Jumaat, 15 Oktober 2010

TANDA-TANDA KEMATIAN SESEORAN

10/15/2010 12:13:00 PG

salam..

aku terjumpa satu note dan rasa ia sangat berguna kepada kita.. sama-sama sedar..

100 hari sebelum kematian:

Ini adalah tanda pertama dari Allah kepada hambanya dan hanya akan disedari oleh mereka-mereka yang dikehendakinya. Walaubagaimanapun semua orang Islam akan mendapat tanda ini cuma sama ada mereka sedar atau tidak sahaja. Tanda ini akan berlaku lazimnya selepas waktu Asar. Seluruh tubuh iaitu dari hujung rambut sehingga ke hujung kaki akan mengalami getaran atau seakan-akan mengigil.

40 hari sebelum kematian:

Tanda ini juga akan berlaku sesudah waktu Asar. Bahagian pusat kita akan berdenyut-denyut. Pada ketika ini daun yang tertulis nama kita akan gugur dari pokok yang letaknya di atas Arasy Allah. Maka malaikat maut akan mengambil daun tersebut dan mula membuat persediaannya ke atas kita antaranya ialah ia akan mula mengikuti kita sepanjang masa. Akan terjadi malaikat maut ini akan memperlihatkan wajahnya sekilas lalu dan jika ini terjadi, mereka yang terpilih akan merasakan seakan-akan bingung seketika.

7 hari sebelum kematian:

Adapun tanda ini akan diberikan hanya kepada mereka yang diuji dengan musibah kesakitan di mana orang sakit yang tidak makan secara tiba- tiba ianya berselera untuk makan.

3 hari sebelum kematian:

Pada ketika ini akan terasa denyutan di bahagian tengah dahi kita iaitu di antara dahi kanan dan kiri. Jika tanda ini dapat dikesan maka berpuasalah kita selepas itu supaya perut kita tidak mengandungi banyak najis dan ini akan memudahkan urusan orang yang akan memandikan kita nanti. Ketika ini juga mata hitam kita tidak akan bersinar lagi dan bagi orang yang sakit hidungnya akan perlahan-lahan jatuh dan ini dapat dikesan jika kita melihatnya dari bahagian sisi. Telinganya akan layu dimana bahagian hujungnya akan beransur-ansur masuk ke dalam. Telapak kakinya yang terlunjur akan perlahan-lahan jatuh ke depan dan sukar ditegakkan.

1 hari sebelum kematian:

Akan berlaku sesudah waktu Asar di mana kita akan merasakan satu denyutan di sebelah belakang iaitu di kawasan ubun-ubun di mana ini menandakan kita tidak akan sempat untuk menemui waktu Asar keesokan harinya.

Tanda akhir sebelum kematian:

Akan berlaku keadaan di mana kita akan merasakan satu keadaan sejuk di bahagian pusat dan ianya akan turun ke pinggang dan seterusnya akan naik ke bahagian halkum. Ketika ini hendaklah kita terus mengucap kalimah syahadah dan berdiam diri dan menantikan kedatangan malaikat maut untuk menjemput kita kembali kepada Allah yang telah menghidupkan kita dan sekarang akan mematikan pula.

Kubur/liang lahat Setiap Hari Menyeru kepada Manusia Sebanyak 5 Kali.

1. Aku rumah yang terpencil, maka akan senang dengan selalu membaca Al-Quran.

2. Aku rumah yang gelap, maka terangilah aku dengan selalu sholat malam.

3. Aku rumah yang penuh tanah dan debu, bawalah amal soleh yang menjadi hamparan.

4. Aku rumah ular berbisa, maka bawalah amalan Bismillah sebagai penawarnya.

5. Aku rumah pertanyaan Munkar dan Nankir, maka banyaklah bacaan Laa illaa ha illallah, Muhammadur Rasulullah?supaya kamu dapat menjawabnya.

sumber : Tausyiahislamiyyah

Wasallam ~(@_,@)~

Sabtu, 2 Oktober 2010

the future from hadis

10/02/2010 12:18:00 PTG

salam...

Ketika bangsa Yahudi sedang asyik mencipta filem 2012 dan mentafsirkan akan berlaku malapetaka hebat dunia pada tahun 2012,sebenarnya Rasullullah s.a.w. telah memberi peringatan kepada kita lebih awal cuma kita yang terlepas pandang.

