Rabu, 19 Mei 2010

Makmal 414

5/19/2010 11:19:00 PTG

salam..

"Welcome to laboratory 414" kata abang Chai salah seorang pelajar di makmal itu.. mulai dari semalam aku dah bermula membuat kerja-kerja makmal.. makmal ini diberi nama makmal 414 yang diselia oleh Prof. Madya Mohd Razip Samian dan Prof. NN...

hari selasa aku buat NR media dan TNE buffer.. bagaimana yang hasilkan EDTA 0.5 M pH 8.0 dan larutan TRIS pH 8.0.. lepas itu cara membuat NR + Agar + Sucrose 15%

hari rabu aku buat transformation, salah satu proses dalam pengklonan bakterial mengandungi gen yang dikehendaki.. cara membuat LB (luria broth) dan LA (luria agar)..

esok pula aku akan buat penyaringan (screening) untuk mengambil bakteria yang hanya mengalami "transformation".. dan akan juga membuat "genomic extraction"..

wasalam ~(@_,@)~

Rabu, 12 Mei 2010

NASHOB itu apa???

5/12/2010 04:26:00 PTG

salam...

hari ini dah hari ke-3 aku berada di usm nih.. dan 3 hari ini aku tidak tahu mahu buat apa.. macam hari ini aku hanya tidur, makan dan berFB.. huh memang NASHOB betul.. hendak berjalan-jalan tetapi tidak sanggup.. sudahlah jauh hendak pergi dari satu tempat ke tempat yang lain tambahan pula cuaca yang agak terik sekarang..

seperti aku ceritakan dahulu penyelia aku agak sibuk minggu ini.. jadi terpaksalah kami berjumpa dengannya esok.. cepatlah esok tiba, aku sudah tidak tahan..

aku berharap sangat esok semuanya berjalan lancar dan aku akan dapat tugasan.. bahagianya.. jadi malam ini aku akan membaca sedikit journal berkaitan PHA supaya memahami serba sedikit tentang penyelidikan yang akan kami lakukan nanti..

ok.. aku mahu ke gym atau kolam renang petang ini bersama dengan temanku.. kepada teman aku yang satu penyelia itu, esok kita tidak akan bosan lagi, HARAPLAH.. huhu

(tajuk catatan aku NASHOB.. harap anda paham ye.. hehe)

wasallam ~(@_,@)~

Selasa, 11 Mei 2010

diaktifkan!!

5/11/2010 11:50:00 PTG

salam..

hari isnin baru aku sampai ke usm pulau pinang.. aku bertolak agak lewat dari rumah lebih kurang pukul 11 pagi.. maklumlah kat rumah tiada siapa, keluarga aku pergi ke negeri sembilan menhantar adik aku ke KMNs.. jadi tinggal aku sorang terpaksa pastikan rumah dikunci dengan sempurna..

lebih kurang 1.00 ptg baru aku sampai ke usm.. aku terpaksa menaiki 3 kenderaan.. pertama bas dari rumah aku ke butterworth.. dari situ aku akan menaiki feri ke jetty.. dari jetty naik bas "rapid penang" ke usm..

**********************************************************************
bakteria yang menghasilkan PHA
**********************************************************************

sampai sahaja aku tinggal di bilik teman sebelum kunci diambil.. aku mandi dan siap-siap.. lebih kurang pukul 2.20ptg aku tiba di Pusat Pengajian Sains Kajihayat.. aku menunggu temanku yang di bawah penyelia yang sama.. lebih kurang pukul 2.45 ptg baru kami bergerak..

alamak.. sesat pulak.. maklumlah pertama kali menjejaki PPSK.. 3 ptg lebih baru kami jumpa makmal penyelia kami.. tapi malangnya dia sudah tiada.. jadi apa boleh buat terpaksalah kami tunggu sehingga hari khamis ini..

pagi tadi aku pergi ke perpustakaan untuk daftar wless dan mencari-cari artikel atau journal berkaitan PHA tajuk kajian kami.. pada masa yang sama aku mengunakan komputer di situ untuk mendaftar wless USM HOTSPOT.. akhirnya AKTIFlah hidup aku di usm ini selama 8 ke 9 minggu..

jumaat ini aku ingat nak balik sekejap.. ambil barang-barang yang masih ada di rumah.. ok..

wasallam ~(@_,@)~