Ahad, 10 Julai 2011

Dunia Baru

7/10/2011 11:37:00 PG

Salam,

Kawan-kawan bloger apa khabar?? hahaha mesti korang semua igat saya dah menghilangkan diri, sakit atau seumpamanya..

sebenar saya sihat sahaja.. tiada masalah apa2 cuma malas nak menaip dan sibuk sebab dalam Final Year hari itu..

Tapi skarang tak sibuk?? haha entahlah.. nih tengah free yang sangat2 lah nih.. tak tahu mau buat apa.. tapi saya tengah buat apa??

saya sebenarnya baru sahaja berijazah tapi tidak konvo lagi.. haha pelik tak?? yela konvo kan selalu lambat.. saya sekarang mungkin akan mengikuti pengajian peringkat sarjana dalam bidang diagnostik penyakit.. mungkin la dapat sambung insyaAllah..

sekarang di saat ini saya di Jabatan Microbiologi PPSP USM Kelantan, di bilik siswazah.. huhu buat minggu terawal nih memeang bosan.. duduk kena baca junal sahaja tak dapat buat kerja lab lagi.. nih pun tengah tunggu akak master yang akan menunjuk ajar saya.. dia mengambil sample ujian.. mungkin petang ini aku ada kerja..

tapi rasa ok lah sebab kalau aku duduk di desa sahaja boring juga kan?? huhu..

oklah setakat ini..

p/s: perlu tukar wajah baru ke blog saya ini?? vote2.. haha profile pic FB dah wajah baru.. nih dia:


Wasalam ~(@_,@)~

Ahad, 24 April 2011

Now AVAILABLE!!!

4/24/2011 08:58:00 PTG

Salam...

wow lama sungguh aku tidak mengemaskini blog ini.. entah lah bukan setakat raja lelabah ada tetapi entah apa-apa lagi yang ada.. mungkin hantu Kak Limah pun ada kat dalam ini.. haha

sebenar semester ini aku sangat sibuk, memang sibuk betul.. dengan praktikum bioperubatan, projek tahun akhir dan sebagainya. tapi alhamdullilah akhirnya siap juga final copy thesis aku.. dah selamat sampai di bilik Dr. See Too dah pun walaupun terlambat sedikit 1 hari..huhu

sekarang aku masih bercuti.. haha.. pelikan orang lain sibuk exam aku senang-senang duduk di rumah.. haha.. ye la menenagkankan fikiran setelah sibuk dengan thesis dan segala bagai.. huhu

yang sebenarnya aku exam hanya satu sem ini. hah satu?? haha mesti tak percaya.. exam aku 2 may 2011.. bila lambat lagi jadi aku baliklah kerumah berehat-rehat..

oklah setakat ini dahulu sambung nanti ye..

salam ~(@_,@)~

Jumaat, 15 Oktober 2010

TANDA-TANDA KEMATIAN SESEORAN

10/15/2010 12:13:00 PG

salam..

aku terjumpa satu note dan rasa ia sangat berguna kepada kita.. sama-sama sedar..

100 hari sebelum kematian:

Ini adalah tanda pertama dari Allah kepada hambanya dan hanya akan disedari oleh mereka-mereka yang dikehendakinya. Walaubagaimanapun semua orang Islam akan mendapat tanda ini cuma sama ada mereka sedar atau tidak sahaja. Tanda ini akan berlaku lazimnya selepas waktu Asar. Seluruh tubuh iaitu dari hujung rambut sehingga ke hujung kaki akan mengalami getaran atau seakan-akan mengigil.

40 hari sebelum kematian:

Tanda ini juga akan berlaku sesudah waktu Asar. Bahagian pusat kita akan berdenyut-denyut. Pada ketika ini daun yang tertulis nama kita akan gugur dari pokok yang letaknya di atas Arasy Allah. Maka malaikat maut akan mengambil daun tersebut dan mula membuat persediaannya ke atas kita antaranya ialah ia akan mula mengikuti kita sepanjang masa. Akan terjadi malaikat maut ini akan memperlihatkan wajahnya sekilas lalu dan jika ini terjadi, mereka yang terpilih akan merasakan seakan-akan bingung seketika.

7 hari sebelum kematian:

Adapun tanda ini akan diberikan hanya kepada mereka yang diuji dengan musibah kesakitan di mana orang sakit yang tidak makan secara tiba- tiba ianya berselera untuk makan.

