Ahad, 11 Oktober 2009

Makluk yang bernama manusia

10/11/2009 12:32:00 PG

Salam...

pada hari khamis, aku dah pun sibuk2 tuk siap kan gerai, disamping itu juga aku terpaksa mencari alatan2 tuk Evolusi Sains, cari LCD.. kesana sini aku cari..nasib baik kat HEP ada satu LCD yg free lagi... mememang penat lah... malam sebelum itu pergi pula ke padang golf untuk mencari buluh untuk dibuat ayam pangsuh(xsure ejaannya).. luka2 tangan aku dibuatnya...

pada hari yang sama juga aku berpuasa.. lepas aku berpenat2 seharian uruskan gerai n evolusi petang khamis tu, aku terus bersiap2 utuk ke kbmall.. nak tolong kawan beli something.. tak pe lah penat2 pun aku pergi lah.. xkisah pun, tolong kekawan.. then dalam 4 jam macam tulah kitorang disana buka puasa.. then lepas tu aku bergegaslah pula pulang ke usm, sebabnya kereta sampai kul 9 shj then aku kena bertugas jaga gerai, start pukul 8 dah lewat sejam...

lepas aku dpt msg memberitahu kereta kena hantar kat nurani.. lah.. dah lah hujan, tapi aku terpaksa juga meredah padang dalam keadaan basah dan hujan untuk balik ke murni, dengan brg yang aku bawa lagi(berat jugalah mende2).. nasib baik x lebat, kalau tidak rosak barang tu kena hujan...

pastu sampai kat murni terus turun ke gerai.. xsempat nak sembahyang isyak pun.. memang meletihkan hari itu... sampai kat gerai, adalah juga org yg x berpuas hati, aku dtg lambat, xpelah terima je dengan hati terbuka...

then hari jumaat, aku agak terkilan... yelah dengan apa yang aku buat nih, aku dpt balik balasan cam2, bukanlah aku nih jenis mudah terasa, tapi kadang2 terasalah juga.. kalau pun sibuk bgtaulah, ak sibuk, sory... kan lebih berbudi bahasa.. ini diam seribu bahasa., xreply apa2. ntahlah.. kali ni aku memang agak terkilan.. tapi tak mengapa.. yang penting mereka rasa seronok, gembira sudah lah kan...

kesimpulannya.. manusia ni macam2..aku xtau nak cakap apa, tapi aku nasihatkan buat baik perpada2 n buat jahat jgn sesekali... klu pun kita baik camne pun, 1 sahaja kesalahan kita, itulah yg diheboh-hebohkan... patutkah kita lakukan sesuatu yang baik dengan memberitahu org ramai kita yg melakukan itu?? tapi memang inilah ragam manusia sekarang.. kalau seseorang itu berbuat baik yg terlampau pun, kalau dia tak hebohkan orang akan anggap dia jahat.. dimanakah keiklasan manusia?? sudahkan manusia kehilang manusianya?? fikir-fikirkan dan selamat beramal...

eh.. aku dah melalut pulak dah.. mintak maaflah klu catatan aku kali ni menyinggung mana2 pihak.. bukan apa.. cuma nak berkongsi pendapat kepada semua... Maaf...

Wassalam... ~(@_,@)~

Sabtu, 10 Oktober 2009

Liver Content...

10/10/2009 08:56:00 PTG

Salam...

dah berapa bulan aku kehilangan laptop.. bukan dicuri tetapi rosak. seperti yang aku telah ceritakan pada catatan lepas.. aku telah hantar laptop tu ke kedai Accer, setelah sebulan menungu tetapi ianya belum siap siap lagi.. sabar je lah...

minggu ini memang minggu yang sibuk... selepas sahaja cuti seminggu seperna hari raya yang ke 1430H kesibukan bermula... pada minggu itu jugalah aku kena hantar 2 buah lab report, 1 kerja kursus untuk perbankan tisu, persembahan untuk seminar farmakologi, seminar bank darah dan macam-macam lagi.. minggu ini pula aku ada CA 2 patologi.. subjek digeruni tu, 4 unit pulak tu.. huhu...

disamping hal akedimik aku juga melibatkan diri sebagai exco tugaskkhas dan teknikal.. penat tu, 2 tugas exco sekali aku kena tanggung termasuk exco publisiti... walaupun program atau projek yang aku masuk ni tidak lah sebesar expo kampus dan HTD, tapi memang agak sibuk.. dan tidak dilupakan juga kami biomed juga membuka gerai, yelah untuk tampung perbelajaan kami untuk projek malam biomed yang disertai oleh ke4 4 bach...

