Jumaat, 24 September 2010

Awan gelap vs pelangi indah

9/24/2010 06:49:00 PG


salam...

haha gempak tak tajuk di atas.. sebenar di sini aku ingin ceritakan dan juga mempunyai unsur-unsur nasihat.. kisah ini memang berlaku pada diri aku sendiri.. memang betul 100%

"tahukah anda kadang2 Allah sembunyikan mentari dengan awan gelap dan hitam.. kita tidak suka akannya tetapi sedarlah selepas itu Allah kurnikan kita pelangi yang sangat indah.."

maksud ayat atau prasa di atas adalah kita mesti akan sedih bila sesuatu kejadian buruk menimpa diri kita.. kita kecewa, hilang semangat, sedih, kadang2 rasa hidup ini tidak bermakna.. tetapi kita kena yakin jikalau kita tabah menghadapinya kita akan mendapat sesuatu yang sangat indah seperti pelangi itu.. kita akan dapat kebahagiaan dalam hidup.. masa itu baru kita sedah hidup ini tidaklah seburuk yang kita sangka tetapi bertukar menjadi sangat-sangat indah..

ini semua memang telah berlaku kepada aku sekarang.. dulu hidup rasa sangat tidak bagus.. selalu kecewa, sedih dan macam2 lagi.. syukur sekarang rasa hidup lebih bermakna.. sebabnya?? tidak perlu tahu kot.. hahhahah

**********************************************************************************************

cerita atau nasihat kedua pula berpandukan video di bawah tentang macam mana kita hendak memilih seseorang yang terbaik sebagai orang yang paling kita sayang:

###################################################



###################################################

biar aku terangkan maksudnya terperinci. maksudnya, kita perlu hargai apa yang kita dah jumpa ataupu seseorang yang hadir dalam hidup kita dan menyayangi kita.. tidak kiralah walaupun kita tidak menyayanginya. ini kerana seseorang itu adalah mungkin yang terbaik (rumput paling cantik). yang penting hati. dia ikhlas sayangkan kita.

tidak perlulah kita terus memilih, mencari orang lain yang mungkin belum tentu sanggup menyayangi kita sebegitu.. ingat lah di suatu masa nanti.. kamu akan tiada pilihan.. mungkin kamu tidak akan berpatah balik untuk memiliki semula orang itu, yakni yang menyayangi kita itu (semasa berjalan di padang jangan melihat ke belakang semula)..

akhirnya mungkin kita tidak akan dapat cari yang terbaik itu dan akhirnya satu apa pun kita tidak dapat.. (pulang tanpa rumput) ataupun suatu hari nanti kita terpaksa membuat pilihan terakhir dan mungkin pilihan itu tidak baik tetapi kita terpaksa menerimanya juga kerana tiada pilihan (mungkin terpaksa ambik rumput yang buruk walaupun tadi kita telah jumpa yang cantik)

kesimpulan akhir. kita patut terima seseorang yang menunjukan sayang yang ikhlas kepada kita tanpa mengira fizikalnya atau apa-apa pun.. sesunguhnya mungkin dia adalah terbaik untuk anda.. jika anda ingin juga meneruskan pencariaan, mungkin anda tidak akan jumpa lagi sebaik tadi..hati itu lebih penting daripada paras rupa.. pecayalah hati saja mampu memberi kebahagiaan selamanya..

kebayakkan orang suka tamak ingin yang paling baik. tapi percayalah kalau kita jumpa yang baik atau sederhana pun sudah kira yang terbaik kerana kita manusia adalah bukan yang terbaik

renung-renungkan dan selamat beramal..

wasallam ~(@_,@)~

8 comments:

Quzie Fathihah berkata...

pelangi sgt cantik!!

nway, congrats....

Unknown berkata...

ececece~
lam hati ade taman eh?
ayat pn makin bunga2..
tau laa tgh bhagia.. =PP

Lea Isnawi berkata...

erm...kata2 ko betul.
i'll think about it
thanks :)

actually aku dh lama post sal rumput ni..taun 2008 lagi..haha

http://leabutterflypink.blogspot.com/2008/11/kisah-rumput.html

Mohd LukMan berkata...

quzie: ctk ek?? hehe hmm congrat tuk pe?? huhuhu

nisah: adoi tman lam hati pe nih?? xpaham..hoho

lea: nak juga ckp sal tuh.. ko xde video aku ada.. wek2 :p

Quzie Fathihah berkata...

hahaha...kura2 lam prahu lak dia...huhu

Mohd LukMan berkata...

hahha.. camne r lam perahu ada kura2 nih.. adoi..

hmm nih mesti keja lea nih.. huh

thank u lah kwn2..hoho

Quzie Fathihah berkata...

hahaha...paham pn...

bkn lea yg gtaw la, kami (rmai ni) siasat sndri...hehehe...forensik katakan=p

Mohd LukMan berkata...

hoho.. aku xtinggal dna pun boleh kesan?? hahah

mir: hoho tq