Selasa, 13 Oktober 2009

Baloq liat

10/13/2009 03:17:00 PTG


Salam...

Fuhh.. akhirnya habis juga OSPE dan CA.. cuma tinggal 2 CA dan satu seminar sahaja lagi.. dapatlah juga aku merehat-rehatkan minda ini.. tapi yang membuatkan aku hairan ialah kalau habis sahaja CA atau apa-apa kerja aku tidak pula rasa malas dan mengantuk.. sebelum nak CA punya main mengantuk lagi walaupun dah tidur seharian.. nilah orang cakap baloq liat..

haha.. kali ni aku nak cerita sikit pasal perkataan 'baloq liat'. anda tahu apa maksud perkataan itu?? hah.. perkataan itu adalah telor utuk penduduk di kawasan utara malaysia terutama pulau pinang.. walaupun aku di negeri perak tapi tempat aku itu lebih mengikuti budaya pulau pinang dari segi telor, makanan, adat dan macam-macam lagilah.. Parit buntar itu terlampau dekat sangat dengan p. pinang dan kedah.. tempat di mana tiga negeri bersatu.. hahah.. hebat tak??

balik kepada perbincangan kita, maksud perkataan tersebut adalah malas yang teramat sangat.. malas apa?? entahlah macam aku katakan tadi sebelum nak exam malasnya bukan main tetapi bila dah lepas jadi rajin pula.. aku mengalami situasi tersebut sekarang.. peperiksaan akhirmakin hampir.. aku perlu menangani sikaf 'baloq liat' ini.. tapi macam mana caranya?? kongsi-kongsilah dengan aku kalau korang ada caranya..

eh.. itu sahajalah yang aku nak cerita... aku post catatan ni pun guna komputer library.. jadi aku nak sambung semula kerja mencari bahan untuk seminar perbankan darah ini.. selamat berjaya kawan-kawan dalam menempuh hidup ini..

wassalam ~(@_,@)~

3 comments:

DarkArtz berkata...

samalah kita........
time nak peksa atau nak CA tu memang mengantuk gile........
tapi bila dah abis semua tu rasa tak ngantuk pula........
aku ada teori untuk mende ni.......
mungkin sebab time peksa atau CA, kita banyak berfikir, dengan kata lain, kita banyak gula blood glucose, maka kita akan letih dan cepat ngantuk........
apa kata kau wat research pasal hal ni........
huhuhu........

hanisah berkata...

layout chantek!


aku sgt ske purple! ^^

btw, aku pn bal0q liat gak....=(


ospe td sgt3 ter0k..cA pn...

waaaaa.....

Mohd LukMan berkata...

aza: wah bagus idea tuh.. aku gan pening pala nak wat researc sal ape tuk final year projek

nisah: purple tu warna kegemaran aku.. haha.. ko ckp semua teruk, padahal result power giler..haha