Sabtu, 28 Ogos 2010

BURUNG = BIRD

8/28/2010 10:29:00 PTG


salam


petang semalam aku pergi awal ke bazar ramadhan sebab kawan aku nak main petang tu. pertama kali aku pergi awal ke bazar.. selama ini aku tidak suka pergi awal sebab ramai sangat orang rimas betul tambahan pula panas.. hehe..


oleh sebab aku pergi awal jadi balik pun awal lebih kurang 6.30 petang dah sampai di bilik.. nak tunggu berbuka lambat lagi jadi aku pun pergilah bersiar-siar.. memang lama sungguh aku tak beriadah sebab kasut sukan aku dah rosak.. nak beli malas tunggu balik rumah nanti baru beli..


jadi petang semalam aku pun terpikir untuk bersiar-siar melihat bangunan pentadbiran baru usmkk yang hampir siap itu.. aku pun masuk ke dalam.. tengok tiada siapa pun jaga mungkin tidak siap sepenuhnya.. tetapi air dan elektrik sudah berfungsi.. hmm memang besar juga.. ada banyak bilik-bilik pejabat, ada yang dah berkapet..hoho


aku pun masuk dari satu bilik ke satu bilik melihat-lihat.. sampai ke satu bilik di tingkat 1 aku terkejut bilabuka pintu... buka sahaja pintu aku ternampak seekor burung eh bukan dua ekor.. seekor lagi telah mati.. burung yang satu itu apabila tengok aku terus terbang lari.. pukkkkkkkkk


burung itu jatuh.. rupa-rupanya tingkap bilik itu semua tertutup.. burung itu kelihatan letih mungkin dah beberapa hari di situ sehinggakan kawan dia pun sudah mati.. aku pun cuba menghampirinya.. tetapi dia terbang dah terhantuk tingkap lagi.. aku pun tolonglah dengan membuka tingkap itu.. tapi diamasih tidak dapat keluar..


sampai seketika aku pun pergi ke arah dia dah terus tangkap.. haha pertama kali dapat pengang burung liar.. mungkin kerana letih sangat sebab itu dia tak mampu lari dari aku.. aku ambil dah lepaskan dia sambil ucap "bye2" haha.. sedih pula cerita ini..dia pun terbang bebas seperti biasa.. aku.. aku rasa macam hero pula dapat selamatkan burung.. haha mengharapkan macam cerita dongeng nanti burung itu akan balas jasa.. hehe..


apa-apapun aku seronok semalam dapat bersiar-siar makan angin.. alangkah bagusnya dapat terbang bebas macam burung itu.. bebas dari masalah.. huhu.. hmm nih esok ada CA lagi.. lepas CA nih mungkin aku boleh bersuka-suka sekejap.. mungkin akan ke KB atau WCY nak beli buah tangan untuk keluarga balik nanti.. ok


wasallam ~(@_,@)~

4 comments:

Unknown berkata...

es0k ko drive kah? ;D

Mohd LukMan berkata...

slamat berpuasa ijat.. hoho knl ke ek??

nisah.. sori lmbt jwb

DarkArtz berkata...

sedih oh cite ni.......
mengalir air mata aku...........
huahahahhhaa..........

Unknown berkata...

nnt burung 2 akan doakan ko