Rabu, 10 Februari 2010

Airmata Kasih

2/10/2010 03:47:00 PTG

Ku layarkan bahtera ini
Kerna di dada terpatri cinta yang suci
Siapa sudi bertanya
Luka di hati adakah menitis lagi

Mengalir dalam jiwa
Tidak kelihatan di pandangan mata ooo...
Menerjang ruang rongga kosong tiba-tiba
Madu kasih tidak kesampaian oh...

Airmata...
Tidak kan bisa merubah perjanjian
Andai kasih...
Harus berpisah kecundang di tengah jalan
Apakah...
Kita terpaksa berkorban demi cinta
Sampai masa...
Yang menentukan tangisan akan reda semula

Airmata tidak kan bisa
Merubah perjanjian
Sampai masa yang menentukan
Bahgia 'kan menjelma semula
(nukilan ku) hehe

Sabtu, 6 Februari 2010

Satu hari off...

2/06/2010 01:31:00 PTG

Salam..

dalam kesibukan CA dan laporan makmal yang mendatang aku masih boleh cuti satu hari..petang semalam selepas solat jumaat aku dengan kawan-kawan, syazwan dan tiga orang lagi keluar bercuti satu hari..

tujuannya sebab kecewa tidak dapat ke ipoh, walaupun aku berasal dari negeri Perak Darull Ridzuan, tapi tempat aku jauh dari Ipoh lebih kurang 150 km.. jadi jarang-jaranglah aku dapat pergi ke sana..di samping itu aku membuat membeli-belah secara tinkap untuk pakaian makan malam bioperubatan bertemakan "tiru gaya artis"...

selepas itu kami melengcong pula ke pantai cahaya bulan (dahulunya pantai cinta berahi).. bukanlah kali pertama pergi tetapi saja nak menghabiskan masa di samping menenangkan fikiran.. kami makan-makan di situ juga..

lepas itu kami kembali semula ke KB Mall nak beli pakaian untuk malam itu tetapi ada masalah terpaksa membatlkan hasrat hendah membelinya. apa boleh buat...

sekian.. mungkin cuti nih akan di manfaatkan lagi.. haha.. tapi tulah.. macam tidak jadi sahaja sebab kawan aku sorang tu malas pula nak bawa aku jalan-jalan cuti nih.. emm harap2 nanti dia ubah hati jadi rajin.. hehe selamat berCA...

wasallam ~(@_,@)~

Selasa, 26 Januari 2010

USM Open Taekwondo Championship

1/26/2010 10:20:00 PTG


salam

lama dah aku x menulis dalam blog aku nih sebab sibuk sangat dengan mencari-cari tempat untuk latihan industri dan menncari-cari penasihat untuk projek tahun akhir... eh sedar tak sedar aku dah pun nak masuk ke tahun akhir rupanya.. haha

emm bukan pasal projek tahun akhir yang aku nak cerita pada catatan kali ini tetapi berkenaan dengan pertandingan terbuka taekwondo USM.. pertandingan ini adakan pada 22 hingga 24 jan lalu.. aku terpaksa ponteng kelas hari ahad lalu.. haha

tempat pertandingan itu adalah di dewan utama kampus kejuruteraan USM.. kampus ini terletak di transkerian dan berjiran dengan parit buntar kampung halamanku.. hehe.. jadi bila ada tawaran untuk menyertai pertandingan ini aku pun tanpa berfikir terus bersetuju untuk masuk sebab boleh balik ke rumah aku..

hari pertama jumaat kami sampai lebih kurang pukul 7 pagi selepas bertolah dari usmkk pukul 10 mlm lebih kurang sama dengan rombongan ke genting highland.. selepas itu kami di tunjukkan tempat penginapan.. aku hanya tinggal sekejap sahaja dan pada petang itu aku terus balik ke rumah dah bermalam di rumah sahaja...

hari pertama adalah untuk menimbang berat untuk menentukan kategori pertandingan.. selepas aktiviti tersebut aku dan yang lain bersial-sial terutama ke school of aerospace sebab kat situ banyak model jet pejuang, kapal terbang dan helicopter.

