Jumaat, 17 Julai 2009

Kejujuran VS Kepura-puraan

7/17/2009 06:56:00 PTG


Salam...

Gambar diselah hanya hiasan semata-mata.. haha.. menunjukkan bahawa aku sedang memikirkan apa maksud tajuk di atas?????
Kali ini aku nak bercerita sedikit tentang apakah kejujuran sebenar dan kepura-puraan.. ceritanya seperti ini:

Pada 4 julai 2009 hari itu kami pulang ke USM selepas berakhirnya cuti semester.. Akhirnya aku berjaya juga masuk ke tahun 3 dan tidak lama lagi aku akan melangkah ke tahun akhir.. selepas itu aku pun tidak pasti sama ada akan meneruskan pembelajaran aku atau pun terus kerja sahaja.. kalau aku ingin meneruskan pengajian mungkin aku akan mengambil bidang lain seperti perakaunan, kejuruteraan, perniagaan atau pun sains forensik.. sains forensik??? eh kenapa pula ya aku tak ambil sains forensik semasa 'first degree'.. kenapa mahu ambil semasa ijazah lanjutan?? nanti aku akan ceritakan pada episod yang lain.. haha

pagi itu kami bertolaklah lebih kurang pukul 9 pagi. kami bergerak dari Banda raya Parit Buntar.. hikhik.. sebenarnya kami balik menaiki kereta sendiri.. bukan tidak mahu naik bas tapi tambangnya terlalu mahal.. kalau kami naik kereta.. duit minyak dapat dikongsi dan sudah tentu akan lebih murah... setelah beberapa jam perjalanan akhirnya kami sampai di Jeli... sampainya kami ke situ, kami terus berehat di sebuah masjid untuk solat dan makan tengah hari.. kami semua membawa bekal masing-masing.. nak jimat duit sebab JPA tentu masuk lambat..

selepas selesai makan dan solat.. aku pun bergeraklah untuk keluar dari masjid menuju ke kereta... dalam perjalanan itu datang lah seorang lelaki umur lebih kurang 40 an kot.. dia memberi salam dan menanyakan aku hendak ke mana.. aku pun menjawab hendak pulang ke USM K.Kerian... selepas itu dia pun menyatakan satu hasrat.. apakah dia????

dia datang kepada aku dan menyatakan tayar motosikalnya rosak bukan pancit.. dan dia meminta wang untuk membaikinya.. aku pun serba salah.. hendak bagi ataupun tidak.. jadi aku pun meminta pandangan orang yang lebih tua... dia pun terasa serba salah.. yela orang yang tidak dikenali meminta wang.. mungkin dia seorang yang betul atau pun hendah menipu kami..

aku pun merasakan demikian sebab aku tengok dia tidak meminta wang kepada orang yang menetap di masjid itu tetapi dia meminta daripada orang asing diluar kelantan... memang menimbulkan keraguaan..

akhirnya kami mengambil keputusan meninggalkan sahaja dia.. aku rasa sangat kesian.. tetapi aku pun tak tahu nak cakap macam mana.. itulah yang aku nak cakapkan... kadang-kadang orang yang jujur selalu akan dipandang dusta dan sebaliknya.. kalau seseorang itu benar-benar jujur.. macam mana kita hendah mengetahuinya.. adalah tidak patut hanya kerana segelintir manusia yang dusta memain-mainkan kejujuran dihormati.. janganlah mempermainkan kejujuran.. kaihanilah mereka yang benar-benar jujur dan ikhlas...

wassalam ~(@_,@)~

6 comments:

cj'alhafiz berkata...

woa....sgt2 mendalam maksud post ko ni. MMg ssh nak nilai org ni... kdg2 kita ingat baek tapi hati busuk yg amat, ada tu yg kitapiki dia jahat...upanya baik sangat...mcm aku. haha!!!

so, moral of the story....don't judge a book by its cover. tengok isi kandungan dia jugak...yeah!!

DarkArtz berkata...

cerita yang kau cerita pada aku hari tu........
kalau lah aku, aku kasi seringgit dua je........
kalau dia nak tipu, dia tak untung banyak, kalau dia kata benar, aku dah tolong dia sedikit..........
salah ke pemikiran aku ni??
hahaha........

Miss Q berkata...

aku prnh kena sekali..kat atas bas..ada sorg akak 2,dia kata beg duet dia kena curi..xde duet nak beli mknn bke puasa..katanya dia keje kat husm..dia mtk pnjm duet nga aku..aku bg je la cz dia beria kata nnt nk ganti blk..siap tnya duk desa mna,bilik mana..nnt dia p anta duet..tapi hampeh..smpai skang xde pn

Mohd LukMan berkata...

Cj: haha..memang r mendalam... tapi betul kata2 ko itu...

Dart:a'a yg aku citer kat ko ari tu la... aku xterpikir pula macam ko pikir itu.. tapi memang bagus idea itu..

miss Q: haha.. sian ko.. tulah kan sangup dia menipu ko kan... aku memang geram kat org yg mempermainkan keiklasan org lain.. hiskkkkkkk....

chanz berkata...

korang kena amek Ethics..belaja pasal human rights..har3. ada sesuatu yg perlu korang tahu

Mohd LukMan berkata...

yeke... nanti2lah aku ambik