3 hari sebelum kematian:

Pada ketika ini akan terasa denyutan di bahagian tengah dahi kita iaitu di antara dahi kanan dan kiri. Jika tanda ini dapat dikesan maka berpuasalah kita selepas itu supaya perut kita tidak mengandungi banyak najis dan ini akan memudahkan urusan orang yang akan memandikan kita nanti. Ketika ini juga mata hitam kita tidak akan bersinar lagi dan bagi orang yang sakit hidungnya akan perlahan-lahan jatuh dan ini dapat dikesan jika kita melihatnya dari bahagian sisi. Telinganya akan layu dimana bahagian hujungnya akan beransur-ansur masuk ke dalam. Telapak kakinya yang terlunjur akan perlahan-lahan jatuh ke depan dan sukar ditegakkan.

1 hari sebelum kematian:

Akan berlaku sesudah waktu Asar di mana kita akan merasakan satu denyutan di sebelah belakang iaitu di kawasan ubun-ubun di mana ini menandakan kita tidak akan sempat untuk menemui waktu Asar keesokan harinya.

Tanda akhir sebelum kematian:

Akan berlaku keadaan di mana kita akan merasakan satu keadaan sejuk di bahagian pusat dan ianya akan turun ke pinggang dan seterusnya akan naik ke bahagian halkum. Ketika ini hendaklah kita terus mengucap kalimah syahadah dan berdiam diri dan menantikan kedatangan malaikat maut untuk menjemput kita kembali kepada Allah yang telah menghidupkan kita dan sekarang akan mematikan pula.

Kubur/liang lahat Setiap Hari Menyeru kepada Manusia Sebanyak 5 Kali.

1. Aku rumah yang terpencil, maka akan senang dengan selalu membaca Al-Quran.

2. Aku rumah yang gelap, maka terangilah aku dengan selalu sholat malam.

3. Aku rumah yang penuh tanah dan debu, bawalah amal soleh yang menjadi hamparan.

4. Aku rumah ular berbisa, maka bawalah amalan Bismillah sebagai penawarnya.

5. Aku rumah pertanyaan Munkar dan Nankir, maka banyaklah bacaan Laa illaa ha illallah, Muhammadur Rasulullah?supaya kamu dapat menjawabnya.

sumber : Tausyiahislamiyyah

Wasallam ~(@_,@)~

Sabtu, 2 Oktober 2010

the future from hadis

10/02/2010 12:18:00 PTG

salam...

Ketika bangsa Yahudi sedang asyik mencipta filem 2012 dan mentafsirkan akan berlaku malapetaka hebat dunia pada tahun 2012,sebenarnya Rasullullah s.a.w. telah memberi peringatan kepada kita lebih awal cuma kita yang terlepas pandang.

  • UPCOMING IMPORTANT ISLAMIC DATES

2010 Calendar

Islamic New Year: December 18, 2009 (1431 A.H.*)

Aashura: December 27, 2009

Ramadan: August 11 - September 8, 2010

Eid ul-Fitr: September 9, 2010

Hajj: November 14 - November 17, 2010

Eid ul-Adha: November 16, 2010

2011 Calendar

Islamic New Year: December 7, 2010 (1432 A.H.*)

Aashura: December 16, 2010

Ramadan: August 1 - August 29, 2011

Eid ul-Fitr: August 30, 2011

Hajj: November 4 - November 7, 2011

Eid ul-Adha: November 6, 2011

2012 Calendar

Islamic New Year: November 26, 2011 (1433 A.H.*)

Aashura: December 5, 2011

Ramadan: July 20 - August 18, 2012

Eid ul-Fitr: August 19, 2012

Hajj: October 24 - October 27, 2012

Eid ul-Adha: October 26, 2012

Cuba kira,1 RAMADAN pada tahun 2012 jatuh pada 20 JULY hari jumaat,jadi 3 AUGUST 2012 bersamaan 15 ramadan jatuh juga hari jumaat juga.

Berdekatan bumi ini akan mengejutkan semua orang yang sedang tidur,kehadiran satu suara yang amat dahsyat akan kita dengar dekat langit,bukan kiamat tapi huru hara tersebut akan melenyapkan umat manusia di atas muka bumi ini sebanyak 2/3,yang tinggal cuma 1/3 sahaja.(yang NASA Amerika memberitahu pada 21-12-2012 planet X akan lintas berdekatan bumi).Adakah kita semua ini tergolong dalam 1/3 tu.......ALLAH sahaja maha mengetahui.............cuba kita tengok hadis nabi di bawah ini dan kenyataan mengenai kalender Islam 2012.

