8 Tips Berjaya Dan Bahagia
12/29/2009 01:49:00 PG
Salam
 Untuk kebanyakan manusia,  agak sukar untuk mendapat kejayaan dan kebahagiaan sekaligus. Ada orang  bahagia sekalipun mungkin kehidupannya sederhana, dan ada orang berjaya  dalam hidup dari sudut karier tapi tidak bahagia. Tetapi tak mustahil  untuk dapatkan kedua-duanya sekali. Mungkin sedikit pengorbanan yang  ikhlas akan membuahkan kejayaan dan kebahagiaan yang indah untuk anda.
  Tip 1: Mula kembali
 Andai berusaha tetapi tidak berjaya, jangan berhenti di  situ. Mula kembali. Kalau orang Barat cakap “When things are not going  right or you get knocked down, bounce right back again.” Selidik punca  kegagalan. Dan kemudiannya mulakan langkah baru. Lekuk yang berlaku  kerana disebabkan air, bukan kerana setitik air yang meniti itu terus  membentuk lekukan tersebut. Malahan titisan tersebut jatuh berulang dan  berulang sehingga membentuk lekuk tersebut. Anda juga boleh!
 Tip 2: Komitmen 100%
 Bagaikan tidak ada rasanya dalam kisah kejayaan mereka yang  berusaha dan berkomitmen 60% tetapi mendapat hasil 100%. Mustahil  melainkan tuah yang Allah SWT berikan. Bermakna nak berjaya dan bahagia  anda perlu setiap hari memberikan komitmen kepada misi dan visi hidup  anda. Berikan sepenuh tumpuan untuk mencapai apa yang anda inginkan.  Bukan melepaskan batuk di tangga atau hangat-hangat tahi ayam. Tetapi  buat betul-betul.
 Tip 3: Cari penyelesaian bukan alasan
 Semestinya dalam karier dan kehidupan akan hadapi banyak  sekali cabaran dan masalah. Tetapi kita kadang-kadang terkeliru adakah  apa yang kita lakukan itu adalah jalan penyelesaian atau alasan yang  akan memburukkan lagi keadaan tersebut. Orang yang dilanda masalah  dengan negatif akan mencari alasan. Dan orang yang menghadapi masalah  dengan positif akan berusaha untuk mencari jalan penyelesaian sebaik  mungkin walau apa pun caranya.
 Tip 4: Bina hubungan dengan orang lain
 Nak berjaya dalam karier memang kena banyak kenalan. Lagi  ramai lagi bagus. Bak kata pepatah Melayu “Berkawan biar seribu”. Tak  kiralah apa jua pekerjaan yang anda ceburi. Part-time atau profesional  semuanya memerlukan ramai hubungan untuk berjaya. Begitulah juga jika  ingin bahagia. Bina hubungan dengan orang lain sekurang-kurangnya kita  dapat mempelajari kehidupan orang lain untuk memperbaiki perhubungan  dalam keluarga kita. Ataupun jika kita dilanda masalah kita mempunyai  ramai sahabat untuk kita minta doakan kita agar berjaya dan bahagia.
 Tip 5: Jaga diri anda
 Paling penting sebelum kita jaga orang lain, jaga diri  sendiri. Jaga diri anda melalui tiga cara: kesihatan anda, perhubungan  anda dengan orang lain dan kerjaya anda. Hilang imbangan ketiga-tiga  perkara ini akan memberikan anda tekanan-tekanan yang lain pula. Jangan  lupa jaga DIRI ANDA! Apabila kesihatan terganggu anda akan tidak dapat  melakukan kerja dan juga tidak dapat membina hubungan dengan orang lain.  Begitulah apabila anda hilang kerjaya, sudah pasti tidak ada sesiapa  yang ingin membina hubungan dengan anda.
 Tip 6: Keluarlah dari kegelapan
 Wah! Keluar dari kegelapan bermakna anda mencari cahaya  bukan? Memang benar. Nak berjaya, nak bahagia jangan terlalu terikat  dengan pemikiran yang lama. Cubalah sesuatu yang baru, lebih kreatif dan  dapat meransang diri untuk terus membina kejayaan diri, keluarga dan  kerjaya.
 Tip 7: Jadilah tangan yang di atas
 Jadilah insan pemurah. Mereka yang pemurah akan diberkati  Allah. Allah SWT akan mempermudahkan urusannya kerana banyak membantu  orang lain dan manusia pula akan terus mendoakannya agar berada dalam  kebahagiaan di dunia dan akhirat. Bayangkan bila semua orang doakan  kita. Perasaan tenang dan bahagia mula hadir dalam diri kita.
 Menjadi insan pemurah bukan mengharapkan anda memberi derma  beribu-ribu baru dianggap pemurah. Memadailah anda seorang yang suka  membantu orang lain.
 Tip 8: Cari di mana keseronokkan bekerja
 Andai sudah hilang rasa seronok untuk bekerja sekarang,  jangan terus dalam keadaan demikian. Pastikan apa yang anda perlukan  untuk mengembalikan susasana keseronokkan tersebut. Jika anda memerlukan  cabaran yang baru, suasana baru dan rakan kerja yang baru tiada  salahnya jika itu semua menuntut anda untuk berhijrah ke tempat kerja  yang baru.
" wahai tuhan ku, aku tak layak kesyurgamu ...namun tak  pula aku sanggup keNerakamu.. .......,kami lah hamba yang mengharap  belas darimu ........Ya Allah jadikan lah kami hamba2 mu yang  bertaqwa.... ..ampunkan dosa2 kami, kedua ibubapa kami, dosa semua umat2  islam yang masih hidup mahupun yang telah meninggal dunia.
Wasalam.. ~(@_,@)~
Dipetik dari:
http://prihatin.nurhikmah.org.my/peluang-maju-diri/keusahawanan-sosial/445-8-tips-berjaya-dan-bahagia.html
Tuesday, 15 December 2009 14:48 by azieazah
Wasalam.. ~(@_,@)~
Dipetik dari:
http://prihatin.nurhikmah.org.my/peluang-maju-diri/keusahawanan-sosial/445-8-tips-berjaya-dan-bahagia.html
Tuesday, 15 December 2009 14:48 by azieazah

4 comments:
wah!! tips yang sangat berguna...
nak tambah tip 9: pentingkan diri sendiri. Dalam sesuatu kedaan memerlukan kita mementingkan diri sendiri. Jangan asyik nak beralah ja. So, untuk berjaya...pentingkan diri anda!!! kwa3x!!!
bab orang doakan kita ada dalam tips tu.......
tapi ada tak kita yang doa sendiri dalam tips tu???
huhuhuhu..........
kadang-kala, kuasa tuhan melebihi segalanya........
jadi, kita sendiri kenalah banyak2 berdoa.........
doa kan senjata mukmin........
wey...ikut blog smiling keroppi aku la..bukannye blog business aku 2... http://keroppiforever.blogspot.com
cj: btul tuh.. haha
aza: ntah r, aku curi ja tips org haha
ceropi: yeke??
Catat Ulasan