malam itu kami pergi ke karoke.. pada mulanya aku ingat hendak ke pasific penang, rupanya hanya berkaroke dan pusat karoke itu pula depan rumah aku sahaja... isk tapi tidak mengapa sebab aku boleh menjadi pemandu pelancong untuk kawan2 aku.. banyak juga lagu yg kami nyanyi sampai sakit tengkak.. haha

hari sabtu adalah kategori wanita, jadi aku dan hakim hanya jadi penyokong sahaja.. asma di belasah teruk haha, haida menang emas, atik perak dan ain gangsa.. low pula tanpa pingat.. perasmian jg pada hari yg sama oleh TNC HEPP Prof. Omar Osman...

hari ahad baru aku bertanding dengan hakim.. pagi2 lagi aku dah sampai, joging sikit untuk panas kan badan dan membuat senaman rengangan.. selepas itu aku pergi menyemak senarai peserta untuk kategori aku, ada 5 orang dan aku perlu menang satu kali untuk dapat gangsa. sapai giliran aku aku pun lawan.. lawan aku dari UPNM.. diorang army takut aku, kena belasah.. aku pun cuba sebaik mungkin.. penat betul aku berusaha untuk mendapatkan mata.. akhirnya aku tewas jua..

selepas itu hakim bertanding.. petangnya kami pun bersiap-siap untuk pulang.. kami bertolak pulang pkul 2..30 ptg dan sampai di usmkk 10 mlm.. aku mengalami kecederaan di kaki, capek2 juga dibuatnya dan bengkak juga di kaki.. hakim lagi la hingga berbalut kakinya..

tulah pengalaman ke dua aku masuk bertanding dalam sukan taekwondo.. aku rasa seronok sangat walaupun tidak mendapat sebarang pinggat untuk kali ini... aku akan terus menyertainya pada masa akan datang..

wasalam ~(@_,@)~

Sabtu, 16 Januari 2010

Solat Sunat Gerhana

1/16/2010 12:22:00 PTG


Salam...

tahukah anda apa itu gerhana?? kali aku nak cerita sikit tentang solat sunat gerhana dan cara-cara menunaikannya.. aku ramai yang tidak mengetahui cara menunaikannya.. solat sunaat gerhana ini atau pun dipanggil juga sebagai khusuf adalah sunat Muakkad sama ada bagi orang yang bermukim atau bermusafir, merdeka atau hamba, lelaki atau perempuan dan sama ada ditunaikan secara berjamaah atau bersendirian.

ia dilakukan untuk memperingati dan merupakan petanda kepada kebesaran kekuasaan Allah swt. Ia juga berupaya menjadi peringatan kepada manusia tentang azab dan nikmat yang dijanjikan Allah swt pada hambanya kerana fenomena gerhana ini sangat besar ertinya samada dari penghayatan iman dan sains. Ia bukan fenomena baru yang hanya berlaku pada akhir zaman ini tapi telah berlaku sejak alam ini dijadikan dan juga pada zaman Nabi saw yang dikenali sebagai sebaik-baik kurun.

dibawah ni aku selitkan cara-cara nya yang aku rujuk dari (http://epondok.wordpress.com/2010/01/14/solat-sunat-gerhana-matahari/)

Niatnya : “Sahaja aku solat sunat gerhana matahari dua rakaat mengikut imam kerana Allah Ta’ala” – (Jika berimam)

ataupun “Sahaja aku solat sunat gerhana matahari dua rakaat kerana Allah Ta’ala” – (Jika solat seorang diri)

Solat gerhana ini boleh dilakukan secara berseorangan atau secara berjemaah dan sebaiknya dilakukan secara berjemaah. Solat Gerhana mengandungi 2 rakaat, 4 al-Fatihah, 4 rukuk, dan 4 sujud. Iaitu seperti berikut :

Rakaat pertama

1. Niat solat Gerhana, Takbir

2. Baca Surah Al-Fatihah dan surah

3. Rukuk

4. I’tidal

5. Baca Al-Fatihah dan surah

6. Rukuk.

7. I’tidal.

8. Sujud dan seterusnya seperti solat biasa.

Rakaat kedua

1. Niat solat Gerhana, Takbir.

2. Baca Al-Fatihah dan surah.

3. Rukuk.

4. I’tidal,

5. Baca Al-Fatihah dan surah.

6. Rukuk.

7. I’tidal.

8. Sujud

9. Tahiyyat Akhir

10. Salam

—————————

*Sunat dibaca nyaring pada bacaan fatihah dan surah semasa sembahyang gerhana bulan, tidak disunatkan baca secara nyaring pada sembahyang gerhana matahari.

