Jumaat, 12 Februari 2010

Perlu balik kah???

2/12/2010 04:58:00 PTG


Salam..

hari aku kebosanan.. ramai kawan-kawan dah pun meninggal.. eh meninggalkan USM.. haha.. pagi-pagi lagi kesunyian telah meratap diriku.. ohhh.. mungkin esok dan lusa USM akan bertambah sunyi kerana makin ramai penghuninya akan pulang ke rumah...

aku?? aku?? aku di sini sahaja... bukan tidak mahu balik, cuma aku ingin merasai suasana USM dikala cuti.. hehe (bajet betul) pada mulanya aku becadang tidak mahu pulang.. sebab??

begini, pada 22 hingga 24 Jan lalu aku telah pulang ke rumah.. seperti yang aku ceritakan dalam catatan sebelum ini.. untuk menjimatkan duit pun salah satu alasannya.. aku perlu sangat-sangat berjimat semester ini kerana cuti nanti aku akan menjalani latihan industri.. elaun pun akan lambat diberikan.. jadi perlulah sedikit simpanan.. aku juga bercadang ingin menghadiri majlis perkahwinan kakak atau abang seorang rakan sekursusku.. majlis itu berlangsung hari ahad ini..

dan..dan.. sekarang.. baru beberapa jam di USM aku dah mula rasa sakit rumah (homesick bak kata omputih).. huhu.. jadi semalam aku pun pergilah mencari sekeping tiket.. alangkah sedihnya tiket telahpun kehabisan..

dipendekan cerita terpaksalah aku mengharungi sakit rumah ini berseorangan.. sebenarnya aku telah mengalami sakit rumah ini pada tahun satu dahulu.. waktu itu aku tidah pulang untuk raya haji.. lagilah menyedihkan.. kami juga masa itu terpaksa makan di kfc sahaja, maklumlah raya siapa yang ingin membuka gerai makanan kan??

sejarah lama berulang lagi.. tetapi aku akan cuba kerana mungkin satu masa nanti kita akan menghadapi suasana sekemikian.. jadi ini adalah salah satu latihan yang akan aku jalani..

kepada semua: SELAMAT BERCUTI & SELAMAT TAHUN BARU CINA

p/s: anda-anda rasa patutkah saya balik???

Wasallam ~(@_,@)~

6 comments:

Nadia berkata...

haha..2 la..sape suh xbalik umah..

Unknown berkata...

blk laa...watpe ade cuti klw x balik.

blk umah, mesti la b0san gak.

tp keb0sanan kat umah lain dr keb0sanan kat usm tu.

lalala~

Mohd LukMan berkata...

hoho.. ape leh wat dah terlambat.. tiket pun dah abis

hans berkata...

perlu

selamat menanti naga melintasi rumah anda dan makan buah limau banyak2

Mohd LukMan berkata...

haha

skrang ok r.. makin lama makin sunyi r mir.. hoho

Mohd LukMan berkata...

hoho... xabis2.. dia dah ade abg hanif.. biarlah..