Sabtu, 14 November 2009

AndaLusia

11/14/2009 07:07:00 PTG

Salam...

eh pasal dengan tajuk nih?? betul ke?? ataupun aku sudah tersilap taip?? haha.. betulah tu.. Andalusia atau nama penuhnya Anak Dara Lanjut Usia.. gila.. pedas tajuk dan kupasan yang bakal aku terbitkan ini.. haha..

pertama sekali baik aku terangkan bagi yang tidak mengetahui apakah maksud andalusia.. maksudnya ialah seorang perempuan yang masih anak dara(tau2 je lah kan) atau pun belum kawin senang cerita sehingga mencapai umur yang lanjut.. selalunya masyarakat akan mengangap umur 28 dan keatas.. majoritinya lah.. jikalau sehingga umur tersebut seseorang gadis itu belum berkahwin, di pinang atau pun di risik ia akan dianggap oleh masyarakat sebagai gadis yang tidak laku.. sudah layak berkahwin tetapi belum berkahwin.. hah panjangnya, tapi inilah lebih kurang definisinya..

tapikan apa kena mengenagan aku pulak?? aku kan lelaki.. belum ada lagi istilah antelusia (anak teruna lanjut usia).. hehe.. eh tapi bujang lapok ada lah kan.. haha.. tapi bagi lelaki usia yang tua tidak menjadi masalah untuk berkahwin.. malahan ada yang berpendapat semakin tua usia seseorang lelaki itu semakin matang tingkah lakunya dan semakin kacak juga.. hehe.. jadi tidak hairanlah ramai yang kita dengar gadis berkahwin dengan lelaki tua..

mungkin le salah satu sebabnya terlampau memilih atau pun ibubapa yang terlampau memilih.. memang le memilih, mana ada ibu dan bapa yang tidak mahu melihat anaknya bahagia.. lebih2 lagi anak gadisnya.. dan mungkin juga perempuan itu sendiri yang jual mahal.. mungkin..

memang tidak dinafikan, kita patut memilih.. tetapi janganlah terlampau memilih.. takut nanti salah terpilih, terpilih yang lagi buruk.. dan satu lagi.. jika dah ada seseorang itu yang sanggup menyayangi kita, membelai kita, patut kita berfikir adakah kita akan berjumpa lagi dengan orang yang seperti itu pada masa akan datang.. kalau kita dah tahu, bertapa sanggupnya dia membuat sesuatu untuk kita, dengan ikhlas lagi dan sanggup menyusahkan diri dia sendiri untuk bagi kita gembira, adalah tidak patut untuk kita menolaknya.. pasti orang yang akan hadir pelbagai ragamnya: mungkin baik, buat-buat baik(ambik kesempatan), mungkin jahat.. emm...

Kesimpulannya, kita sepatutnya janganlah terlampau memilih.. setiap orang yang bergelar manusia itu tidak sempurna.. terimalah kekurangan dia dan hargailah kelebihan dia.. dan janganlah kita menyesaal bila kita meninggalkan sesuatu yang baik untuk mendapatkan sesuatu yg lebih baik, tetapi ia tidak seperti yang diharapkan.. kebahagiaan datang dari yang maha kuasa, bukan dari rupa paras semata-mata..

isk aku pun xtau nape nak ngepek nih.. haha.. tension gan exam kot

Wasalam.. ~(@_,@)~

7 comments:

cj'alhafiz berkata...

ececece........ayat bajet bagus. betul la tu....haha

Mohd LukMan berkata...

haha.. betul pe..

lea berkata...

seb0k je tiru aku...andaLusia..
patutnya ko tulis r andartu..;p

Mohd LukMan berkata...

haha.. pinjam ja. tapi lupa wat citation lak.. hoho

DarkArtz berkata...

kau tahu tak???
mungkin aku salah meneka, tapi aku terperasan satu perenggan yang kau highlight warna putih.........
dan aku terasa lain macam.........
dahulu, kau upload kan entri "cinta ibarat menunggu bas" da juga entri lagu "ku tunggu sampai kau mahu.." yang ada makna yang sama.........
ada mesej yang kau nak sampaikan ke???

maaf ye, aku curiga.........

hanisah berkata...

ape lak 28 tahun ke atas?

28 tahun ok lg arr klw x kawen..

byk lg bnda nk wat d0wh.

lalalala~

Din diet berkata...

aku teringat kt sbuah filem lama..tjuknya pilih menantu..seniman aziz sattar dan sudin yg berlakon.haha.best gak.