Wasalam ~(@_,@)~

Jumaat, 31 Julai 2009

Wang yang makin menghilang...

7/31/2009 03:16:00 PTG


Salam..

apakah wang?? Wang atau duit merujuk sesuatu objek atau barang yang diterima masyarakat umum dan sah di sisi undang-undang sebagai medium pertukaran dalam urusan jual beli dan urusniaga lain. Wang juga berfungsi sebagai penyimpan nilai, unit akaun, dan piawai langsaian hutang(betul tak ejaannye??).

Tahukah kekawan, terdapat tiga jenis wang: wang komoditi, wang fiat dan wang kredit. Setiap jenis wang mempunyai kekuatan dan liabiliti ekonomi yang berbeza.

Wang komoditi ialah wang yang boleh digunakan sebagai medium pertukaran dan sebagai komoditi yang boleh didagangkan pada masa yang sama. Mata wang berasskan komoditi sering ditengoklebih stabil, namun nilainya masih boleh berubah. Contoh wang komoditi ialah emas, perak dan logam berharga lain.

Untuk wang fiat pula wang yang nilainya ditentukan oleh undang-undang dan bukan adanya barangan dan perkhidmatan. Contohnya wang kertas, merupakan simbol komoditi atau dasar kerajaan. Walaupun dianggap wang, wang kertas bukanlah wang yang sebenar. Nota wang kertas adalah berasaskan janji untuk membayar wang sekiranya dituntut.

Last sekali wang kredit iaitu tuntutan terhadap orang yang boleh digunakan untuk membeli barangan dan perkhidmatan. Perbezaan besar wang kredit berbanding wang komoditi dan fiat ada dua: ia tidak dapat dibayar dengan segera apabila dituntut dan terdapat sedikit unsur risiko nilai bayaran akan tidak sama dengan nilai yang dipersetujui semasa belian. hah.. adakah anda faham???

sekarang aku nak crita pula wang aku yang makin menghilang ini.. sesunguhnya minggu ini aku memang bernasib malang..pertama aku kehilangan kad matrik.. entah dimana dia menghilang aku pun tidak pasti.. kali terakhir aku mengunakannya sewaktu mengambil wang di ATM bank Islam Tesco..huhu.. mungkin dalam kegairahan bershoping itu aku tidak perasan yang kad matrik aku tercicir..

disebabkan itu aku secara automatik kehilang sesuatu untuk mengambil wang.. ini kerana kad bank aku sekali dengan kad matrik.. 2 in 1 lah kononnya.. jadi pada hari rabu lepas terpaksalah aku pergi ke bank islam memohon kad baru.. untuk memohon kad baru pula satu lagi prosedur terpaksa aku tempuhi iaitu terpaksa mendapatkan setem hasil sebanyak RM20 sebagai jaminan.. jadi aku terpaksalah pergi ke LHDN.. dah lah minggu ini aku sibuk.. selepas dapatkan setem aku terus ke bank islam memohon kad.. lebih kurang pukul 1.10 pm barulah aku dapat keluarkan wang... pembelian setem hasil itu pun atas wang pinjaman kekawan.. lepas itu bergegas pula untuk ke makmal sebab petang itu kami ada makmal blood bank..

motherboard untuk destop

pada hari yang sama juga aku pergi pula ke kadai accer itu mendapatkan maklumat diagnosis laptop aku selepas makmal itu.. sebenarnya laptop aku sudah mengalami kerosakan,mungkin telah hampir ajalnya.. huhu.. sehari selepas aku kehilangan kad matrik laptop aku pula rosak.. bila di on kan, tiada gambar keluar diskrin..owh aku pun mengesyaki ini mesti kerosakan motherboard sebab 'blue skrin' kelihatan sebelum itu.. jadi setelah ke kedai accer itu, memang betullah motherboard aku yang rosak jadi terpaksalah aku baikinya, dan hilanglah duit aku sebanyak RM700.. pembaikian ini memerlukan masa 2 minggu.. fuh.. lamanya nasib baik lab report semester ini perlu tulisan tangan.. nasib baik..