  • UPCOMING IMPORTANT ISLAMIC DATES

2010 Calendar

Islamic New Year: December 18, 2009 (1431 A.H.*)

Aashura: December 27, 2009

Ramadan: August 11 - September 8, 2010

Eid ul-Fitr: September 9, 2010

Hajj: November 14 - November 17, 2010

Eid ul-Adha: November 16, 2010

2011 Calendar

Islamic New Year: December 7, 2010 (1432 A.H.*)

Aashura: December 16, 2010

Ramadan: August 1 - August 29, 2011

Eid ul-Fitr: August 30, 2011

Hajj: November 4 - November 7, 2011

Eid ul-Adha: November 6, 2011

2012 Calendar

Islamic New Year: November 26, 2011 (1433 A.H.*)

Aashura: December 5, 2011

Ramadan: July 20 - August 18, 2012

Eid ul-Fitr: August 19, 2012

Hajj: October 24 - October 27, 2012

Eid ul-Adha: October 26, 2012

Cuba kira,1 RAMADAN pada tahun 2012 jatuh pada 20 JULY hari jumaat,jadi 3 AUGUST 2012 bersamaan 15 ramadan jatuh juga hari jumaat juga.

Berdekatan bumi ini akan mengejutkan semua orang yang sedang tidur,kehadiran satu suara yang amat dahsyat akan kita dengar dekat langit,bukan kiamat tapi huru hara tersebut akan melenyapkan umat manusia di atas muka bumi ini sebanyak 2/3,yang tinggal cuma 1/3 sahaja.(yang NASA Amerika memberitahu pada 21-12-2012 planet X akan lintas berdekatan bumi).Adakah kita semua ini tergolong dalam 1/3 tu.......ALLAH sahaja maha mengetahui.............cuba kita tengok hadis nabi di bawah ini dan kenyataan mengenai kalender Islam 2012.

Nabi berkata,tidak berlakunya kiamat kecuali hari JUMAAT...

Cuba anda lihat kalendar anda???Sejak kebelakangan ini kebanyakan peristiwa berlaku semuanya hari jumaat.

Kita sambut hari raya tahun ini,HARI JUMAAT.

Kita sambut Nuzul Quran,HARI JUMAAT.

Kita sambut hari raya haji tahun lepas,HARI JUMAAT.

Kita sambut 1 muharram tahun ini, HARI JUMAAT....

Kita sambut rabiullawal, HARI JUMAAT.......

Berlaku gerhana matahari,pada petang JUMAAT.

Berlakunya gerhana bulan pada pagi JUMAAT.

Berlakunya raya kristian pun,pada HARI JUMAAT juga.

Awal Zulhijjah pada tahun 2011 nanti,1 Zulhijjah 1432(28 Oktober 2011),hari jumaat juga.

Sekadar berkongsi salam peringatan ini,

Cuba lihat kalendar 21.12.2012(tarikh yang puak-puak yahudi sedang kecoh bahawa pada hari itu akan berlaku huru hara dunia) juga merupakan hari jumaat...Siap berani menetapkan tarikh yang miripnya jatu...h pada hari JUMAAT...namun..kita jgn terlalu percaya perkara ini...kiamat hanya ALLAH yang tahu bila...TETAPI RASULULLAH s.a.w juga turut memberi kita petanda-petanda UMAT AKHIR ZAMAN untuk kita sama-sama beringat...lihatlah sekeliling anda,Adakah itu masih tidak menunjukkan bahawa apa yang Rasulullah perkatakan pada 1400tahun dahulu,telah terbukti hari ini bahawa kita SEMAKIN HAMPIR DI AKHIR ZAMAN???Masihkah anda ingin mengatakan bahawa tanda-tanda masyarakat yang berlaku di sekeliling kita ini tiada kaitan dengan akhir zaman???Sungguh tersalah langkah anda,jika beranggapan demikian.Adakah masih tidak cukup bukti yang berlaku di persekitiran anda YANG MEMBUKTIKAN bahawa manusia hari ini bukan seperti manusia tetapi manusia BERTOPENGKAN SYAITAN BERFIKIRAN BINATANG.

Selepas membaca artikel ini,terpulang kepada sesiapa hendak percaya atau tidak.Hakikatnya sememangnya hari kiamat itu tidak diketahui dengan tepat bila akan berlaku tetapi tidak salah sekiranya kita menjadikan motivasi,inspirasi,kajian,peringatan Rasullullah s.a.w. ini supaya kita lebih sentiasa bersedia sebelum tiba hari yang tiada gunanya takhta,harta,isteri,rakan-rakan,kad kredit,kereta,saham dan niaga.

wasallam ~(@_,@)~