salam...

kali nih aku berasa malas nak buat pengenalan macam tulisan-tulisan lepas.. kali ni nak tulis pendek2 sahaja..

hari jumaat 12 mac aku bertolak ke Kuala Terengganu untuk kejohanan taekwondo terbuka.. kami bertolah lebih kurang pukul 9 pagi.. sampai di sana lebih kurang pukul 12.50 t.hari..

sampai sahaja di sana kami di bawa ke tempat penginapan.. aduh igat tempat tu oklah upanya teruk nya... dah lah jauh dari stadium tuh.. isk.. kat situ pula terpaksa bersesak-sesak dengan ramai lagi lebih kurang 10 dengan bilik dorm yg kecil dan panas..

petang tuh pula kedai semua tutup.. kedai2 lain jauh sangat dari situ.. lapar bukan main lagi.. sebab dari pagi tidak menjamah apa-apa pun takut berat naik.. yela berat aku dah la sipi2 lagi nak ke kategori lain... klu bertambah terpaksalah aku ubah ke kategori lain dan mungkin aku akan di singkirkan dari kejohanan.. huhu

jadi aku pun berjalan2lah dengan kawan2 lain ke sebuah stesen minyak.. samapai di situ stesen minyak tuh tengak buat majlis ape plak tah.. Shell.. isk dah lah kami lapar.. jadi aku tengok2 dia buku kedai dia tuh.. akmi pun xkira lah di wat ape ka kami redah masuk.. lapar nih..

rupa2 nya stesen minyak tuh wat sesi promosi bersama seorang artis.. artis apa jadi aku pun tengok lah.. lah rupanya Fahrin Ahmad.. aduh popular gak mamat nih.. malu aku.. dah ramai org duk sibuk2 nak bergambar gan dia, yg ditorang nih pulah duk sibuk2 makan maggi kat situ.. haha.. memang malu nasib bek dia tak tengok kami dan orang newpaper tu x ambil gambar.. aku tengok besar giler mamat nih.. gemuk jugak nampak.. haha.. besa r jadi artis rmai peminat..

tulah peristiwa yg pelik berlaku.. bayak lagi aku nak cerita nih.. lawatan ke KT and masa kejohanan itu.. anntilah.. masih penat nih.. ok

wasallam ~(@_,@)~

Isnin, 8 Mac 2010

Blogger USM

3/08/2010 03:22:00 PTG

Salam..

kali aku tidak mahu bercerita panjang.. banyak betul kerja minggu ini dan seterusnya.. minggu ini:

1. kena hantar report
2. uruskan jemputan untuk dinner biomed
3. persediaan untuk kejohanan taekwondo di Kuala Terengganu
4. study untuk CA (nasib ditunda)
5. Study OSPE
6. latihan tarian untuk persembahan dinner
7. persediaan presentation
8. kerja kursus
9. byk lagi (tgk plan yg tidak terikut2 ini)


kata pendek dah panjang pula aku menulis nih.. ok2 kembali ke tajuk utama.. nih aku nak ajar korang2 yang pelajar usm supaya menjadi bloger usm.. tengok aku dah ada badge dia.. terima kasih kepada guru yang mengajar aku kak nad..

nih aku turunkan ilmu dia kat korang.. cara2 meletakkan badge (lencana) bloger usm:

1. buka papan pemuka (dashboard)
2. pergi ke reka letak (layout)
3. pergi ke edit html (BI pun sama kot)
4. di ruangan edit templat pergi ke bawah sekali sehingga anda jumpa perkataan < /body >
5. selepas jumpa salin dan tampalkan ini:

sebelum perkataan < /body > tersebut.
6. tengok pratonton (preview).
7. jika anda dapat melihat ini:


maksudnya anda telah berjaya
8. klik simpan (save) dan anda telah berjaya.. yahoo!!!!!!!

Special Thank to ~MereLy Me~ (http://only-me2you.blogspot.com/)

selamat mencuba.. klu tidak berjaya hubungi lah ye.. haha

Wasalam ~(@_,@)~