Sabtu, 28 Ogos 2010

BURUNG = BIRD

8/28/2010 10:29:00 PTG


salam


petang semalam aku pergi awal ke bazar ramadhan sebab kawan aku nak main petang tu. pertama kali aku pergi awal ke bazar.. selama ini aku tidak suka pergi awal sebab ramai sangat orang rimas betul tambahan pula panas.. hehe..


oleh sebab aku pergi awal jadi balik pun awal lebih kurang 6.30 petang dah sampai di bilik.. nak tunggu berbuka lambat lagi jadi aku pun pergilah bersiar-siar.. memang lama sungguh aku tak beriadah sebab kasut sukan aku dah rosak.. nak beli malas tunggu balik rumah nanti baru beli..


jadi petang semalam aku pun terpikir untuk bersiar-siar melihat bangunan pentadbiran baru usmkk yang hampir siap itu.. aku pun masuk ke dalam.. tengok tiada siapa pun jaga mungkin tidak siap sepenuhnya.. tetapi air dan elektrik sudah berfungsi.. hmm memang besar juga.. ada banyak bilik-bilik pejabat, ada yang dah berkapet..hoho


aku pun masuk dari satu bilik ke satu bilik melihat-lihat.. sampai ke satu bilik di tingkat 1 aku terkejut bilabuka pintu... buka sahaja pintu aku ternampak seekor burung eh bukan dua ekor.. seekor lagi telah mati.. burung yang satu itu apabila tengok aku terus terbang lari.. pukkkkkkkkk


burung itu jatuh.. rupa-rupanya tingkap bilik itu semua tertutup.. burung itu kelihatan letih mungkin dah beberapa hari di situ sehinggakan kawan dia pun sudah mati.. aku pun cuba menghampirinya.. tetapi dia terbang dah terhantuk tingkap lagi.. aku pun tolonglah dengan membuka tingkap itu.. tapi diamasih tidak dapat keluar..


sampai seketika aku pun pergi ke arah dia dah terus tangkap.. haha pertama kali dapat pengang burung liar.. mungkin kerana letih sangat sebab itu dia tak mampu lari dari aku.. aku ambil dah lepaskan dia sambil ucap "bye2" haha.. sedih pula cerita ini..dia pun terbang bebas seperti biasa.. aku.. aku rasa macam hero pula dapat selamatkan burung.. haha mengharapkan macam cerita dongeng nanti burung itu akan balas jasa.. hehe..


apa-apapun aku seronok semalam dapat bersiar-siar makan angin.. alangkah bagusnya dapat terbang bebas macam burung itu.. bebas dari masalah.. huhu.. hmm nih esok ada CA lagi.. lepas CA nih mungkin aku boleh bersuka-suka sekejap.. mungkin akan ke KB atau WCY nak beli buah tangan untuk keluarga balik nanti.. ok


wasallam ~(@_,@)~

Jumaat, 27 Ogos 2010

Apa nak jadi

8/27/2010 03:18:00 PTG


Salam...

pada bulan ramadhan yang semankin hendak meninggalkan kita ini aku ingin membuat satu ulasan.. ulasan apa?? ulasan tentang gadis-gadis melayu sekarang.. sebelum itu aku ingin memohon maaf jika kata-kata aku nanti keterlaluan, menyingung perasaan orang atau pun pendapat aku ini salah.. aku bukan apa cuma rasa sedih sangat melihat situasi gadis-gadis sekarang atau lebih baik lagi gadis-gadis melayu beragama islam.. sesungguhnya aku cuma nak berkongsi pendapat, aku tau aku nak nasihatkan orang tapi aku sendiri pun bukan baik sangat.. tapi paling kurang pun aku saling igat-mengigatkan...

hmm pada pandangan aku, perkara yang paling membimbangkan dan mencemarkan imej gadis2 islam sekarang adalah pakaian.. hmm aku tahu korang semua pun perasan dan tahu apa yang hendak aku ceritakan bila aku sebut pakaian.. pada pandangan aku yang tidak seberapa penuh dengan kekuragan nih aku tengok gadis2 skrang suka berpakaian ketat.. entah kekadang bukan gadis sahaja yang dah ada suami dan anak pun begitu..

