Jumaat, 30 April 2010

wah terkejut!!!

4/30/2010 04:29:00 PTG

salam..

akhirnya sampai juga aku ke penghujung semester 6.. peperiksaan pun hanya tinggal satu sahaja lagi.. tapi bila aku ingat-ingat kembali,, selama 3 tahun aku bergelar mahasiswa apa telah aku buat?? pengalaman??

memang sepanjang aku bergelar mahasiswa banyak pengalaman telah aku perolehi.. aku lebih mengenal erti sebuah kehidupan, dunia relealiti (macam xnah knl be4 ni..hehe).. itu semua di dalam aspek sosial..

tetapi di dalam aspek akedemik.. aku merasakan aku datang ke universiti ini bukan untuk belajar.. entahlah.. mungkin sebab itu kalau hendak di bandingkan keputusan peperiksaan semasa di sekolah dengan di universiti sangat berbeza.. betul kata seorang penyarah dari PPSP (xyah gtau nama dia, tpi dak biomed mesti tau).. beliau kata pelajar kat universiti ini semua bodoh dulu dekat sekolah cemerlang.. kata seorang pensyarah lagi pelajar sekarang lebih suka keseronokan dari belajar..

aku pun tak tahu setiap kali masuk semester baru mesti berazam hendak balajar awal itu ini, tapi akhirnya, kecundang juga.. diam tidak diam aku dah sampai ke tahun akhir..

ooo0ooo0ooo0ooo0ooo0ooo0ooo0ooo0ooo0ooo0ooo0ooo
terkejut berok.. hahaha
ooo0ooo0ooo0ooo0ooo0ooo0ooo0ooo0ooo0ooo0ooo0ooo

eh eh macam terlajur pula aku bercerita, sebenarnya tajuk catatan ini "wah terkejut" aku tulis untuk bercerita pasal lain bukan pasal terkejut dah nak tahun akhir.. sebenarnya aku terkejut pada "new born bloger".. bayi lagi link dia NURUL ..

haha aku betul2 terkejut tetiba ada komentar yang tidak di kenali, bila tengok-tengok terus terkejut.. haha kepada NURUL aku wat entry ini khas tuk ko.. haha selamat menjadi penulis.. jangan malas nak "update" pula ye...

wasallam ~(@_,@)~

Jumaat, 23 April 2010

Mungkinkah Terjadi???

4/23/2010 06:25:00 PTG

salam..

lamanya masa nih berlalu.. orang lain dah bersiap2 nak pulang dah tapi aku baru habis satu subjek.. ada 4 subjek lagi perlu aku duduki..

semalam aku pergi jalan-jalan.. seperti tahun lepas... selepas tu layan satu "movie" dekat situ.. lupa dah tajuk dia.. seronok betul.. sakit perut aku ketawa.. hilang tekanan peperiksaan sebentar..

haiss tengah-tengah kebosanan nak tunggu peperiksaan seterusnya ini jom layan lagu ini.. teringat aku pada satu tahun y ang lalu.. lagu nih mengamit memori lukaku (ecece)..

luahan hatiku (bengong exam jdi gni r):


Mungkinkah Terjadi

Artist: Spider

Seringkali hati bertanya
Tiap saat kita bersama
Sampai bilaku harus memendam rasa

Tak pernah aku merasai
Bibir terkunci
Jiwa bergelora rasa tak percaya
Adakah ku bermimpi
Mimpi di siang hari

Dirimu... telah lama ku nantikan
Wajah yang bermain
Di mimpi-mimpiku
Hidupku.. kini bagaikan penjara
Tanpamu di sisi tak bermakna oh..oh..

Mungkinkah akan terjadi
Dirimu aku miliki
Berilah tanda kepastianmu
Namun jika tak tercapai
Harapanku
Selama hayat dirimu tetapku sanjungi

KREDIT: http://www.ilirik.com/spider_--_mungkinkah_terjadi.html

wasalam ~(@_,@)~

Jumaat, 16 April 2010

Akhirnya..

4/16/2010 03:03:00 PG

salam..

tadi ada taklimat latihan industri

akhirnya aku dapat juga surat pengesahan

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

dengan itu pastilah aku akan membuat latihan industri di PPSK (pusat pengajian sains kajihayat)

permohonan desasiswa pun dah berjaya

lelaki tinggal di Fajar Harapan

Perempuan di Saujana

tapi yang perempuan hendak tukar sebab jauh dan mahal RM 4 sehari.. kami Rm 2.70

harapan aku, aku akan buat yang terbaik untuk latihan industri ini dan mengambil sebanyak mungkin pengalaman..

sebab itu adalam matlamat aku.. aku ingin sangat menjadi pengkaji (researcher) yang berjaya

isyaAllah..

mutiara kata:

"Matlamat adalah kompas kehidupan. Hidup tanpa matlamat umpama kapal tanpa nakhoda, hanyut di tengah lautan. Terumbang-ambing dipukul arus dan gelombang kehidupan. Jika bernasib baik, terdamparlah ia di tepian, jika nasibnya malang, maka hanyutlah ia dan terus dipukul ombak dan badai yang akhirnya akan karam".

di kesempatan ini juga.. aku ingin mengucapkan SELAMAT MENDUDUKI PEPERIKSAAN & GUD LUCK!!!