Nabi berkata,tidak berlakunya kiamat kecuali hari JUMAAT...

Cuba anda lihat kalendar anda???Sejak kebelakangan ini kebanyakan peristiwa berlaku semuanya hari jumaat.

Kita sambut hari raya tahun ini,HARI JUMAAT.

Kita sambut Nuzul Quran,HARI JUMAAT.

Kita sambut hari raya haji tahun lepas,HARI JUMAAT.

Kita sambut 1 muharram tahun ini, HARI JUMAAT....

Kita sambut rabiullawal, HARI JUMAAT.......

Berlaku gerhana matahari,pada petang JUMAAT.

Berlakunya gerhana bulan pada pagi JUMAAT.

Berlakunya raya kristian pun,pada HARI JUMAAT juga.

Awal Zulhijjah pada tahun 2011 nanti,1 Zulhijjah 1432(28 Oktober 2011),hari jumaat juga.

Sekadar berkongsi salam peringatan ini,

Cuba lihat kalendar 21.12.2012(tarikh yang puak-puak yahudi sedang kecoh bahawa pada hari itu akan berlaku huru hara dunia) juga merupakan hari jumaat...Siap berani menetapkan tarikh yang miripnya jatu...h pada hari JUMAAT...namun..kita jgn terlalu percaya perkara ini...kiamat hanya ALLAH yang tahu bila...TETAPI RASULULLAH s.a.w juga turut memberi kita petanda-petanda UMAT AKHIR ZAMAN untuk kita sama-sama beringat...lihatlah sekeliling anda,Adakah itu masih tidak menunjukkan bahawa apa yang Rasulullah perkatakan pada 1400tahun dahulu,telah terbukti hari ini bahawa kita SEMAKIN HAMPIR DI AKHIR ZAMAN???Masihkah anda ingin mengatakan bahawa tanda-tanda masyarakat yang berlaku di sekeliling kita ini tiada kaitan dengan akhir zaman???Sungguh tersalah langkah anda,jika beranggapan demikian.Adakah masih tidak cukup bukti yang berlaku di persekitiran anda YANG MEMBUKTIKAN bahawa manusia hari ini bukan seperti manusia tetapi manusia BERTOPENGKAN SYAITAN BERFIKIRAN BINATANG.

Selepas membaca artikel ini,terpulang kepada sesiapa hendak percaya atau tidak.Hakikatnya sememangnya hari kiamat itu tidak diketahui dengan tepat bila akan berlaku tetapi tidak salah sekiranya kita menjadikan motivasi,inspirasi,kajian,peringatan Rasullullah s.a.w. ini supaya kita lebih sentiasa bersedia sebelum tiba hari yang tiada gunanya takhta,harta,isteri,rakan-rakan,kad kredit,kereta,saham dan niaga.

wasallam ~(@_,@)~

Sabtu, 25 September 2010

Deactivated

9/25/2010 03:27:00 PTG

salam..

dalam kesibukkan nih, aku terpaksa mengnyahaktifkan (betul ke dalam BM nih) muka buku (facebook) aku..

betul klau aku masih berfacebook satu kerja pun tidak boleh buat.. sedangkan banyak kerja yang belum siap..

bila siap sahaja logbook microbiology nih baru aku akan aktif semula..

hoho.. nak taip blog pun malas dan tiada masa.. sebab tu entry nih pendek dan ayat tungang-langgang.. hoho

wasalam ~(@_,@)~

Jumaat, 24 September 2010

Awan gelap vs pelangi indah

9/24/2010 06:49:00 PG


salam...

haha gempak tak tajuk di atas.. sebenar di sini aku ingin ceritakan dan juga mempunyai unsur-unsur nasihat.. kisah ini memang berlaku pada diri aku sendiri.. memang betul 100%

"tahukah anda kadang2 Allah sembunyikan mentari dengan awan gelap dan hitam.. kita tidak suka akannya tetapi sedarlah selepas itu Allah kurnikan kita pelangi yang sangat indah.."