lepas itu pada hari khamis pula aku ke Jabatan Pendaftar untuk membuat kad matrik yang hilang itu.. sebelum itu aku perlu melaporkan kehilangan kad matrik di Jabatan Keselamatan dahulu.. jadi akan kehilanganlah lagi wang aku lebih kurang RM60 untuk membuat kad matrik baru... isk.. sebenarnya bukan aku kedekut tetapi aku perlu berjimat sedikit untuk simpanan sebagai bekalan utuk Latihan Insdustri pada cuti semester tahun depan.. sudahlah aku berbelanja untuk membeli HP baru RM264.. menyesal pula beli HP baru itu.. huhu

untuk menenangkan hati aku yang memang resah dan gelisah minggu ini, aku pun menderma darah pada hari selasa hari itu... best dapat menyumbangkan sedikit darah untuk menyelamatkan nyawa orang yang memerlukan... ikhlas tau.. haha..

kalau ikhlas xyahla tunjuk gambar kan?? betul x?? hehe

kesimpulannya.. jagalah wang anda sebaik mungkin dan berbelanjalah mengikut kemampuan dan keperluan.. (cam kempen kerajaanlah pula)..

(p/s: terima kasih kepada CJ pinjaman laptopnye ini.. bolehlah aku buat lab report)

Wassalam ~(@_,@)~

(sumber rujukan: http://ms.wikipedia.org/wiki/wang)

Jumaat, 17 Julai 2009

Kejujuran VS Kepura-puraan

7/17/2009 06:56:00 PTG


Salam...

Gambar diselah hanya hiasan semata-mata.. haha.. menunjukkan bahawa aku sedang memikirkan apa maksud tajuk di atas?????
Kali ini aku nak bercerita sedikit tentang apakah kejujuran sebenar dan kepura-puraan.. ceritanya seperti ini:

Pada 4 julai 2009 hari itu kami pulang ke USM selepas berakhirnya cuti semester.. Akhirnya aku berjaya juga masuk ke tahun 3 dan tidak lama lagi aku akan melangkah ke tahun akhir.. selepas itu aku pun tidak pasti sama ada akan meneruskan pembelajaran aku atau pun terus kerja sahaja.. kalau aku ingin meneruskan pengajian mungkin aku akan mengambil bidang lain seperti perakaunan, kejuruteraan, perniagaan atau pun sains forensik.. sains forensik??? eh kenapa pula ya aku tak ambil sains forensik semasa 'first degree'.. kenapa mahu ambil semasa ijazah lanjutan?? nanti aku akan ceritakan pada episod yang lain.. haha

pagi itu kami bertolaklah lebih kurang pukul 9 pagi. kami bergerak dari Banda raya Parit Buntar.. hikhik.. sebenarnya kami balik menaiki kereta sendiri.. bukan tidak mahu naik bas tapi tambangnya terlalu mahal.. kalau kami naik kereta.. duit minyak dapat dikongsi dan sudah tentu akan lebih murah... setelah beberapa jam perjalanan akhirnya kami sampai di Jeli... sampainya kami ke situ, kami terus berehat di sebuah masjid untuk solat dan makan tengah hari.. kami semua membawa bekal masing-masing.. nak jimat duit sebab JPA tentu masuk lambat..

selepas selesai makan dan solat.. aku pun bergeraklah untuk keluar dari masjid menuju ke kereta... dalam perjalanan itu datang lah seorang lelaki umur lebih kurang 40 an kot.. dia memberi salam dan menanyakan aku hendak ke mana.. aku pun menjawab hendak pulang ke USM K.Kerian... selepas itu dia pun menyatakan satu hasrat.. apakah dia????

dia datang kepada aku dan menyatakan tayar motosikalnya rosak bukan pancit.. dan dia meminta wang untuk membaikinya.. aku pun serba salah.. hendak bagi ataupun tidak.. jadi aku pun meminta pandangan orang yang lebih tua... dia pun terasa serba salah.. yela orang yang tidak dikenali meminta wang.. mungkin dia seorang yang betul atau pun hendah menipu kami..

aku pun merasakan demikian sebab aku tengok dia tidak meminta wang kepada orang yang menetap di masjid itu tetapi dia meminta daripada orang asing diluar kelantan... memang menimbulkan keraguaan..

akhirnya kami mengambil keputusan meninggalkan sahaja dia.. aku rasa sangat kesian.. tetapi aku pun tak tahu nak cakap macam mana.. itulah yang aku nak cakapkan... kadang-kadang orang yang jujur selalu akan dipandang dusta dan sebaliknya.. kalau seseorang itu benar-benar jujur.. macam mana kita hendah mengetahuinya.. adalah tidak patut hanya kerana segelintir manusia yang dusta memain-mainkan kejujuran dihormati.. janganlah mempermainkan kejujuran.. kaihanilah mereka yang benar-benar jujur dan ikhlas...

wassalam ~(@_,@)~

Rabu, 8 Julai 2009

Bismillahirahmanirahim...

