Selasa, 11 Mei 2010

diaktifkan!!

5/11/2010 11:50:00 PTG

salam..

hari isnin baru aku sampai ke usm pulau pinang.. aku bertolak agak lewat dari rumah lebih kurang pukul 11 pagi.. maklumlah kat rumah tiada siapa, keluarga aku pergi ke negeri sembilan menhantar adik aku ke KMNs.. jadi tinggal aku sorang terpaksa pastikan rumah dikunci dengan sempurna..

lebih kurang 1.00 ptg baru aku sampai ke usm.. aku terpaksa menaiki 3 kenderaan.. pertama bas dari rumah aku ke butterworth.. dari situ aku akan menaiki feri ke jetty.. dari jetty naik bas "rapid penang" ke usm..

**********************************************************************
bakteria yang menghasilkan PHA
**********************************************************************

sampai sahaja aku tinggal di bilik teman sebelum kunci diambil.. aku mandi dan siap-siap.. lebih kurang pukul 2.20ptg aku tiba di Pusat Pengajian Sains Kajihayat.. aku menunggu temanku yang di bawah penyelia yang sama.. lebih kurang pukul 2.45 ptg baru kami bergerak..

alamak.. sesat pulak.. maklumlah pertama kali menjejaki PPSK.. 3 ptg lebih baru kami jumpa makmal penyelia kami.. tapi malangnya dia sudah tiada.. jadi apa boleh buat terpaksalah kami tunggu sehingga hari khamis ini..

pagi tadi aku pergi ke perpustakaan untuk daftar wless dan mencari-cari artikel atau journal berkaitan PHA tajuk kajian kami.. pada masa yang sama aku mengunakan komputer di situ untuk mendaftar wless USM HOTSPOT.. akhirnya AKTIFlah hidup aku di usm ini selama 8 ke 9 minggu..

jumaat ini aku ingat nak balik sekejap.. ambil barang-barang yang masih ada di rumah.. ok..

wasallam ~(@_,@)~

5 comments:

DarkArtz berkata...

sapa teman kau tu???
ada ke dak laki biomed lagi kat sana??

Mohd LukMan berkata...

yg tumpang bilik 2 mesti r laki, yho.. aku gan yho ja kat sini.. yg satu school 2 ko pun tau

DarkArtz berkata...

oooo, wai ho wat kat usm induk ye......
aku ingatkan dia kat usmkk sebab banyak dak laki biomed kat usmkk.......

Unknown berkata...

ko dpt projek pe?

Mohd LukMan berkata...

d.artz: a'a ramai sgt kat usm tuh 5 org.. patutnya laki duk jauh2

nisah: cloning algae yg produce PHA.. bio-plastic..