*setelah selesai sembahyang disunatkan membaca khutbah seperti dua khutbah hari raya, tetapi tidak disunatkan takbi pada dua khutbah itu.

*hendaklah khatib menyuruh taubat, bersedekah, puasa dan lainnya

Wasalam ~(@_,@)~

Selasa, 29 Disember 2009

8 Tips Berjaya Dan Bahagia

12/29/2009 01:49:00 PG

Salam


Untuk kebanyakan manusia, agak sukar untuk mendapat kejayaan dan kebahagiaan sekaligus. Ada orang bahagia sekalipun mungkin kehidupannya sederhana, dan ada orang berjaya dalam hidup dari sudut karier tapi tidak bahagia. Tetapi tak mustahil untuk dapatkan kedua-duanya sekali. Mungkin sedikit pengorbanan yang ikhlas akan membuahkan kejayaan dan kebahagiaan yang indah untuk anda.

Tip 1: Mula kembali
Andai berusaha tetapi tidak berjaya, jangan berhenti di situ. Mula kembali. Kalau orang Barat cakap “When things are not going right or you get knocked down, bounce right back again.” Selidik punca kegagalan. Dan kemudiannya mulakan langkah baru. Lekuk yang berlaku kerana disebabkan air, bukan kerana setitik air yang meniti itu terus membentuk lekukan tersebut. Malahan titisan tersebut jatuh berulang dan berulang sehingga membentuk lekuk tersebut. Anda juga boleh!

Tip 2: Komitmen 100%
Bagaikan tidak ada rasanya dalam kisah kejayaan mereka yang berusaha dan berkomitmen 60% tetapi mendapat hasil 100%. Mustahil melainkan tuah yang Allah SWT berikan. Bermakna nak berjaya dan bahagia anda perlu setiap hari memberikan komitmen kepada misi dan visi hidup anda. Berikan sepenuh tumpuan untuk mencapai apa yang anda inginkan. Bukan melepaskan batuk di tangga atau hangat-hangat tahi ayam. Tetapi buat betul-betul.

Tip 3: Cari penyelesaian bukan alasan
Semestinya dalam karier dan kehidupan akan hadapi banyak sekali cabaran dan masalah. Tetapi kita kadang-kadang terkeliru adakah apa yang kita lakukan itu adalah jalan penyelesaian atau alasan yang akan memburukkan lagi keadaan tersebut. Orang yang dilanda masalah dengan negatif akan mencari alasan. Dan orang yang menghadapi masalah dengan positif akan berusaha untuk mencari jalan penyelesaian sebaik mungkin walau apa pun caranya.

Tip 4: Bina hubungan dengan orang lain
Nak berjaya dalam karier memang kena banyak kenalan. Lagi ramai lagi bagus. Bak kata pepatah Melayu “Berkawan biar seribu”. Tak kiralah apa jua pekerjaan yang anda ceburi. Part-time atau profesional semuanya memerlukan ramai hubungan untuk berjaya. Begitulah juga jika ingin bahagia. Bina hubungan dengan orang lain sekurang-kurangnya kita dapat mempelajari kehidupan orang lain untuk memperbaiki perhubungan dalam keluarga kita. Ataupun jika kita dilanda masalah kita mempunyai ramai sahabat untuk kita minta doakan kita agar berjaya dan bahagia.

Tip 5: Jaga diri anda
Paling penting sebelum kita jaga orang lain, jaga diri sendiri. Jaga diri anda melalui tiga cara: kesihatan anda, perhubungan anda dengan orang lain dan kerjaya anda. Hilang imbangan ketiga-tiga perkara ini akan memberikan anda tekanan-tekanan yang lain pula. Jangan lupa jaga DIRI ANDA! Apabila kesihatan terganggu anda akan tidak dapat melakukan kerja dan juga tidak dapat membina hubungan dengan orang lain. Begitulah apabila anda hilang kerjaya, sudah pasti tidak ada sesiapa yang ingin membina hubungan dengan anda.