Wasallam ~(@_,@)~

Jumaat, 9 April 2010

Laporan makmal hilang

4/09/2010 12:58:00 PG


Salam..

huhu memang malang nasib aku hari ini.. hari adalah OSPE parasitologi dan tarikh akhir menghantar laporan makmal..

sebenarnya bukan tidak boleh hantar lambat tetapi dah berazam semester ini nak hantar laporan makmal ikut tarikh akhirnya.. haha.. semester lepas dah pernah hantar lewat laporan makmal bank darah.. tapi pensyarah ini baik dia tak kisah janji hantar..

ok sebenarnya nak cerita pasal laporan makmal aku yang hilang.. tadi selepas aku tamat menjawab soalan OSPE (best soalan OSPE nih agak boleh jawab dan hampir keseluruhan cacing2 itu aku kenal..haha) aku pun pergilah ke tempat simpanan fail aku.. aku simpan laporan makmal aku kat situ.. sebenarnya 2 laporan makmal perlu di hantar. selepas aku ambik satu laporan makmal (parasitologi) dan yang satu lagi ditinggalkan dalam fail (hematologi)..

selepas itu aku pun balik lah semula untuk ambil laporan makmal yang satu ini untuk di "bind" kan.. tetiba aku tengok fail aku dah hilang.. aduh aku pun mencari2 lah di serata tempat dan bertanya orang2 kot2 mereka nampak..hampanya aku tetap tidak jumpa.. aku menjadi buntu sebab LM (laporan makmal) itu perlu di hantar hari ini kan tetapi hari sudah petang dan aku ada kelas forensik sains pukul 4.. waktu itu 3.30 petang..

mahu tidak mahu terpaksalah aku pulang ke bilik dan mencetak salinan baru.. nasib baik aku ada simpan "softcopy".. balik bilik dan cetaklah.. penat sangat.. dah lah aku tidur lambat nak siapkan LM tu di tambah pula mengulang kaji OSPE parasit.. selepas mencetak aku pun pergi untuk "binding" dan seterusnya menghantarnya..

pada masa itu jam sudah pukul 4.15..alamak dah lewat untuk ke kelas.. kalau aku tidak pergi rasa rugi sebab itu kelas terakhir.. jadi aku pun pergi. sampai di situ ketika aku hendak masuk, kerusi sudah penuh.. aduh dah lewat segan pula nak ambil kerusi tambahan. jadi aku pun terpaksa ponteng.. malang2

kepada sesiapa yang terambil fail itu pulangkanlah.. takan fail yang buruk itu pun nak ambilkan?? huhu..

Wasallam ~(@_,@)~

Isnin, 5 April 2010

Latihan Industri

4/05/2010 10:52:00 PTG


Salam...

wah minggu nih memang sibuk dengan OSPE.. tapi aku nak update juga blog nih nanti bersarang pula.. peperiksaan akhir aku bermula dari 19 april sampai 2 mei 2010.. dan cuti nih semestinya aku tidak bercuti.. huhu

latihan industri aku bermula dari 9 mei 2010 hingga bulan 9 julai 2010.. lebih kurang dua bulan.. aku membuat pilihan untuk menjalankan latihan industri ini berdekatan dengan rumah aku sahaja.. nanti boleh jimat belanja sebab kali ini PPSK tidak menyediakan elaun sara hidup untuk pelajar yang akan menjalankan latihan industri..

jadi tempat yang palin dekat dengan rumah aku adalah USM Penang.. kami semua lebih kurang 8 orang yang akan menjalani LI di situ.. siswa 2 orang dan siswi 6 orang.. aku dan rakan sepejuangan aku di tempatkan di Pusat Pengajian Sains Biologi USM.. kami berada di bawah Prof. Madya Dr. Mohd. Razip Samian...

di bawah ini ada sedikit ringkasan berkenaan dengan projeknya:

The research in my laboratory centres around 2 themes: 1) molecular genetics of bioplastic (polyhydroxyalkanoic acid, PHA) production in Pseudomonas sp.USM 4-55 and 2) structural biology of proteins.

We have already cloned key enzymes (phaC1, phaC2, phaZ and phaG) of PHA metabolism. We are currently characterising the phaC1 and phaC2 further. Production of transgenic plant producing PHA is another objective we are working on.

Structure and function studies on proteins is a new field that we embarked on. Currently we are working on the protease and lipase of psychrotolerant isolates from Antartica. We hope to clone the genes which would enable us to produce the amount required for structural studies. In collaboration with other investigators, we are also studying computer simulation of protein molecules.

In addition to the 2 major themes above, there are also projects on overexpression of proteins in Pichia pastoris and Bacillus megaterium.

Collaborators

RIKEN, Japan

ramai kawan-kawan aku buat di merata-rata tempat.. lagipun inilah sahaja peluang yang ada untuk menimba pengalaman belajar di tempat lain dan sebab itu aku tidak mahu membuat LI di kampus aku USMKK..

wasalam ~(@_,@)~