Rabu, 12 Mei 2010

NASHOB itu apa???

5/12/2010 04:26:00 PTG

salam...

hari ini dah hari ke-3 aku berada di usm nih.. dan 3 hari ini aku tidak tahu mahu buat apa.. macam hari ini aku hanya tidur, makan dan berFB.. huh memang NASHOB betul.. hendak berjalan-jalan tetapi tidak sanggup.. sudahlah jauh hendak pergi dari satu tempat ke tempat yang lain tambahan pula cuaca yang agak terik sekarang..

seperti aku ceritakan dahulu penyelia aku agak sibuk minggu ini.. jadi terpaksalah kami berjumpa dengannya esok.. cepatlah esok tiba, aku sudah tidak tahan..

aku berharap sangat esok semuanya berjalan lancar dan aku akan dapat tugasan.. bahagianya.. jadi malam ini aku akan membaca sedikit journal berkaitan PHA supaya memahami serba sedikit tentang penyelidikan yang akan kami lakukan nanti..

ok.. aku mahu ke gym atau kolam renang petang ini bersama dengan temanku.. kepada teman aku yang satu penyelia itu, esok kita tidak akan bosan lagi, HARAPLAH.. huhu

(tajuk catatan aku NASHOB.. harap anda paham ye.. hehe)

wasallam ~(@_,@)~

2 comments:

chanz berkata...

bohsan shial.....haha~

Mohd LukMan berkata...

haha..