7/08/2009 12:41:00 PTG


Salam...

dah hampir 3 bulan aku tak update blog ni.. entah dah berapa organisma seni dah membiak dalam blog aku ini.. hoho.. Seperti yang disunatkan kita memulakan sesuatu dengan nama Allah, jadi aku mulakan balik blog aku dengan kalimah itu.. yelakan masuknya semester baru ini, wajah pun dah baru, pakaian pun baru(baru basuh da), kasut pun baru(padahal ketat), badan pun baru (bertambah gemuk la, duduk rumah je) dan yang penting UMUR aku pun dah berubah..hehe

sebenarnya aku rasa malas nak tulis blog ini sebab kat rumah aku tak ada internet.. kalau pergi CC bukan tak tahu mahal.. 1jam pun RM1.50... kalau dah masuk CC tu mestilah berjam-jam... dalam tak sedar pulak tu.. ishk.. selepas itu masuk je USM ingat nak mulah blog tapi USM dah sekat Blogspot... lepas itu internet kat tempat aku lembab pulak.. skype, ym gtalk pun tak bolah nak log in.. hah... bosan sahaja kat bilik...

sebagai permulaan pembaharuan ini aku pun ubahlah rupa bentuk blog ini.. tapi aku tahu ia tak cantik pun.. setakat ini sahaja yang aku mampu buat.. sesiapa yang pandai-pandai tu ajala aku ni..huhu.. kalau diperhatikan bayak warna blog aku ini ungu dan hijau... sebenarnya ungu dan hijau adalah warna kegemaran aku... tapi bukan aku mencuri warna USM tau...

dahulu masa kecil aku suka warna merah sebab nampak garang.. aku pun sebenarnya suka berkawan dengan orang yang garang.. huhu.. sebenarnya orang yang garang kebayakkannya berhati baik.. macam orang selalu cakap jangan menilai sesuatu daripada rupanya sahaja... lepas itu aku mula mengemari warna ungu dan hijau...

banyak lagi yang nak cerita ini, terutamanya peristiwa masa cuti semester lepas... tapi cukuplah setakat ini dahulu.. nak pergi lab. petang ni...

di kesempatan ini aku ingin mengucapkan SELAMAT KEMBALI KE USM kepada bloger yang belajar di sini.. huhu...

Wasalam.. ~(@_,@)~

Khamis, 30 April 2009

Sorotan Kenangan Tahun 2 2008/2009

4/30/2009 02:35:00 PTG

masa pergi taman orkid semperna bday sultan kelantan

nih bilik aku.. bilik bacaan murni.. tempat aku clear r.. itu tempat org lain.. haha jgn marah

warmingup masa kejohanan taekwondo uitm

persembahan taekrobik masa ekspo kampus

masa IIP

IIP; lepas show taekrobik

masa icebreking untuk junior

biomed masa hari sambutan raya

geng taekrobik masa IIP

canopy walk kat taman negara kuala koh

aktiviti kat kuala koh

tengak r apa yang ditulis

pameran kesihatan ekspo kampus

kereta yang aku pandu ke rumah Lec Bi

kat rumah lec BI

majlis sambutan hari raya bach 2nd year PPSK

kat kuala koh

haha.. masa biomedicine night

gerai jualan kelab taekwondo masa pertandingan

kejohanan taekwondo antarabangsa USMKK

carta organisasi kelab taekwondo; aku sebagai naib bendahari

aku masa hari interaksi biomedicine

kami masa hari interaksi PPSK


Salam...

diam tak diam, dengan berakhirnya peperiksaan semalam maka dengan rasminya berakhirlah tahun dua aku di USMKK dalam kursus Bioperubatan.. banyak kenangan yang tak dapat dilupakan dan yang dapat dilupakan(ada ke kenangan yg dpt dilupakan? haha). kesempatan ini aku ceritakan sedikit sorotan kenangan di tahun dua ini...

