Sabtu, 4 April 2009

Pengalaman masa birthday Al-Sultan Kelantan :(

4/04/2009 05:14:00 PTG

salam..




pada 30 dan 31 bulan 3 yang lalu seluruh negeri kelantan menyambut Hari Keputeraan Sultan Kelantan. jadi dua hari tersebut diistiharkan sebagai hari cuti am..



oleh kerana dua hari tersebut adalah hari cuti am jadi aku merancang untuk balik ke rumah.. tetapi impianku berkecai sebab aku tak dapat balik rumah pada hari tersebut.. arhggg...

disini aku cerita sedikit perjalan hidupku selama lebih kurang 1 jam sebelum peristiwa yang menyeronokan berlaku (menyeronokkan ke???). lebih kurang pukul 9.10 aku dan rakan seperjuangan sudah bersedia untuk pulang.. lebih kurang pukul 9.15 kawan kami yang akan menhantar kami ke stesen langar tiba.. kami pun menaiki dan memulakan perjalanan lebih kurang pukul 9.21..

sampainya di persimpangan berdekatan KFC kami melihat kesibukan jalan yang amat sangat.. aku memikir sebentar bolehkan kami tiba di langgar sebelum pukul 10.00 sebab bas kami akan bertolak ke Butterworth pukul 10.00 mlm..

setiap 10 minit baru kami dapat bergerak sedikit.. keadaan masa tu sangat sibuk.. antara sebabnya kebayakan kenderaan berhenti di bahu2 jln untuk mengambil gambar pintu gerbang yg dihujani cahaya.. kami pun turut mengambil gambar untuk menenangkan hati yang gelisah masa itu..

akhirnya pukul 10.03 baru kami sampai di langgar.. masa itu kami melihat ada sebuah bas yang sudah hendak berlepas.. kami tidak pasti adakah itu bas kami.. selalunya bas kami pukul 10.15 baru tiba ke langgar.. dalam kebengongan bas itu pun berlepas. aku pun masuk ke dalam pejabat.. alangkah terperanjatnya melihat bas kami telah tiba (papan kenyataan yg menunjukkan).. jadi kami mencari2 bas yg berhenti tapi kedua2 bas itu bukan menuju ke Butterwotrh.. arg.. camana nih.. jantungku berdenyut kencang macam sedang bertentang mata dengan seseorang tu.. hehe (ada masalak nak jiwang).

aku pun terus menelefon kawan yang menghantar aku.. sementara menunggunya kami terus mengejar bas itu.. bila kami menghampiri bas itu, bas itu terus berlalu... kami terus mengejarnya hinga ke Jalan Kuala Krai.. arh.. aku dak xlarat nak kejar.. biarkan saja nampaknya.. hampir 20 minit kawan kami pun tiba..

kami terus menaiki kereta.. pada masa itu kami tak sanggup untuk kebali ke usm.. malu segh... jadi kawan aku itu ajak tidur di rumahnya... kami pun tidur dirumahnya.. keesokkan kami pergi ke Langgar utk menukar tiket.. tapi tiket balik pagi tu dah penuh.. aku pun bertekat balik hari khamis sahaja coz aku ada klas microbiology ptg khamis tu..

tiket yang kehangusan terbakar.. rugi RM34

*************************************************************************************

pada 31 bulan 3 pulak aku bersama dengan Kenny, Al, Hakim dan Azmir pergi ke Taman Flora di Pangkalan Cepha.. sangat seronok.. mungkin inilah hikmahnya kami ditinggalkan bas dan tak balik rumah.. kami melawat dan melikat pelbagai reflika rumah dan taman2 yang dibuat oleh setiap majlis daerah di Negeri Kelantan nih.. tegak lah gambar kitorang... Azahiri dan Che Jo jangan jelous ek... aku ingat korang ada CA itu yang aku tak ajak... HEHE....
akhirnya 2.4.2009 aku berjaya juga balik ke rumah.. home sweet home huhu... kepada lea, Che Jo n Dark Art aku dapat juga balik rumah.. bestnya.. aku sangup pergi cibercafe sebab nak post entry nih nak gtau korang aku dpt balik.. huhu.. terima kasih coz temankan aku masa aku dlm kesedihan hari tu ye Che Jo, Aza (koyanya ayat aku) haha.. bye..
Wasalam ~(@_,@)~

kami kat salam satu reflika taman



tiket masuk seriya je

salah satu spesis orkid

kami kat taman yang memenangi kempat ke-2 tercantik


kami kat Taman Orkid yang dibuat olej Majlis Daerah Kuala Krai.. (Majlis daerah lain len kali aku upload hehe...)





Bestnya dapat menghilangkan tention sebab tak dapat kelik umah

9 comments:

lea berkata...

balik umah jugak ko yer..
hahaha..tahniah...
tp tulah..
laen kali jgn riak ngan aku...
kang tak pasal2 kena tinggal bas...
hik3

cj'alhafiz berkata...

Ciss...bedebah ko da'future, ko g taman flora tu tak ajak aku.. kalo ko x ajak darkartz tak kisah la..ni ko x ajak aku.??? Lps ni ko aku da banned drp memasuki bilik 011... ahahah!!!

wei....duk umah tu tgk2 gak tiket ngan jam ea..ti x pasal2 kena kejar bas lagi...ahaha!! cam mana muka ko masa kejar bas ea?? ahahaha!!! ko berlari ka wei..hee.....

Berdebar2 hati ko macam bertentang mata ngan si dia?? wohoo....sapa? sapa? XXXXX.....ngehehehe...

p/s: semua komen aku adalah gurauan semata2..(ya ka?).. darkartz..dia senyum...dia senyum.... maknanya....dot..dot..dot..ahaha!!!
ahh!!! aku peduli apa....

DarkArtz berkata...

ni yang buat aku berdendam ni..........
aku punya la tunggu bila nak pergi malam tu.........
dah la aku yang aturkan nak pergi malam tu.........
tengok le kau nanti luk, dendam ni.......
har3......

Dewan Bahasa & Pustaka berkata...

perhatian!! anda didapati melakukan banyak kesalahan dalam ejaan bahasa melayu mahupun bahasa inggeris! ini amaran pertama. sekian terima kasih.

chanz berkata...

cam kenal je gambar2 nih..ehem2.xD

lea berkata...

gambar2 neh mesti gune kamera baru hakim kan?kan?

ngeh3

Mohd LukMan berkata...

lea: a'a ngan kamera azmir skali.. kamera dia cam siut je.. adekan pulak blh abis bateri masa ambil gambar.. sedih tul...

lea berkata...

kamera sapa???
wah..sapai boleh habeh bateri...
korg amek byk gambar sgt ker?
aku ni walaupun kuat bergambar...
tp xpenah pulak kamera abes time bergamabr...
heh

Mohd LukMan berkata...

kamera hakim r... tau nak g jalan2 cas r bateri tu... marah aku coz xdpt nak ambil gmr aku byk2.. hehe