lagi satu aku berada di kelantan nih aku tengok bagus lah gadis2 di sini kalau nak di bandingkan dekat Penang sana lagi teruk, kebayakkannya bertudung.. tetapi malangnya sekarang tudung macam fesyen bukan bertujuan untuk menutup aurat.. sebabnya aku tengok ramai yang bertudung tapi berbaju lengan pendek.. ketat tuh tak payah ceritalah.. sudah semestinya.. tahukan mereka aurat buka sahaja tidak boleh nampak rambut tetapi seluruh anggota kecuali muka dah tapak tangan..

dalam pemakaian tudung pula, malau pun berbaju tangan panjang tetapi tetap tudung itu diselakan ke atas.. kononnya berfesyen sampai tidak menutup dada.. hais bukankah ini serupa juga dengan tidak bertudung.. aku berani jamin berapa oranglah yg bertudung, dan tudung itu menutupi dadanya.. cuba korang perhatikan.. tak pun ada yang bertudung tetapi di hujun tudung itu korang tengok terkeluar rambut2 yg panjang macam ekor kuda.. hmm cubalah renung2kan.. bagaimana islam nak kuat kalau umatnya begini.. agaknya inilah strategi baru yahudi untuk menjatuhkan kita selepas dia tawan ilmu2 pengetahuan islam dahulu.. kita makin hilang..huhu

sekali lagi aku mohon maaf kalau ada kata2 aku salah dan tidak betul.. silalah perbetulkan aku kalau ada salah, aku manusia biasa yang sering melakukan kesalahan.. niat aku di sini hanya untuk memperigati sesama islam. aku sedih dan kecewa dengan pakaian gadis2 sekarang.. adakah satu masa nanti, tidak akan ada lagi gadis2 melayu islam yang sopan santun?? huhu

banyak lagi aku nak cerita tapi takut tiada yg sudi baca jadi tidak sampailah mesej sebenar tulisan aku kali ini..

wasallam ~(@_,@)~

Ahad, 22 Ogos 2010

Presentation

8/22/2010 02:22:00 PG

Salam..

isnin nih 23 ogos 2010 aku ada "presentation" untuk proposal kajian aku untuk projek tahun akhir.. wah punyalah sibuk aku sampai aku "deactivate face book".

bukan apa kalau benda itu masih ada aku tidak dapat membuat kerja.. apabila aku mencari0-cari maklumat mulalah tangan ini mengomen-gomen di "wall" muka buku itu..

itulah sebabnya aku terpaksa... hoho


"wish me luck for that presentation"

wasallam ~(@_,@)~

Jumaat, 13 Ogos 2010

The Future

8/13/2010 11:57:00 PTG

THE FUTURE
IS BELONGS TO THOSE
WHO BELIEVE
IN THE BEAUTY OF
THEIR DREAMS

Sabtu, 7 Ogos 2010

Bulan yang sibuk

8/07/2010 01:36:00 PTG


Salam..

wow lamanya aku tidak menulis dalam blog ini.. tulah masuk sahaja semester pelbagai kerja dan tugasan muncul.. tidak di sangka bergini rupanya kehidupan sebagai pelajar tahun akhir..

antara tugan aku bulan ini:

1/ CA Health Informatik yang sukar memahami nota-notanya
2/ Laporan latihan industri (mini tesis) yang banyak
3/ Persembahan akademik untuk health informatik.. tidak buat lagi
4/ "Research Proposal" untuk projek tahun akhir..
5/ Laporan buku log praktikal bioperubatan yang banyak lagi tidak diisi
6/ seminar dan kajian kes..

huh memang memenatkan.. kalau dahulu banyak masa lapang tapi sekarang sangat sesak.. pagi mula pukul 8 paling awal sampailah 6 petang paling lewat setiap hari..

tapi tidak mengapa, sebab aku makin gembira untuk bergraduasi tahun depan.. sangat tidak sabar.. DTSP aku datang!!!!

Wasallam ~(@_,@)~