Tip 6: Keluarlah dari kegelapan
Wah! Keluar dari kegelapan bermakna anda mencari cahaya bukan? Memang benar. Nak berjaya, nak bahagia jangan terlalu terikat dengan pemikiran yang lama. Cubalah sesuatu yang baru, lebih kreatif dan dapat meransang diri untuk terus membina kejayaan diri, keluarga dan kerjaya.

Tip 7: Jadilah tangan yang di atas
Jadilah insan pemurah. Mereka yang pemurah akan diberkati Allah. Allah SWT akan mempermudahkan urusannya kerana banyak membantu orang lain dan manusia pula akan terus mendoakannya agar berada dalam kebahagiaan di dunia dan akhirat. Bayangkan bila semua orang doakan kita. Perasaan tenang dan bahagia mula hadir dalam diri kita.
Menjadi insan pemurah bukan mengharapkan anda memberi derma beribu-ribu baru dianggap pemurah. Memadailah anda seorang yang suka membantu orang lain.

Tip 8: Cari di mana keseronokkan bekerja
Andai sudah hilang rasa seronok untuk bekerja sekarang, jangan terus dalam keadaan demikian. Pastikan apa yang anda perlukan untuk mengembalikan susasana keseronokkan tersebut. Jika anda memerlukan cabaran yang baru, suasana baru dan rakan kerja yang baru tiada salahnya jika itu semua menuntut anda untuk berhijrah ke tempat kerja yang baru.

" wahai tuhan ku, aku tak layak kesyurgamu ...namun tak pula aku sanggup keNerakamu.. .......,kami lah hamba yang mengharap belas darimu ........Ya Allah jadikan lah kami hamba2 mu yang bertaqwa.... ..ampunkan dosa2 kami, kedua ibubapa kami, dosa semua umat2 islam yang masih hidup mahupun yang telah meninggal dunia.

Wasalam.. ~(@_,@)~

Dipetik dari:
http://prihatin.nurhikmah.org.my/peluang-maju-diri/keusahawanan-sosial/445-8-tips-berjaya-dan-bahagia.html
Tuesday, 15 December 2009 14:48 by azieazah

Ahad, 15 November 2009

Kuzi

11/15/2009 01:45:00 PG


Salam...

sebenarnya dah lama aku nak cerita pasal kuzi nih.. tapi tulahkan sibuk sangat sampai tidak sempat aku untuk melayari internet.. sebelum ini pula laptop aku kan di ICU, baru sahaja dia pulih dan alhamdulillah dia sihat sepenuhnya..

hah berbalik kepada cerita aku hari ini, kuzi... haha mesti korang pelik apasal tetiba kuzi jadi topiknya. sebenarnya aku nak cerita pasal masakan kuzi yang terkenal di kelantan.. sebenarnya baru pertama kali aku merasakan masakan kuzi nih.. sebelum nih bukan tidak mahu rasa tetapi tidak ada orang yang sudi mempelawa aku.. haha..

aku mencuba masakan ini bersama-sama dengan roti jala.. memang sedap.. masakannya mirip gulai.. eh nak tau aku cuba dimana?? haha pada musim perayaan dahulu banyak organisasi dan bahagia dalam usm termasuklah kafe2 yang ada mengadakan jamuaan jabatan terbuka jamuan rayalah.. pada kesempatan itu lah aku cuba merasa masakan kuzi ini..

Bahan-bahan yang diperlukan untuk memasak kuzi(untuk 5 ke 6 orang)

(Rempah)
# 1 sudu teh jintan manis
# 1 sudu teh jintan putih
# 1 sudu teh lada hitam
# 6 kuntum bunga cengkih
# 1 inci kulit kayu manis
# 4 biji buah pelaga-sila buang kulit dan ambil bijinya sahaja
# 1 kuntum caber
# 2 kuntum bunga lawang
# 800 gram - 1kg ayam
# sedikit saffron
# 2 ulas bawang putih
# 1 sudu besar garam
# 1 inci halia
# Minyak sapi untuk menggoreng
# 150 gram bawang besar
# 20 gram kepingan badam
# 1/2 cawan kacang tanah
# 40 gram kismis
# 1 ketul hati ayam-rebus dahulu
# 3 hiris lengkuas
# 2 hiris halia
# 1 batang serai
# 1 biji limau nipis
# 2 ulas bawang putih
# 200 ml susu sejat
# Sedikit saffron
# 1/2 cawan penyukat sos tomato
# 700 ml air
# 1 1/2 sudu teh garam
# 2 sudu teh gul