bermulanya semester kedua pada 6 Julai 2008... aku pulang ke USM pada hari jumaat itu.. parent aku yang hantarkan.. meraka katakan setiap tahun akan menghantar aku ke USM kerana mereka ingin mengambil kesempatan melawat Kelantan.. Senang cakap aktiviti tahunan melawat kelantan haha... sampainya aku di USM pada pagi pendaftaran Desasiswa aku dikejukkan bahawa aku akan tinggal diluar.. masa itu aku dah rasa tak best.. rasa sedih terpaksa terpinggil tinggal di luar USM.. aku tinggal di satu bangunan di ataa Pasaraya Tenten berhadapan dengan HUSM...

selepas itu bermulalah kehidupan baruku di luar USM.. pada mulanya rasa agak kurang selesa sebab terlalu ramai.. tapi seorang demi seorang keluar meninggalkan bangunan itu dengan menyewa rumah diluar... aku tetap kekal disitu atas sebab itu mendapatkan wless USMKK.. senang sikit kalau ada wless...

aktiviti pertama aku adalah terlibat dalam icebreking dengan junior kami.. selepas itu kami mengadakan hari interaksi biomed bertempat di pantai melawi paada 8 ogos 2008..

selepas itu pada awal bulan ogos, 5 ogos 2008 adalah hari interaksi dan intergrasi persatuan (IIP).. pada aktiviti ini aku terlibat sebagai AJK publisiti bersama hakim. aku juga menjadi penyambut tetamu pada hari itu.. aku juga terlibat dengan persembahan taekwondo.. taekrobik yang kami persembahkan hari itu.. seronok sangat dan berdebar sebab pertama kali aku buat persembahan...

selepas itu aku terlibat pula dalam CONVEX atau pameran kesihatan semperna hari konvokasion di kampus induk.. ini adalah kali kedua aku berkunjung ke kampus induk walau pun tak jauh sangat dari rumah aku.. rumah aku sangat dekat dengan USM kampus kejuruteraan..

selepas pulang dari CONVEX pula aku terlibat lagi dengan persembahan taekrobik untuk ekspo kampus pula..

tiba pulalah bulan ramadhan... bulan ini lagilah membawa banyak makna.. pada setiap malam kami akan bersahur di gerai di hadapan HUSM.. maklumlah kami tinggal di TEnten so dekatlah dengan gerai itu.. buka puasa pula kami akan memusing setiap masjid di sekitar ini untuk berbuka puasa.. haha.. bukannya sebab nak safe bajek tapi hendak berkenalan dengan masyarakat sekitar k.kerian kononyalah..

dan bulan syawal pun menjerma.. tapi raya tahun ini memang seronok tapi selepas raya kami terpaksa pula menghadapi peperiksaan akhir semester 1.. danlah subjek killer TBM ada masa tu.. huiggg.. letih.. lepas itu kami ke rumah lec Bi kami, dia mengadakan rumah terbuka..

PPSK tahun dua mengadakan majlis sambutan hari raya pada 23 oktober 2008.. best tapi minggu berikutnya kami akan menduduki peperiksaan..

akhirnya berakhirlah semester satu tahun dua... pada cuti itu aku tak ada apa hendak dibuat... menghabiskan beras ibu bapa aku sahaja.. tapi cuti pendek sahaja sebab aku ada aktiviti kejohanan taekwondo antarabangsa.. usm sebagai tuan rumahnya... aku sebagai exco tugas khas.. banyak persatuan taekwondo malaysia dan thailand yang menyertainya...

buka semester baru maka bermulalah azam baru bertambah pula dengan sambutan tahun baru 2009.. entahlah azam itu dapat tercapai tak... pada awal januari kami yang tinggal di atas tenten terpaksa berpindah ke murni dan nurani tinggal dibilik bacaan sehingga sekarang.... sebabnya tenten tiada kelulusan bomba itu penempatan manusia..

aku terlibat pula dengan Minggu penhghayatan islam ke 11.. aku sebagai ajk kecil untuk program untukmu palestin.. melalui program ini aku telah banyak menimba pengetahuan tentang apa itu isu palestin.. tambahan pula masa itu adalah kemuncak keganasan israel terhadap palestin...

hari interaksi ppsk pula muncul selepas itu di pantai melawi(aku pun xingat nama pantai dia)... best hari itu dapat menikmati suasana pantai yang indah..

