Jumaat, 9 April 2010

Laporan makmal hilang

4/09/2010 12:58:00 PG


Salam..

huhu memang malang nasib aku hari ini.. hari adalah OSPE parasitologi dan tarikh akhir menghantar laporan makmal..

sebenarnya bukan tidak boleh hantar lambat tetapi dah berazam semester ini nak hantar laporan makmal ikut tarikh akhirnya.. haha.. semester lepas dah pernah hantar lewat laporan makmal bank darah.. tapi pensyarah ini baik dia tak kisah janji hantar..

ok sebenarnya nak cerita pasal laporan makmal aku yang hilang.. tadi selepas aku tamat menjawab soalan OSPE (best soalan OSPE nih agak boleh jawab dan hampir keseluruhan cacing2 itu aku kenal..haha) aku pun pergilah ke tempat simpanan fail aku.. aku simpan laporan makmal aku kat situ.. sebenarnya 2 laporan makmal perlu di hantar. selepas aku ambik satu laporan makmal (parasitologi) dan yang satu lagi ditinggalkan dalam fail (hematologi)..

selepas itu aku pun balik lah semula untuk ambil laporan makmal yang satu ini untuk di "bind" kan.. tetiba aku tengok fail aku dah hilang.. aduh aku pun mencari2 lah di serata tempat dan bertanya orang2 kot2 mereka nampak..hampanya aku tetap tidak jumpa.. aku menjadi buntu sebab LM (laporan makmal) itu perlu di hantar hari ini kan tetapi hari sudah petang dan aku ada kelas forensik sains pukul 4.. waktu itu 3.30 petang..

mahu tidak mahu terpaksalah aku pulang ke bilik dan mencetak salinan baru.. nasib baik aku ada simpan "softcopy".. balik bilik dan cetaklah.. penat sangat.. dah lah aku tidur lambat nak siapkan LM tu di tambah pula mengulang kaji OSPE parasit.. selepas mencetak aku pun pergi untuk "binding" dan seterusnya menghantarnya..

pada masa itu jam sudah pukul 4.15..alamak dah lewat untuk ke kelas.. kalau aku tidak pergi rasa rugi sebab itu kelas terakhir.. jadi aku pun pergi. sampai di situ ketika aku hendak masuk, kerusi sudah penuh.. aduh dah lewat segan pula nak ambil kerusi tambahan. jadi aku pun terpaksa ponteng.. malang2

kepada sesiapa yang terambil fail itu pulangkanlah.. takan fail yang buruk itu pun nak ambilkan?? huhu..

Wasallam ~(@_,@)~

3 comments:

DarkArtz berkata...

macam kes aku.........
cuba kau tanya Che Jo, takut dia amik........
hahhaa.......

Mohd LukMan berkata...

haha... asal cj curi ko punya ka?? lawak ja.. haha

Unknown berkata...

h0bi cj = curi rep0t org..

wahahaha~