emm kalau boleh aku nak suruh emak aku masakan kuzi nih.. atau pun kalau susah cari sahaja isteri orang kelantan, haha itu pun kalau ada yang sudilah kan, maklumlah siapalah diriku ini.. huhu (ayat sedih).. boleh dia masakan aku kuzi setiap hari.. haha.. alamak dah pukul 3 nih.. pagi nanti ada kelas tissu bank.. isk dah nak habis sem pun ada kelas lagi kan?? hemmm

gambar dan rujukan: http://www.myresipi.com/top/detail/3238

Wasalam ~(@_,@)~

Sabtu, 14 November 2009

AndaLusia

11/14/2009 07:07:00 PTG

Salam...

eh pasal dengan tajuk nih?? betul ke?? ataupun aku sudah tersilap taip?? haha.. betulah tu.. Andalusia atau nama penuhnya Anak Dara Lanjut Usia.. gila.. pedas tajuk dan kupasan yang bakal aku terbitkan ini.. haha..

pertama sekali baik aku terangkan bagi yang tidak mengetahui apakah maksud andalusia.. maksudnya ialah seorang perempuan yang masih anak dara(tau2 je lah kan) atau pun belum kawin senang cerita sehingga mencapai umur yang lanjut.. selalunya masyarakat akan mengangap umur 28 dan keatas.. majoritinya lah.. jikalau sehingga umur tersebut seseorang gadis itu belum berkahwin, di pinang atau pun di risik ia akan dianggap oleh masyarakat sebagai gadis yang tidak laku.. sudah layak berkahwin tetapi belum berkahwin.. hah panjangnya, tapi inilah lebih kurang definisinya..

tapikan apa kena mengenagan aku pulak?? aku kan lelaki.. belum ada lagi istilah antelusia (anak teruna lanjut usia).. hehe.. eh tapi bujang lapok ada lah kan.. haha.. tapi bagi lelaki usia yang tua tidak menjadi masalah untuk berkahwin.. malahan ada yang berpendapat semakin tua usia seseorang lelaki itu semakin matang tingkah lakunya dan semakin kacak juga.. hehe.. jadi tidak hairanlah ramai yang kita dengar gadis berkahwin dengan lelaki tua..

mungkin le salah satu sebabnya terlampau memilih atau pun ibubapa yang terlampau memilih.. memang le memilih, mana ada ibu dan bapa yang tidak mahu melihat anaknya bahagia.. lebih2 lagi anak gadisnya.. dan mungkin juga perempuan itu sendiri yang jual mahal.. mungkin..

memang tidak dinafikan, kita patut memilih.. tetapi janganlah terlampau memilih.. takut nanti salah terpilih, terpilih yang lagi buruk.. dan satu lagi.. jika dah ada seseorang itu yang sanggup menyayangi kita, membelai kita, patut kita berfikir adakah kita akan berjumpa lagi dengan orang yang seperti itu pada masa akan datang.. kalau kita dah tahu, bertapa sanggupnya dia membuat sesuatu untuk kita, dengan ikhlas lagi dan sanggup menyusahkan diri dia sendiri untuk bagi kita gembira, adalah tidak patut untuk kita menolaknya.. pasti orang yang akan hadir pelbagai ragamnya: mungkin baik, buat-buat baik(ambik kesempatan), mungkin jahat.. emm...

Kesimpulannya, kita sepatutnya janganlah terlampau memilih.. setiap orang yang bergelar manusia itu tidak sempurna.. terimalah kekurangan dia dan hargailah kelebihan dia.. dan janganlah kita menyesaal bila kita meninggalkan sesuatu yang baik untuk mendapatkan sesuatu yg lebih baik, tetapi ia tidak seperti yang diharapkan.. kebahagiaan datang dari yang maha kuasa, bukan dari rupa paras semata-mata..

isk aku pun xtau nape nak ngepek nih.. haha.. tension gan exam kot

Wasalam.. ~(@_,@)~