Jumaat, 24 September 2010

bulan cantik

9/24/2010 01:11:00 PG


salam..

saja malam nih rasa bosan. tak tau nak buat apa.. nak menulis blog pun rasa malas sangat sekarang.. sibuk.. banyak sangat kerja.. nak tau kerja apa??

1. informatik kesihatan lanjutan (HI) - subjek yang banyak menda nak di buat.. cara permintaannya seperti kami menjalankan projek tahun akhir untuk kursus sains komputer.. punyalah susah dan detail nya..hhuhu

2. log book - long book pun sangatlah banyak.. semalam seharian aku duk menyalin dan menaip log book. itu pun rasanya baru siap dalam 20 %.. adaoi.. dengan "kes study" nya lagi untuk setiap ujian makmal tu..

3. presentation - yang ini pun aku tidak buat satu bende pun.. cari maklumat pun tak lagi.. tajuk pun masih samar2 paham.. adoi.. ini adalah subjek toxicology

4. CA HI - ca nih pun byak nak kena baca.. dahlah buku dalam bahasa melayu, jadi terpaksa ditranslasikan kepada bahasa inggeris sebab nanti soalannya dalam bahasa inggeris..

5. .... - haha yang ini susah di ungkap.. tapi yang ini best.. lama-lama pun tak apa.. tapi walaupun makan masa lama tapi aku rasa cam sekejap sahaja.. 5 jam rasa macam 1 jam.. hoho.. kalau kerja ni sahaja kan best.. hanya jumpa2 sahaja.. hehe

oklah nak sambung tengak cerita

wasallam ~(@_,@)~

2 comments:

AnNe berkata...

pe yang ke 5 tu?? meh nak teka... "kuar dating"...?! hahaha...~~

Mohd LukMan berkata...

gan fahrin ahmat kot.. hahahha