Jumaat, 31 Julai 2009

Wang yang makin menghilang...

7/31/2009 03:16:00 PTG


Salam..

apakah wang?? Wang atau duit merujuk sesuatu objek atau barang yang diterima masyarakat umum dan sah di sisi undang-undang sebagai medium pertukaran dalam urusan jual beli dan urusniaga lain. Wang juga berfungsi sebagai penyimpan nilai, unit akaun, dan piawai langsaian hutang(betul tak ejaannye??).

Tahukah kekawan, terdapat tiga jenis wang: wang komoditi, wang fiat dan wang kredit. Setiap jenis wang mempunyai kekuatan dan liabiliti ekonomi yang berbeza.

Wang komoditi ialah wang yang boleh digunakan sebagai medium pertukaran dan sebagai komoditi yang boleh didagangkan pada masa yang sama. Mata wang berasskan komoditi sering ditengoklebih stabil, namun nilainya masih boleh berubah. Contoh wang komoditi ialah emas, perak dan logam berharga lain.

Untuk wang fiat pula wang yang nilainya ditentukan oleh undang-undang dan bukan adanya barangan dan perkhidmatan. Contohnya wang kertas, merupakan simbol komoditi atau dasar kerajaan. Walaupun dianggap wang, wang kertas bukanlah wang yang sebenar. Nota wang kertas adalah berasaskan janji untuk membayar wang sekiranya dituntut.

Last sekali wang kredit iaitu tuntutan terhadap orang yang boleh digunakan untuk membeli barangan dan perkhidmatan. Perbezaan besar wang kredit berbanding wang komoditi dan fiat ada dua: ia tidak dapat dibayar dengan segera apabila dituntut dan terdapat sedikit unsur risiko nilai bayaran akan tidak sama dengan nilai yang dipersetujui semasa belian. hah.. adakah anda faham???

sekarang aku nak crita pula wang aku yang makin menghilang ini.. sesunguhnya minggu ini aku memang bernasib malang..pertama aku kehilangan kad matrik.. entah dimana dia menghilang aku pun tidak pasti.. kali terakhir aku mengunakannya sewaktu mengambil wang di ATM bank Islam Tesco..huhu.. mungkin dalam kegairahan bershoping itu aku tidak perasan yang kad matrik aku tercicir..

disebabkan itu aku secara automatik kehilang sesuatu untuk mengambil wang.. ini kerana kad bank aku sekali dengan kad matrik.. 2 in 1 lah kononnya.. jadi pada hari rabu lepas terpaksalah aku pergi ke bank islam memohon kad baru.. untuk memohon kad baru pula satu lagi prosedur terpaksa aku tempuhi iaitu terpaksa mendapatkan setem hasil sebanyak RM20 sebagai jaminan.. jadi aku terpaksalah pergi ke LHDN.. dah lah minggu ini aku sibuk.. selepas dapatkan setem aku terus ke bank islam memohon kad.. lebih kurang pukul 1.10 pm barulah aku dapat keluarkan wang... pembelian setem hasil itu pun atas wang pinjaman kekawan.. lepas itu bergegas pula untuk ke makmal sebab petang itu kami ada makmal blood bank..

motherboard untuk destop

pada hari yang sama juga aku pergi pula ke kadai accer itu mendapatkan maklumat diagnosis laptop aku selepas makmal itu.. sebenarnya laptop aku sudah mengalami kerosakan,mungkin telah hampir ajalnya.. huhu.. sehari selepas aku kehilangan kad matrik laptop aku pula rosak.. bila di on kan, tiada gambar keluar diskrin..owh aku pun mengesyaki ini mesti kerosakan motherboard sebab 'blue skrin' kelihatan sebelum itu.. jadi setelah ke kedai accer itu, memang betullah motherboard aku yang rosak jadi terpaksalah aku baikinya, dan hilanglah duit aku sebanyak RM700.. pembaikian ini memerlukan masa 2 minggu.. fuh.. lamanya nasib baik lab report semester ini perlu tulisan tangan.. nasib baik..

lepas itu pada hari khamis pula aku ke Jabatan Pendaftar untuk membuat kad matrik yang hilang itu.. sebelum itu aku perlu melaporkan kehilangan kad matrik di Jabatan Keselamatan dahulu.. jadi akan kehilanganlah lagi wang aku lebih kurang RM60 untuk membuat kad matrik baru... isk.. sebenarnya bukan aku kedekut tetapi aku perlu berjimat sedikit untuk simpanan sebagai bekalan utuk Latihan Insdustri pada cuti semester tahun depan.. sudahlah aku berbelanja untuk membeli HP baru RM264.. menyesal pula beli HP baru itu.. huhu

untuk menenangkan hati aku yang memang resah dan gelisah minggu ini, aku pun menderma darah pada hari selasa hari itu... best dapat menyumbangkan sedikit darah untuk menyelamatkan nyawa orang yang memerlukan... ikhlas tau.. haha..

kalau ikhlas xyahla tunjuk gambar kan?? betul x?? hehe

kesimpulannya.. jagalah wang anda sebaik mungkin dan berbelanjalah mengikut kemampuan dan keperluan.. (cam kempen kerajaanlah pula)..

(p/s: terima kasih kepada CJ pinjaman laptopnye ini.. bolehlah aku buat lab report)

Wassalam ~(@_,@)~

(sumber rujukan: http://ms.wikipedia.org/wiki/wang)

10 comments:

Unknown berkata...

haha~
sapekah yg amek gmbar tu?
baek kan dia? hua3..

eh..btol ke ko ikhlas derma darah? =b

Din_diet berkata...

mengapa ilang lukman? kad matrik..lps tu laptop rosak lak..kesian ko..huhu

bab derma darah tu, aku x nampak gamba tu sbb ko mmg ikhlas.haha.tahniah..

Ms. Candy berkata...

erm...
pnah rasa khilangan kad ATM dulu...
mmg terseksa sebab kena beli setem hasil...
nak beli tu bukannya dekat...
kna masuk KB...
so, next tyme, jaga la barang tu elok2...

~~>juz nak komen sket... warna tulisan tu kna contrast sket dgn background, k? ssah nak baca trutama skali enti btajuk "Bismillahirahmannirahim..." tu... hope ambik phatian ye...=)

Mohd LukMan berkata...

nisah: a'a sape ye..memang baik pun dia.. huhu

Anne: thank atas komen anda.. aku akan perbaiki nanti..huhu

din: nak wat camne dah nasib... papepun thank r

DarkArtz berkata...

xde wang memang susah nak hidup pada zaman sekarang..........
jadi, demi mengelakkan wang kau berterus-terusan habis, apakata kau berniaga???
kau leh berniaga dengan akmal jual minyak wangi........
hahaha........
bernas tak idea aku????

Lea IsNawi berkata...

intro yang agak memuaskan...

hahaha

Mohd LukMan berkata...

darkart: aku berniaga magi r.. cam semlepas haha

lea: tulah menunjukkan aku matang.. hik3

Unknown berkata...

megi x bkhasiat~~
lalala~

r0sCha berkata...

weeeeeeeeeeee~
cmne la buley cuai sgt nie????
tahu la bulan2 p0se nie..
xde sugar+tenaga nk berhati2..
huhuu....

p/s----> sy juge suke menderma darah!!!

Tanpa Nama berkata...

lukman~
kad matrix ko tak ilang kan?
cume terselit kat laci ko~
nasib baik aku datang n kobek2 barang ko
klu tak~
ha
~~syazwansamar~~