Kuzi
11/15/2009 01:45:00 PG

Salam...
sebenarnya dah lama aku nak cerita pasal kuzi nih.. tapi tulahkan sibuk sangat sampai tidak sempat aku untuk melayari internet.. sebelum ini pula laptop aku kan di ICU, baru sahaja dia pulih dan alhamdulillah dia sihat sepenuhnya..
hah berbalik kepada cerita aku hari ini, kuzi... haha mesti korang pelik apasal tetiba kuzi jadi topiknya. sebenarnya aku nak cerita pasal masakan kuzi yang terkenal di kelantan.. sebenarnya baru pertama kali aku merasakan masakan kuzi nih.. sebelum nih bukan tidak mahu rasa tetapi tidak ada orang yang sudi mempelawa aku.. haha..
aku mencuba masakan ini bersama-sama dengan roti jala.. memang sedap.. masakannya mirip gulai.. eh nak tau aku cuba dimana?? haha pada musim perayaan dahulu banyak organisasi dan bahagia dalam usm termasuklah kafe2 yang ada mengadakan jamuaan jabatan terbuka jamuan rayalah.. pada kesempatan itu lah aku cuba merasa masakan kuzi ini..
Bahan-bahan yang diperlukan untuk memasak kuzi(untuk 5 ke 6 orang)
(Rempah)
# 1 sudu teh jintan manis
# 1 sudu teh jintan putih
# 1 sudu teh lada hitam
# 6 kuntum bunga cengkih
# 1 inci kulit kayu manis
# 4 biji buah pelaga-sila buang kulit dan ambil bijinya sahaja
# 1 kuntum caber
# 2 kuntum bunga lawang
# 800 gram - 1kg ayam
# sedikit saffron
# 2 ulas bawang putih
# 1 sudu besar garam
# 1 inci halia
# Minyak sapi untuk menggoreng
# 150 gram bawang besar
# 20 gram kepingan badam
# 1/2 cawan kacang tanah
# 40 gram kismis
# 1 ketul hati ayam-rebus dahulu
# 3 hiris lengkuas
# 2 hiris halia
# 1 batang serai
# 1 biji limau nipis
# 2 ulas bawang putih
# 200 ml susu sejat
# Sedikit saffron
# 1/2 cawan penyukat sos tomato
# 700 ml air
# 1 1/2 sudu teh garam
# 2 sudu teh gul
emm kalau boleh aku nak suruh emak aku masakan kuzi nih.. atau pun kalau susah cari sahaja isteri orang kelantan, haha itu pun kalau ada yang sudilah kan, maklumlah siapalah diriku ini.. huhu (ayat sedih).. boleh dia masakan aku kuzi setiap hari.. haha.. alamak dah pukul 3 nih.. pagi nanti ada kelas tissu bank.. isk dah nak habis sem pun ada kelas lagi kan?? hemmm
gambar dan rujukan: http://www.myresipi.com/top/detail/3238
Wasalam ~(@_,@)~