maksud ayat atau prasa di atas adalah kita mesti akan sedih bila sesuatu kejadian buruk menimpa diri kita.. kita kecewa, hilang semangat, sedih, kadang2 rasa hidup ini tidak bermakna.. tetapi kita kena yakin jikalau kita tabah menghadapinya kita akan mendapat sesuatu yang sangat indah seperti pelangi itu.. kita akan dapat kebahagiaan dalam hidup.. masa itu baru kita sedah hidup ini tidaklah seburuk yang kita sangka tetapi bertukar menjadi sangat-sangat indah..

ini semua memang telah berlaku kepada aku sekarang.. dulu hidup rasa sangat tidak bagus.. selalu kecewa, sedih dan macam2 lagi.. syukur sekarang rasa hidup lebih bermakna.. sebabnya?? tidak perlu tahu kot.. hahhahah

**********************************************************************************************

cerita atau nasihat kedua pula berpandukan video di bawah tentang macam mana kita hendak memilih seseorang yang terbaik sebagai orang yang paling kita sayang:

###################################################



###################################################

biar aku terangkan maksudnya terperinci. maksudnya, kita perlu hargai apa yang kita dah jumpa ataupu seseorang yang hadir dalam hidup kita dan menyayangi kita.. tidak kiralah walaupun kita tidak menyayanginya. ini kerana seseorang itu adalah mungkin yang terbaik (rumput paling cantik). yang penting hati. dia ikhlas sayangkan kita.

tidak perlulah kita terus memilih, mencari orang lain yang mungkin belum tentu sanggup menyayangi kita sebegitu.. ingat lah di suatu masa nanti.. kamu akan tiada pilihan.. mungkin kamu tidak akan berpatah balik untuk memiliki semula orang itu, yakni yang menyayangi kita itu (semasa berjalan di padang jangan melihat ke belakang semula)..

akhirnya mungkin kita tidak akan dapat cari yang terbaik itu dan akhirnya satu apa pun kita tidak dapat.. (pulang tanpa rumput) ataupun suatu hari nanti kita terpaksa membuat pilihan terakhir dan mungkin pilihan itu tidak baik tetapi kita terpaksa menerimanya juga kerana tiada pilihan (mungkin terpaksa ambik rumput yang buruk walaupun tadi kita telah jumpa yang cantik)

kesimpulan akhir. kita patut terima seseorang yang menunjukan sayang yang ikhlas kepada kita tanpa mengira fizikalnya atau apa-apa pun.. sesunguhnya mungkin dia adalah terbaik untuk anda.. jika anda ingin juga meneruskan pencariaan, mungkin anda tidak akan jumpa lagi sebaik tadi..hati itu lebih penting daripada paras rupa.. pecayalah hati saja mampu memberi kebahagiaan selamanya..

kebayakkan orang suka tamak ingin yang paling baik. tapi percayalah kalau kita jumpa yang baik atau sederhana pun sudah kira yang terbaik kerana kita manusia adalah bukan yang terbaik

renung-renungkan dan selamat beramal..

wasallam ~(@_,@)~

bulan cantik

9/24/2010 01:11:00 PG


salam..

saja malam nih rasa bosan. tak tau nak buat apa.. nak menulis blog pun rasa malas sangat sekarang.. sibuk.. banyak sangat kerja.. nak tau kerja apa??

1. informatik kesihatan lanjutan (HI) - subjek yang banyak menda nak di buat.. cara permintaannya seperti kami menjalankan projek tahun akhir untuk kursus sains komputer.. punyalah susah dan detail nya..hhuhu

2. log book - long book pun sangatlah banyak.. semalam seharian aku duk menyalin dan menaip log book. itu pun rasanya baru siap dalam 20 %.. adaoi.. dengan "kes study" nya lagi untuk setiap ujian makmal tu..

3. presentation - yang ini pun aku tidak buat satu bende pun.. cari maklumat pun tak lagi.. tajuk pun masih samar2 paham.. adoi.. ini adalah subjek toxicology

4. CA HI - ca nih pun byak nak kena baca.. dahlah buku dalam bahasa melayu, jadi terpaksa ditranslasikan kepada bahasa inggeris sebab nanti soalannya dalam bahasa inggeris..

5. .... - haha yang ini susah di ungkap.. tapi yang ini best.. lama-lama pun tak apa.. tapi walaupun makan masa lama tapi aku rasa cam sekejap sahaja.. 5 jam rasa macam 1 jam.. hoho.. kalau kerja ni sahaja kan best.. hanya jumpa2 sahaja.. hehe

oklah nak sambung tengak cerita

wasallam ~(@_,@)~