Jumaat, 27 Mac 2009

DotA Night

3/27/2009 06:43:00 PTG


salam...

Apakah DotA??
DotA atau nama penuhnya Defense of the Ancients adalah satu permainan komputer yang digemari oleh pelajar sekarang terutamanya di USMKK ini sendiri.. kebayakan pemainnya mestilah dikalangan kaum lelaki dan juga kaum Cina..

walaupun aku seorang lelaki(tulen n original resepi) berbangsa bukan Cina (merepek je aku nih) aku tidak berminat untuk bermainnya.. pernah juga aku main tapi sekadar main 'single player' sahaja.. pernah juga(berapa byk pernah daa) aku cuba main dengan mereka tetapi sudah semintinya aku akan dibuli dan aku kalah dalam masa 3 minit 27 saat(tepat tuh)... arghhhhh

pada setiap malam Jumaat pukul 11 mlm bilik aku akan menjadi medan permainan DotA.. Permainan ini selalunya memakan masa yang lama sehingga lebih kurang pukul 3.30 pagi barulah tamat.. antara ahli-ahlinya adalah: Thien the leader, Kenny the TEGNES, Alvieno the ??, Azmir the TomatoMan, Hakim the Bully dan Wali the Pisang kot... dan jangan dilupai Lukman the Boring... setiap kali DotA Night aku akan mengalami kebosanan.. bilik aku penuh riuh-rendah terutama si Wali dan aku, aku kesepian.. Huhu....

malam semalam seperti biasa DotA night diadakan tetapi agak lewat kerana kebayakan ahlinya menghadiri Mesyuarat Taekwondo.. lebih kurang pukul 12 baru permainan bermula... oleh kerana aku yang kebosanan(satu lagi sebab aku bosan kerana aku tiada laptop, Thien yg pinjam tuk main DotA coz laptop dia rosah) pergilah ke nurani menagih keseronokan.. aku pergi ke bilik Che Jo dan aku ajak sekali Azahiri.. malam tu kami menonton animate.. hilanglah sedikit kebosanan aku...


selepas itu lebih kurang pukul 4 aku pun balik lah ke murni semula untuk tidur.. apabila aku sampai kat bilik tak habis lagi.. hebat betul DotA Night kali nih... selepas itu lebih kurang kul 4.30 kami semua pergi ke KFC.. pemain DotA lapar.. diorang ajak aku.. aku fikir juga KFC kan diboikot... Rasa lapar jadi aku pun pergi juga akhirnya.. selepas itu pukul 5.20 macamtu bagi kami sampai desasiswa..

dah lama dah tak pernah tidur malam.. masa dekat TENTEN dulu aku selalu tidur lewat... walaucamanapun minggu depan nasib sama akan berulang. huhu....

Wasalam... ~(@_,@)~

4 comments:

CJ-alhafiz berkata...

haha!!! sabar lukman....
aku pon x pandai main gak menda alah tu.... haha!! owh..
kalo macam tu ko mai la bilik aku lagi minggu depan..boleh la aku ngata ko cukup2..haha!!!

p/s: sila praktis nak start muto azmir.Kwa3x!!!!

lea berkata...

lukman kebosanan??
hahaha
ala ko bukan selalu nak sorg2 ker?
melayan blues...
hihihi

chanz berkata...

oi2 suka2 je tulih aku the bully..ish2. fakta salah. tak leh pakai punya blogger. whahaha

Tegnes...(^.^) berkata...

huhu...mengumpat kami la tu...Sabar2 je la.. lukvista..dah rutin n ada dlm jadual...mcm Big Bang Theory..HAHAHA