Jumaat, 6 November 2009

JUMAAT Travel & Tour

11/06/2009 06:32:00 PTG

Salam..

hari ini memang hari hujan.. biasalah di kelantan ini bulan-bilan akhir ini adalah musim tengkujuh jadi hujan dan ribut selalunya akan berlaku.. banjir pula memang sering berlaku dan melanda negeri kelantan..

hari ini pun hujan seperti biasa.. dah berapa hari aku tidak dapat main tenis.. huh nanti mesti kemahiran makin berkurangan dan yang paling menonjol lemak-lemak lah yang akan bertambah.. tambahan pula waktu-waktu exam nih malas sahaja nak berjalan-jalan lepak kat meja sahaja membaca nota kuliah..

jadi pagi tadi aku terlajah tidur.. bangun-bangun dah pukul 12 lebih tu pun selepas mendapat satu sms dari kawan ajak solat jumaat.. aku bangun mandi lah... lebih kurang pukul satu aku pun turunlah naik mota kawan aku tuh dan bergeraklah menuju ke masjid...

sampai sahaja dekat pondok pengawal di pintu A usmkk.. hujan dengan lebatnya turun.. wahhh kami basah kuyup lah juga.. mula-mula ingat hujan biasa sahaja jadi tak bawa pun payung.. aku rasa macam nak berjalan sahaja pergi masjid boleh bawa payung, tapi kawan akutu nak isi minyak moto..

daripada kami terus basah jadi kami berteduhlah di 7E... kami ingat nak makan sahaja.. kalau nak ke masjid pun jauh lagi.. dengan ketiadaan payung, basah lah macam mana nak solat.. tidak lama kemudian ada 2 orang kawan bagi satu payung untuk kami jadi kami pun meneruskanlah perjalanan ke masjid

dalam perjalanan itu hujan makin lebat, ribut pun ada dan kami terpaksa mengharungi air yang makin dalam.. sampai sahaja di masjid, memang basah lah jugak pakaian itu.. memang kami rasa macam mengalami banyak rintangan sebelum dapat sampai ke masjid..

selepas itu sekali lagi kami terpaksa mengharungi air banjir, ribut dan hujan lebat untuk pulang.. sampai di tengah jalan, angin yang kuat merosakkan payung dan basahlah aku sekali lagi.. sampai kat 7E, kami berehat sekejap dan terus makan di gerai sebelah..

apabila hujan agak reda, barulah kami beransur pulang.. wah.. memang hari ini rasa macam sesuatu yang agak menarik dan mencabar pulah.. pertama kali pergi ke masjid yang terpaksa mengharungi rintangan ini.. haha.. mungkin ada hikmahnya dan palung bertuah aku berjaya jugak ke masjid dan solat jumaat daripada solat zohor sahaja kat bilik... oklah nak sambung belajar untuk kertas keempat Farmakologi Lanjutan.. GOOD LUCK!!!

Wasallam ~(@_,@)~

4 comments:

cj'alhafiz berkata...

aku guna payung tapi tetap basah jugak..aish!! lain kali kena beli payung yg besar la cmni...haks!! btw...aku da lama tak datg sini....purple seyh...

Mohd LukMan berkata...

haha.. igt ko slt zohor tadi
ko memang lama xlawat..
cantik oo purple fvorte color.. haha

DarkArtz berkata...

aku pun jalan guna payung..........
lebat gila........
akhirnya, atas kering bawah basah..........
hahahaha...........

apapun, hujan tu kan rahmat....

lea berkata...

dugaan pergi beribadat...
xpe2...