13 mac 2009 pula aku pergi ke Biomedicine Night 2009... malam ini untuk meraikan student biomedicine tahun akhir dan mengeratkan sesama kami... dianjurkan bach 3rd year bertempat di Hotel Dewan Nurani.. haha... alah baru pertama kali dianjurkan so, dewan nurani jela...

sekarang aktiviti taekwondo pula.. kelab kami menganjulkan aktiviti hari keliuarga bertempat di kuala koh berdekatan kuala krai dan gua musang... best first time masuk hutan simpan negara...
berlangsung pada 19 hingga 21 mac 2009

selepas itu aku menyertai pertandingan taekwondo terbuka uitm.. nervous sebab 1 time aku masuk pertandingan itu... nasib baik menag dapat pengat gansa lagi.. oklah tukan dari tak dapat langsung pingat.. haha.. tapi sambai sekaran takdapat lagi meder dia... itu yang tak ada gambar nak tunjuk.. haha...

selepas itu kesibukan pun bermula... peperiksaan pula menghadirkan dirinya... hari demi hari... akhirnya semalam berakhirlah peperiksaan ini... dan secara tak langsung terabadilah suatu kenangan yang terindah di tahun dua ini... diharapkan di tahun barun nanti aku akan lebih mengeti makna sebuah kehidupan dan berusaha lebih gigih demi masa depan diri. keluar, bangsa, negara dan agama.... kepada rakan bloger aku yang dikasihi:

Che Jo, darkArt, Chanz, Din, Lea, Quzie, Hanisah, Anne, Keropi dan sapa2 lagilah mungkin aku terlupa dengan ucapan

Selamat BerBloger dan Selamat Bercuti
(harap anda kekal aktif walaupun bercuti ek...) Sekian nukilan terakhir pada sesi 2008/2009... aku akan balik hari ini dalam pukul 6 ptg..

bye2

take care

Wasalam... ~(@_,@)~



Isnin, 27 April 2009

Saat yang dinanti telah tiba!!!

4/27/2009 09:19:00 PTG

sukanya aku nak habis exam dah...

salam...

wah akhirnya dalam tidak sedar aku hanya akan menhadapi satu sahaja lagi paper... seronoknya aku rasa...

pada mulanya aku merasakan yang bulan peperiksaan ini amat lama dan memenatkan tapi apabila telah sampai ke penghujungnya dapat pula perasaan engan berpisah dengannya.. huhu... macam bulan puasa pula kan.. manis di akhirnya.

betul aku rasa macam sedih pula hendak tinggalkan bulan peperiksaan kali ini.. haha... tapikan bulan peperiksaan kali ini memberiku seribu makna.. nak tau sebabnya.. adalah, malas nak cerita...

tapi perasaan gembira, puas, sedih dan kecewa pun ada.. bukan sahaja ditujukan kepada kertas peperiksaan tapi atas sebab lain juga... macam-macamkan.....

tapi tak apa.. selepas exam ni aku ingat nak jalan-jalan sekitar kelantan.. ronda dari bachok di utara ke kuala krai di selatan.. haha round kelantan tuh... nak tenangkan fikiran kononnya..

cuti nih pun tak tahu lagi apa pengisiaannya.. takkanlah nak duduk rumah je, buat menghabiskan beras ja.... haha...


aku ingat kalau boleh nak timba pengalaman. aku ingat nak tolong Dr Rapeah kalau dia perlukan pembantu dalam reserchnya kat sini.. aku pun tak tahu dia ada buat reserch apa. nanti aku pergi tanya dia..

tapi tulah dengan duit yang dah kehabisan ni susahlah nak sara hidup kat sini... lagipun aku tak ada kawan yang nak join sekali.. jomlah korang.. huhu....

ok jumpa korang next sem ek... wish u all the best for last paper and selamat bercuti...

dan lepas ni bermakna habislah tahun dua pengajian aku kat USM ni... aku telah berjaya melengkapkan separuh perjuanganku... hanya tinggal separuh sahaja lagi

dan satu tahun sahaja lagi untuk aku berkerja kuat... final year nanti relex je kan.. huhu...


wasalam... ~(@_,@)~