.: CINTA dan kasih-sayang satu pegertian :.
3/20/2009 07:14:00 PG

pada bulan 12 tahun lalu kami pelajar Bioperubatan tahun dua telah menjalankan satu experiment untuk menghasilkan antibodi poliklonal (poryclonal antibidy). untuk menjalankan experiment ini kami dibahagikan kepada empat kumpulan. aku berada di kumpulan satu persama dengan Angilan, Alvieno, Kenny, Adu, Abg Hanif dan satu-satunya bunga dalam kumpulan kami Fatin.. haha...
setiap kumpulan itu pula akan diberikan seekor arnab sebagai medium untuk menghasilkan antibodi tersebut. selain arnab, kita juga boleh menggunakan tikus, kambing atau mana2 haiwan. arnab yang diberikan kepada kami berbaka 'New Zealand White Rabbit yang baru berumur 6 minggu..

selepas itu aku pun mulalah menjaganya.. walaupun pada mulanya agak susah.. yalah terpaksa ulang-alik ke rumah haiwan.. (susah ke??) haha... akhirnya perasaan kasih sayang mula terjalin antara kami.. (ceh macam love story) pada mulanya arnab tu macam tak suka kat aku. bila aku memegangnya pasti dia akan
menggelupur.. sejak akhir-akhir ni aku tengak dia makin selesa dengan aku...

setiap 2 minggu kami akan membleednya (mengambil darahnya) dan menyuntik dengan antigen pengalak untuk menigkatkan lagi respon antibidinya kepada antigen tersebut.. dan setiap 2 minggu Adu dengan Angilan akan mengambil darahnya.. susah ooo.. kami yang lain hanya menyuntik sahaja..
pada 12 march hari tu.. adalah hari terakhir kitorang membleed untuk mendapatkan darah untuk dianalisa mengunakan ELISA (Enzyme Linked Immunosorbant Assay) untuk mengenalpasti antigen yang digunakan..

alahmak matilah arnab kami.. Dr Rapeah cakap klu arnab mana2 group mati.. kami akan diberikan markah 0.. nasib baik darah dpt dihentikan.. so abg Master tu tolong ambilkan pada posisi bahagian lain.. jadi berjayalah juga eksperimen kami hari tu..
dengan berakhirnya eksperiment itu, maka berakhirlah juga tugas kami memelihara Arnab tu.. pada hari terakhir tu kami bermain-main dengan arnab tu sebab lepas ni kami takan berjumpa lagi.. teknikal LARU tu cakap pagi esok arnab tu akan dimusnahkan dengan disembelih.. maka pilulah hati kami mendengarnya... setiap hari bila tiba hari ahad aku akan teringat pada arnab tu sebab memang tugas aku hari itu utk memberinya makanan.. terasa sedih... tulahlah yang dikatakan kasih-sayang.. aku sudah mengeri... ayat macam power je.. huhu
selasa lalu kami membuat ujian ELISA dari serum arnab tersebut.. result yang kami dapat memang baik hinggakan Dr Rapeah cakap result kami adalah terbaik.. nilah balasan arnab tu kepada kami setelah kami memeliharanya dengan penuh kasih-sayang. kami mengucapkan terima kasih pada arnab tu sebab membatu kami dalam pelajaran.. (klu dia paham r) tanpa dia, sudah pasti kami xdapat mempelajari ilmu tersebut.. Allah ada berfirman maksudnya lebih kurang: tiada satu apa pun yang kami ciptakan tiada kegunaannya.. Syukur aku dapat mempelajari immunology dan yang penting kasih-sayang sesama makhluk ciptaanNya...
3 comments:
apsal mesti ko gune perkataan..
mem'bleed'???
ckp jela amek darah
bahasa rojak ni
nanti aku nak lapor kat dewan bahasa n pustaka la...
hehehe
saje je istilah saintifik skit..
xpayah gtau DBP cakap kat DarkArt je.. aku asyik kena je ngan dia.. sabarjelah, walaupun hati berduka.. huhu
Haha..Skema tul ko luk....!!!
Catat Ulasan