Rabu, 23 Jun 2010

SDS-PAGE

6/23/2010 10:41:00 PTG

Salam..

akhirnya.. tamat juga latihan industri aku untuk Ijazah Sarjana Muda Sains Kesihatan (bioperubatan) (USM).. hehe..

hari ini adalah hari terakhir aku menjalankan LI.. tugasan terakhir SDS-PAGE.. ini adalah satu kaedah untuk mengasingkan protein mengikut saiz.. sebelum itu aku membuat 'run gel' terakhir juga..

memang seronok berLI di sini walaupun kekadang ada masalah.. terima kasih kepada pelajar-pelajar MS dan phD dalam makmal 414 kerana sudi memberi tunjuk ajar.. kamu semua memang baik-baik.. terasa sedih untuk meninggalkan mereka.. terhibur sangat dengan telatah mereka dan memang langsung tidak bosan bila berbual bersama mereka..

akhir sekali esok aku akan jumpa Dr. Razip untuk tandatangan borang penilaian.. dan kalau semua selesai esok aku akan bertolak pulang ke Parit Buntar (rumah aku la).. mungkin nanti hari khamis aku akan datang semua untuk mengucapkan selamat tinggal dan terima kasih kepada semua pelajar-pelajar dalam makmal 414..

jumpa lagi..

wasallam,, ~(@_,@)~

Isnin, 21 Jun 2010

cinema on 19

6/21/2010 01:02:00 PG

salam..

haha kali ini catatan aku bertajuk bahasa inggeris.. hoho..

19 jun sabtu hari itu aku pergi berjalan-jalan.. macam biasa alang-alang berada di pulau pinang ini aku pun hendaklah menonton filem.. sepatutnya setiap minggu aku akan balik ke rumah. cuma minggu ini aku tidak balik sahaja hendak meluangkan masa di sini sebelum pulang ke kelantan..

hari itu sahaja dua filem aku tonton.. habis pokai duit aku..huhu.. filem pertama THE KARATE KID.. ini aku tonton di komplek bukit jambul.. seronok juga cerita dia.. banyak yang tersirat.. yang paling aku tidak boleh lupa ialah "JAKET".. bila anda-anda tonton filem ini anda akan tahu jaket yang dimaksudkan sebab sukar aku terangkan di sini..

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

filem ke-2 pula THE A-TEAM.. pun seronok.. filem ini aku tonton di queensbay pula.. penuh aksi menceritakan perjuangan untuk membersihkan nama kumpulan A-Team tersebut dari tuduhan palsu... memang penuh aksilah..

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

malam itu pukul 10.30 kami balik.. dalam pukul 11 malam baru sampai di desasiswa.. wow best.. terima kasih kepada kawan-kawan yang sudi menemani..haha

wasalam ~(@_,@)~

Rabu, 16 Jun 2010

Joging

6/16/2010 11:49:00 PTG

Salam..

petang tadi baru aku dapat berjonging.. sebabnya petang tadi tak hujan.. walaupun kerja makmal hari nih banyak dan aku keluar pukul 6 petang..

hmm memang lama tak jonging sejak akhir bulan mac hari tuh.. maklumlah masuk sahaja bulan april dah sibuk dengan peperiksaan, OSPE tarikh akhir hantar kerja kursus..

bila dah lama tidak joging stamina pun makin kurang.. baru sahaja buat dua pusingan dah pancit.. huhu.. tidak apa hari seterusnya cuba tambah lagi.. yaehhhhh

wasalam ~(@_,@)~

Rabu, 9 Jun 2010

semangat!!!

6/09/2010 11:01:00 PTG

salam..

hmm aku pun tak tahu.. sekarang semangat makin menghilang.. mungkin selepas tengok keputusan peperiksaan semester ini kot..

aku dah hilang semangat untuk terus berLI, nak buat projek tahun akhir dan meneruskan sesi semester nanti..

tolonglah semangat datang lah

kalau dulu masa tingkatan lima masa nak ambil SPM.. semangat aku tinggi sangat.. aku pun tak tahu dari mana dia datang.. aku tak kisah penah letih tak melibatkan diri dengan sosial..

masa matrik pun begitu.. semangat terutama semester ke 2 selepas keputusan semester 1 aku teruk..

tapi sejak masuk ke U.. semangat semua hilang.. belajar main-main.. kenapakah?? mungkin kita rasa bangga atau matlamat tercapai iaitu hendak ke menara gading.. bila dah tercapai kita mulalah leka.. tanpa disedari masuk ke U adalah satu permulaan bukan pengakhiran..

semangat datanglah.. aku nak terus berusaha demi diri, keluarga, bangsa, negara dan agama.. huhu

wasallam ~(@_,@)~